.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Jan 6, 2026

RAHSIA LANGSIR MERAH

RAHSIA LANGSIR MERAH
Siri Novel Perisik Cilik
ISBN: 978-629-7716-86-2
Kod: GB0916
Penulis: Hawa
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Harga: RM12.00/RM14.00*

SINOPSIS 

WHOOSH!

Angin kuat bertiup dari arah rumah usang berhampiran parit. Langsir lusuh rumah itu berkibar perlahan.

"Eh, rumah tu dulu kan rumah lama tinggal? Yang orang kampung kata ada Kak Langsir Merah?" bisik Zaidi.

Aiman toleh. “Kak Langsir Merah?”

“Ha’ah,” jawab Zaidi. “Mak aku cakap, dulu ada perempuan tua tinggal di situ. Dia suka duduk dekat tingkap, tengok orang lalu. Bila dia marah, dia akan tarik langsir merah tu kuat-kuat … dan malam-malam, orang dengar bunyi kain diseret dalam rumah.”

Alif menambah, “Atuk aku kata, kalau kau nampak langsir tu berkibar, padahal tak ada angin … itu maksudnya dia tengah tengok kau.”


Semua memandang langsir rumah itu.

Benarkah bagai yang dikatakan oleh penduduk kampong mengenai langsir merah itu? Cerita misteri ini terus menjadi tanda tanya. Dan kini, empat sekawan ini mula rasa ... ada sesuatu yang perlu disiasat.








RAHSIA PENJEJAK SAINS

RAHSIA PENJEJAK SAINS
Siri Novel Perisik Cilik
ISBN: 978-629-7716-85-5
Kod: GB0915
Penulis: Nadrah
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Harga: RM12.00/RM14.00

SINOPSIS

Raif, Auni, dan Ilham telah menyelesaikan banyak misteri sepanjang penggal ini. Namun, mereka sedar satu perkara, sains bukan hanya tentang eksperimen atau alat. 

Sains ialah cara kita melihat dunia, bertanya soalan, dan mencari jawapan. Kadang-kadang, jawapannya datang daripada pemerhatian. Kadang-kadang, melalui kesilapan. 

Tapi... yang paling penting, mereka belajar untuk tidak takut, dan untuk terus mencuba.


Cikgu Siti selalu pesan: “Kalau kamu nampak sesuatu yang pelik, jangan terus takut. Gunakan akal, siasat, dan fikir. Itulah detektif sains yang sebenar.”








RAHSIA BAYANG

RAHSIA BAYANG
Siri Novel Perisik Cilik
ISBN: 978-629-7716-81-7
Kod: GB0913
Penulis: Nadrah
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM12.00/RM14.00*

 SINOPSIS

Di tingkap surau lama itu, ada bayang. Tingkap kayu separuh terbuka. Bayang itu gelap dan tinggi. Bayang itu membuatkan jantung terasa berat, dia langsung tidak bergerak. Tegak dan diam. Seolah-olah sedang menunggu sesuatu.

Bulu roma Raif tegak. Rasa seram sejuk … macam nak demam. Dia cepat-cepat menunduk, pura-pura mencari sesuatu dalam beg. Dadanya berdegup laju. Dalam hati, dia cuba memujuk diri, mungkin itu cuma ilusi cahaya … tapi rasa takut tetap menghimpit.
 


Bagaimana tiga sekawan – Raif, Faris dan Ijan membongkar misteri bayang yang membuatkan jantung mereka berdebar-debar ini? Cerita yang penuh dengan debaran namun, membuka kisah sebenar di sebaliknya. Ia juga mengajar erti keberanian dan setia kawan.







Jan 5, 2026

RAHSIA MAKMAL LAMA

RAHSIA MAKMAL LAMA
Novel Perisik Cilik
ISBN: 978-629-7716-73-2
Penulis: Toha
Kod: GB0906
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm X 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM12.00/RM14.00

 SINOPSIS

Makmal lama di hujung blok sekolah itu sudah lama tidak digunakan. Cat dindingnya mengelupas, kipasnya berbunyi seperti mengerang dan langsir lusuhnya sentiasa berkibar walau tiada angin. Tiada siapa suka ke sana – hinggalah Cikgu Habsah membawa murid-murid 6 Bestari untuk kelas Sains khas di situ.

Apa yang sepatutnya menjadi pembelajaran biasa bertukar menjadi pengalaman luar jangka. Bunyi pelik, rangka yang bergerak sendiri dan angin yang membawa bisikan mula mengganggu ketenangan kelas. Apakah makmal itu benar-benar berhantu … atau ada rahsia yang sudah lama terkubur menunggu untuk dibongkar?


Dalam usaha menyelesaikan misteri, pelajar-pelajar ini belajar lebih daripada sekadar cecair dan gas – mereka belajar tentang keberanian, kerjasama dan pentingnya tidak menilai sesuatu hanya dari luaran. Di sebalik ketakutan, mereka menemui kekuatan. Dan si sebalik debu masa lalu tersimpan satu kisah yang membuka mata mereka semua.

Misteri Makmal Lama bukan sekadar kisah seram – ia sebuah perjalanan yang menguji hati, minda dan persahabatan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...