.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Sep 1, 2022

Umat Bertanya Rasul Menjawab

Umat Bertanya Rasul Menjawab
ISBN: 978-983-097-965-6
Penulis: Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Kod: GB0689
Saiz: 13.5cm x 21.5cm (Portrait)
Jumlah muka surat: 176
Teks Dalam: 1 warna
Berat: 0.4kg
Harga: RM 20.00/ RM 22.00* 

Sinopsis

Bertanya merupakan salah satu kaedah utama bagi membuka pintu rahsia ilmu pengetahuan. Apatah lagi jika pertanyaan itu ditujukan kepada seorang utusan Allah ﷻ, Nabi Muhammad ﷺ. Maka pasti jawapan yang disabdakan itu jauh lebih bernilai dan bermakna.

"Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang memiliki pengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl 16: 43)

Buku Umat Bertanya Rasul Menjawab hadir bagi mempersembahkan koleksi pertanyaan-pertanyaan yang pernah diajukan oleh para Sahabat kepada Rasulullah ﷺ. Antara persoalan menarik yang dirakamkan dalam naskhah ini ialah:

* Adakah Rasulullah ﷺ dapat melihat Allah ﷻ?

* Siapakah orang yang paling dicintai oleh Rasulullah ﷺ?

* Bagaimana Rasulullah ﷺ mengenali umatnya pada hari kiamat?

* Apakah Rasulullah ﷺ dapat memberi syafaat kepada bapa saudaranya, Abu Talib?

* Amalan apakah yang jika dikerjakan maka Allah ﷻ dan seluruh manusia akan mencintainya?

Melalui buku ini, pembaca dapat mengutip mutiara-mutiara hikmah daripada jawapan Rasulullah ﷺ terhadap persoalan-persoalan umat yang hidup pada kurun terbaik ketika itu.

 Tentang Penulis:

USTAZ HAJI JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI berasal dari kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis, dan kini beliau menetap di Kedah. Merupakan pengasas Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF), exco Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara (MDN), panelis Tanyalah Ustaz (TV3), panelis Assalamualaikum (TV Alhijrah), dan juga mengisi beberapa program di radio tempatan. Di samping itu, beliau juga aktif berdakwah di seluruh tanah air. Umat Bertanya Rasul Menjawab merupakan buku keempat beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.










Syamail Rasulullah Saw: Cahaya Di Atas Cahaya (edisi baru - berwarna)

Syamail Rasulullah Saw: Cahaya Di Atas Cahaya (edisi baru - berwarna)
Penulis: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-966-3
KOD: GB 0688
SAIZ: 16.5 cm x 23.5 cm
TEBAL: 216 m/s
ISI DALAM: 4C
BERAT: 0.5kg
HARGA: RM 33.00/ 35.00

NOTA: Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 2014 yang lalu. Untuk terbitan baru kali ini - tahun 2022 - ia diberi wajah baru yang lebih segar; kulit depan baru dan teks berwarna mengikut fasal. Harap maklum. 

DETAIL:

Cuplikan bab penting dan istimewa tentang kesempurnaan kehidupan, keperibadian dan akhlak Baginda Nabi SAW daripada kitab Sairus Salikin ila ibadati Rabbil ‘alamin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullahu Taala yang disempurnakan oleh Syeikh Ahmad Fahmi bin Zamzam rahimahullahu Taala.


Mengandungi 12 Fasal (Bab) yang menyentuh secara terperinci dan mendalam tentang Rasulullah SAW melalui periwayatan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rahimahullahu Taala. Turut dimuatkan riwayat hidup al-Imam al-Ghazali rahimahullahu Taala dan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullahu Taala.










Aug 15, 2022

Al-Qur'an: Tafsir Dan Tadabbur

Al-Qur'an: Tafsir Dan Tadabbur
Panduan Komprehensif Bagi Menghayati Isi Kandungan 114 Surah Dalam Al-Qur'an
ISBN: 978-983-097-962-5
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0686
Saiz: 7" x 10" (Portrait)
Jumlah Mukasurat: 638 ms
Teks Dalam: 4C
Berat: 1 kg
Hard Cover
Harga: RM98.00/ RM100.00*


Sinopsis

Sebagai satu-satunya mukjizat Rasulullah ﷺ yang kekal hingga ke akhir zaman, Al-Qur’an umpama lautan hikmah yang tiada bertepi. Buku Al-Qur’an: Tafsir dan Tadabbur memberikan inspirasi yang menarik terkait dengan wacana ilmu-ilmu Al-Qur’an.

Di samping kandungan perbahasannya yang pelbagai, buku ini juga mempersembahkan penjelasan komprehensif dan tuntas terhadap istilah-istilah dalam bidang ‘Ulum Al-Qur’an dengan ulasan yang mudah difahami. Karya tulis ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh pelbagai lapisan masyarakat, kerana ia bagaikan pintu gerbang untuk memasuki khazanah ilmiah yang terkandung dalam wahyu Ilahi tersebut.


Antara perbincangan menarik yang terangkum dalam naskhah ini ialah:

- Mengenal pelbagai jenis mukjizat yang terkandung di dalam Al-Qur’an.

- Memahami konsep asas tadabbur yang sebenar.

- Mengenal cabang-cabang ilmu asas dalam perbahasan ‘Ulum Al-Qur’an.

- Inti sari lengkap isi kandungan 114 surah dalam Al-Qur’an.

Apa Kata Mereka?

"Subhanallah, buku ini hadir tepat pada masanya! Ketika umat Islam mula timbul kesedaran dan semangat untuk mentadabbur kandungan Al-Qur’an, kita perlukan pedoman yang sahih dan konkrit. Naskhah istimewa ini akan memandu anda saat meneroka luasnya mesej yang terkandung dalam Kalamullah. Kandungannya sarat dengan ilmu. Turut dilengkapi ringkasan nota yang memudahkan pembaca. Perbahasannya menyeluruh, dan bahasanya mudah dan serasi buat semua. Sangat sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat Qur’ani." [Ustaz Hazri Hashim al-Bindany, Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, KPM]

"Terlalu banyak buku dan program tadabbur Al-Qur'an. Namun, istimewanya buku tadabbur ini ialah ia digarap khas oleh penulis berdasarkan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Sesuai dengan mazhab yang dianut dan diamalkan oleh majoriti umat Islam di Malaysia, khususnya sebahagian besar mufti." [Ustaz Uwais Qorny, Professional Mastercoach Quran No. 1 Malaysia]

Tentang Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan Tafsir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Al-Qur’an dan As-Sunnah dari universiti yang sama. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah Al-Badar. Perunding latihan dan bina insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills, dan Islamic Leadership Program. Buku Al-Qur’an: Tafsir dan Tadabbur merupakan karya keenam beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...