Judul: Selamat Pengantin
Baharu: Raikan Cinta – Pesanan Buat Semua
Penulis: Roza Roslan & Muhd Kamil Ibrahim
KOD: GB0455
ISBN: 978-983-097-678-5
Tebal: 120 M.S.
Persembahan: 4c
Harga: RM15/RM17
SINOPSIS
Selamat Pengantin Baharu: RAIKAN CINTA – Pesanan Buat Semua
merupakan anekdot pemikiran yang dicatatkan penulis tentang urusan perkahwinan,
menantu, mentua, anak dan kaum keluarga melalui satu detik penting kehidupan
manusia.
Ia berupa panduan dan pesanan-pesanan yang boleh dimanfaatkan
khalayak. Salah satunya, bagaimana mengatur majlis perkahwinan yang patuh
syariah.
Amat sesuai untuk bacaan bakal pengantin dan bakal mentua. Malah,
sesuai dijadikan cenderamata untuk jemputan yang hadir pada majlis perkahwinan.
-----
Dengarlah pesanan ini duhai anak …
Jika hati sudah dimiliki, segera khabarkan kepada mama dan ayah.
Biar keluarga berurusan dengan keluarga. Usah berkawan berlama-lama.
Risiklah dahulu jika si gadis diperkenalkan oleh orang lain atau
sekadar melihat dari jauh sahaja. Jika sudah berkemampuan dan mempunyai
kecukupan mengisi wang belanja hantaran … segeralah melamar dia.
Usah bertangguh. Panjang lagi masa untuk bercinta. Dan bercintalah
sehingga ke Firdaus.
-----
“Kami hanya mengadakan majlis kesyukuran. Bersyukur akhirnya anak
lelaki kami selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. Kami tambah sedikit
istilahnya, ‘Memperkenalkan Menantu’.”
Duhai kawan, kenduri bagi pihak keluarga kami sederhana sahaja.
Bukan di hotel ternama, bukan di dewan besar dan bukan majlis terbuka kepada
seluruh rakyat Malaysia. Bukan mahu meraih populariti dan keuntungan. Jauh
sekali majlis glamor.
Utamanya, kami tidak mahu mengharap sumbangan daripada mereka yang
hadir. Biar benar-benar kami yang berbelanja mengikut kemampuan sendiri.
Setahun sebelum majlis, kami bangun malam, bersolat, bermunajat
dan berdoa. Banyak isu diadukan kepada Allah Azza wajalla. Kami mohon agar
majlis berjalan lancar dipermudahkan urusan, dalam redha dan rahmat Allah lagi
diberkati.
Bagi kami, berkemampuan dari segi kewangan bukan bermakna
berhabis-habisan. Kami mahu mengadakan majlis yang dibenarkan Allah dengan
menjauhi kemurkaan-Nya.
No comments:
Post a Comment