Haruman
Rohani
ISBN: 978-983-097-820-8
Kod: GB 0566
Penulis: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Tebal: 400 ms
Saiz: L: 16.5 cm; H: 23.5 cm; W: 2.1 cm
Berat: 0.58 kg
Terbit: Ogos 2019
Harga: RM30.00/RM32.00*
SINOPSIS
Buku ini adalah kompilasi daripada tiga
bahagian yang setiap satunya menghimpunkan 40 buah hadis.
Bahagian pertama
menghimpunkan 40 hadis kelebihan ilmu dan ulama antaranya: penuntut ilmu sangat
beruntung, memelihara ilmu dengan cara menulisnya, mengajar itu sedekah yang
paling baik dan pahala yang berterusan.
Bahagian kedua yang bertajuk 40 hadis
penawar hati memuatkan 42 hadis seperti: kenapa hati menjadi keras?, beramallah
sebelum terlambat, nilai tambah dalam umur dan sumber pahala itu banyak.
Manakala bahagian ketiga mengumpulkan
42 hadis akhlak mulia antaranya: berakhlak baik terhadap isteri, kasih sayang
terhadap binatang, menutup keaiban orang lain dan mengutamakan kepentingan
orang ramai.
Setiap hadis yang dimuatkan dalam buku
ini diberi keterangan untuk menjelaskan kefahaman dan disertakan takhrij
bersama status hadis.
KANDUNGAN BUKU
Terbahagi 3
bahagian utama.
BAHAGIAN PERTAMA:
40 HADIS KELEBIHAN ILMU
Ada 40 hadis berkaitan
kelebihan ilmu, antaranya Kelebihan Orang yang Alim, Kehebatan Orang yang Alim,
Ilmu Mengangkat Martabat Manusia, Orang
Alim Itu Hidupnya Berkat, Jenis Ulama,
Menuntut Ilmu Bererti Melalui Jalan ke Syurga dan banyak lagi.
BAHAGIAN DUA: 40 HADIS AKHLAK MULIA
Antaranya huraian kepada hadis Empat Pertanyaan yang Mesti Dijawab, Siapa
Teman Setia, Seringan-ringan Seksaan di Neraka, Merampas Sebilah Kayu Siwak
Sudah Masuk ke Neraka, Orang yang Muflis, Bagaimana Kita Menghadapi
Sakaratulmahut?, Mahkamah Qadhi Rabbun Jalil, Berenang di Lautan
Keringat, Kedalaman Jurang Api Neraka,
Majoriti Penduduk Neraka dan banyak lagi.
BAHAGIAN TIGA: 40 HADIS PENAWAR BAGI HATI
Antaranya hadis
berkaitan Kasih Sayang Sesama Muslim, Bersikap Lemah Lembut, Pemaaf, Tenang dan
Tidak Gelojoh, Bakti Terhadap Ibu Bapa, Sabar Bila Susah, Syukur Bila Senang,
Mengawal Diri ketika Marah, Membela Nasib Golongan yang Lemah, Bertimbang Rasa
Terhadap Pekerja dan Pembantu dan banyak lagi.
TENTANG PENULIS
Tuan Guru Syeikh
Ahmad Fahmi Zamzam (Abu Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki) kelahiran Amuntai,
Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Mantan Ketua Umum Majlis Ulama
Indonesia, Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah. Beliau adalah pengasas
utama Pondok Pesantren YASIN di Kalimantan, Timbalan Syeikhul Maahad Tarbiah
Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah. Antara karya beliau bersama Galeri Ilmu
Media Group; Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Hidayatus
Salikin, Syamail Rasulullah SAW: Cahaya di atas Cahaya, Maulid al-Barzanji
dan Kiamat Hampir Tiba.
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
No comments:
Post a Comment