DIET BUKAN MITOS
ISBN: 978-983-097-919-9
Penulis: Ruqayyah Muhd
Kod: GB627
Tebal: 256 ms
Saiz ; L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.6 cm
Berat: 0.37 kg
Terbit: Julai 2020
Harga: RM35.00/RM37.00*
SINOPSIS:
Biasanya, persepsi awal orang awam mengenai diet sihat
itu suatu yang mahal, susah untuk dibuat dan sukar diikuti mesti diubah. Hingga
menyebabkan ramai yang terbantut hasrat mahu mengubah pemakanan kerana
memikirkan kos-kos bulanan yang akan meningkat.
Tidak dinafikan, diet sihat yang sering dipaparkan dan
dikongsikan banyak mempunyai menu-menu barat dan sukar untuk diikuti. Apatah
lagi, apabila sudah biasa makan nasi bercicah sambal, mahu tukar makan ‘Grilled
chichen with blackpepper sauce and baked
potatoes.
Diet dalam erti sebenarnya bermaksud pemakanan. Bukanlah
seperti kefahaman biasa, diet bermakna tidak makan atau mengehadkan makanan
tertentu.
Maka, penulis hadirkan kisah-kisah di dalam naskhah ini
mengenai diet sihat yang mudah agar semua orang mampu merealisasikan impian
untuk menjadikan diet sihat itu bukan lagi hanya mitos.
KOMENTAR PEMBACA
Membaca naskhah ini membuatkan saya sentap sendiri. Sentap kerana bukan diet yang selalu difikirkan mitos, tetapi pengetahuan tentang ilmu pemakanan dan kesihatan sendiri yang sebenarnya mitos. Terkadang kita ini hanya mengikut-ikut sana-sini. Entahkan betul, entahkan tidak. Lantas kita mengikut teori yang terkadang sampai memudaratkan diri sendiri.
Makan buah itu berkhasiat, maka kita mengambil sehingga
enam ke tujuh hidangan setiap hari, sedangkan makan berlebihan menyebabkan
bacaan gula meningkat. Ada pula yang beranggapan makan makanan berminyak itu
boleh melincirkan pembuangan air besar, padahal makan sayur-sayuran dan
buah-buahan yang berserat itulah yang betul. Sekalipun kedengaran isi
kandungannya hanya berkisar tentang fakta, jujurnya saya membaca seolah-olah
membaca buku cerita. Fakta dan maklumat pemakanan diselang-selikan dengan
pengalaman mahal penulis sebagai dietitian di hospital.
Larut dengan penceritaan yang santai dan menyeronokkan
minda. Namun, dalam masa yang sama, otak mula menghadam ilmu baharu dan
menyedari kesilapan diri. Buku ini bukan hanya menghidangkan ilmu diet untuk
kelihatan cantik, tetapi lebih kepada kesihatan diri. Berinformasi, santai dan
menarik. Sungguh!
Faizah Ahmad (Cik Pae)
Jurutera dan Penulis (Perantis Akademi Bonda Nor)
Alhamdulillah, akhirnya terbit sebuah buku yang hebat
ini. Sudah lama saya menunggu buku seperti ini di pasaran Malaysia. Lagi-lagi
ia ditulis oleh pegawai dietetik yang berpengalaman. Saya suka membacanya dari
awal sehingga akhir.
Semua topik yang disampaikan sangat sesuai dengan
mentaliti komuniti sekarang. Antara yang menarik perhatian saya adalah makanan
sihat itu bukannya mahal. Itulah antara salah faham yang sangat menghantui
orang yang baru mahu mula berdiet. Banyak lagi info yang menarik dan saya rasa
setiap orang perlu tahu.
Buku ini sangat santai dan sesuai dibaca oleh mereka yang
mahu mula diet atau yang sudah berdiet tetapi masih tidak faham-faham asas
kepada pemakanan sihat. Nak kurus perlu elak nasi? Semestinya tidak! Buku ini
akan huraikan semuanya dengan jelas dan padat.
Rugi kalau tidak membaca buku ini. Anda tidak akan jumpa
lagi buku seumpama ini di pasaran. Best!
Saya beri lima bintang.
Mohd Khairul Azuan
Dietitian, PPUM
Founder Dietfit Malaysia
KANDUNGAN
Bab2 menarik dalam buku ini:
Bab 1: Diet Hanya Mitos
Bab 3: Diet Adalah Gaya Hidup
TENTANG PENULIS:
Ruqayyah Muhd, yang dikenali sebagai KAKAK DIET adalah seorang dietitian di hospital
universiti sejak tahun 2005. Seorang ibu, penulis yang terlibat secara aktif di dalam promosi
kesihatan kepada pesakit dan juga di media sosial. Merupakan penyokong kuat
penyusuan susu ibu berkerjaya terutamanya dan terlibat secara langsung sebagai
Ahli jawatankuasa Persatuan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu USM. Menjadi
penceramah tetap untuk Kelas Antenatal yang dijalankan di hospital bagi
mempromosikan penyusuan susu ibu dan pemakanan sihat buat ibu-ibu sejak tahun
2013. Turut aktif terlibat di dalam
kursus dan latihan penyusuan susu
ibu kepada kakitangan Hospital USM. Buku DIET MAK2 adalah buku pertama beliau
bersama Galeri Ilmu.
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
No comments:
Post a Comment