ISBN: 978-983-097-225-1
PENULIS: Zurinah Ismail
TEBAL: 176 halaman
HARGA: RM15/ RM17*
KOD: GB0063
Kesempitan hidup keluarga bukan masalah besar bagi gadis kecil setabah Nasuha. Namun dia keliru, kenapa ayahnya membeza-bezakan dia dan kakaknya Noriah. Ada sesuatu yang dia tidak ketahui mengenai ayahnya, yang tersimpan kemas dalam lipatan memori ibunya.
Dengan sokongan ibunya, Nasuha mahu bangkit untuk membuktikan sesuatu. Namun konflik dengan Mohd Faiz, anak pengetua sekolah, membuatkan dia tertekan dan terhina.
Apakah keanggotaannya dalam kumpulan High Six dapat memberi apa-apa makna?
Berkawan dengan Kate mengundang parah. Gara-gara gadis liar itu, Nasuha hilang kepercayaan ibunya. Lalu, kepada siapa lagi dia mahu mengadu dan menagih kasih?
Nasuha ingin kuat, seteguh kain belacu. Dia juga harus lembut, selembut sutera.
Di hujung ikhtiar manusia, berlakulah takdir Yang Esa. Nasuha pasrah.
Garapan Zurinah Ismail ini, yang juga seorang guru, mampu menyuntik semangat remaja untuk membina kekuatan diri bagaikan kain belacu, di samping memelihara nilai-nilai kelembutan bak sutera.

UNTUK BELI SECARA ONLINE, LAWAT LAMAN galeriilmu.com.my
3 comments:
saya nasuha...jadi saya tertarik pula dengan buku ygbertajuk nasuha ni..kalau bolehlah saya tahu mana saya boleh cari buku ni??? kedai popular ade tk??
name saya nur nasuha...saya da bace novel ney...cerita ney mmg best..kdg2 dlm citer ney berkait rapat dgn sye...mmg best...thanx!!!
Terima kasih diucapkan kepada adik-adik yang sudi membaca novel ini..Sebarang komen,sangat dialu-alukan..Terima kasih !
Post a Comment