.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

May 10, 2021

Telah Terbit Bulan Purnama

Judul: Telah Terbit Bulan Purnama
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-932-8
KOD: GB 0649
Saiz: Lebar: 13.5cm X Tinggi: 21.5cm X 1cm
Tebal: 152 M/S
Isi Dalam: 2C
Berat: 0.35 kg
Harga: RM 20.00/ 22.00*

DETAIL:

Nabi Muhammad SAW adalah rahmat yang besar untuk seluruh alam. Sepertimana bulan purnama memancarkan cahaya, Nabi Muhammad SAW adalah penunjuk jalan, pembimbing dan tokoh terulung yang wajar dimuliakan dan disanjung sepanjang zaman.

Naskhah ini berbicara tentang keistimewaan dan kelebihan Nabi Muhammad SAW berbanding para Nabi dan Rasul yang lain, pelbagai kemuliaan Rasulullah termasuk perbezaan panggilan atau gelaran daripada Allah terhadap Rasulullah dan Rasul-rasul yang lain seperti yang termaktub dalam al Quran.

Turut juga dinyatakan bagaimana para Sahabat dan generasi-generasi selepas mereka mencintai dan memuliakan Baginda dengan mengadakan sambutan Maulidur Rasul dan mengarang kitab serta menyusun qasidah.

Menyambut Maulidur Rasul adalah termasuk di dalam cara pendekatan diri kepada Allah di samping suatu ungkapan kebahagiaan dan kecintaan kepada Rasulullah, sebagaimana sabdanya, “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya dan anaknya dan manusia keseluruhannya”. Riwayat Imam Al-Bukhari.


KANDUNGAN:

·        Asal Perkataan Maulidur Rasul dan Maulidun Nabi

·        Makhluk-makhluk yang Besar Menyambut Maulidur Rasul

·        Makhluk Paling Mulia Menyambut Maulidur Rasul

·        Orang Pertama Menyambut Maulid Secara Besar-Besaran

·        Hukum Menyambut Maulidur Rasul

·        Antara Keberkatan Maulid

·        Kitab-Kitab Maulid

·        Sejarah Penulisan Qasidah Burdah

·        Hikmah Dan Rahsia Hari Isnin Dan Bulan Rabi’ul Awwal

·        Berlakunya Peristiwa Besar Dengan Asbab Maulid

·        Antara Kemuliaan Nabi Muhammad SAW Ketika Masih Kecil

·        Mengenal Bentuk Tubuh Rasulullah SAW

·        Kemuliaan Nabi Muhammad SAW

·        Nabi Muhammad SAW Pembawa Rahmat

·        Antara Akhlak Mulia Nabi Muhammmad SAW

·        Memilih Supaya Penduduk Thaif Tidak Diazab SAW

·        Mukjizat Nabi Muhammad SAW

·        Cinta Nabi SAW Kepada Umat

·        Mahalnya Harga Sebuah Cinta

·        Para Sahabat Mencintai Nabi SAW

·        Para Tabi’in Dan Golongan Selepas Mereka Mencintai Nabi SAW

·        Tanda Seseorang Mencintai Nabi SAW

 

Tentang Penulis:

Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Sering dijemput sebagai pentazkirah tetap segmen Maulid@IKIM.fm, Tarbiyah dan Topik Jumaat di Radio IKIM dan Az-Zikra di Radio KLfm. Juga sering muncul dalam rancangan keagamaan di TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Aktif menyampaikan ceramah serta mengendalikan daurah di seluruh Malaysia. Telah Terbit Bulan Purnama adalah karya ke-24 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.











 

Mar 30, 2021

NOTA HARTANAH SENTAP

NOTA HARTANAH SENTAP
Penulis: Harith Faisal
ISBN: 9789830979311
Kod: GB0648
Tebal: 232 ms
Dimensi: L: 13.97cm X H: 21.59cm X W: 1.7cm
Kulit: Kulit keras
Berat: 0.6 kg
Harga: RM50.00/RM52.00*

SINOPSIS

Orang sekarang pelik-pelik. Bila ditanya, "Kenapa kau tak beli rumah lagi?" Jawabnya, "Tak mampu bro. Mahal rumah sekarang ni." Tapi relaks dan selamba pakai kereta yang bayarannya RM1,000 sebulan.

Sebenarnya, faktor utama sukar memiliki rumah pertama adalah kegagalan urus kewangan dengan baik, tidak meletakkan pemilikan rumah sebagai prioriti dan sikap tunggu dan lihat yang menebal.

Ada golongan yang menanti harga rumah turun, barulah nak membeli. Tapi, tiada persediaan awal, tidak pernah mula buat simpanan, tidak rajin mencari ilmu kewangan dan hartanah.

Golongan ini, jika harga rumah turun pun tidak akan mampu membeli kerana dia langsung tidak bersedia serba-serbi. Perkara pertama yang dia perlu ada adalah kesedaran. Kemudian, ilmu.

Maka, buku ini ditulis untuk anak muda yang sedang mencari jalan mendapatkan rumah pertama, hala tuju kewangan dan kehidupan yang lebih baik. Semoga kandungan buku ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk cepat-cepat mula mengurus kewangan pada waktu muda dan beli rumah pertama di awal usia.



KANDUNGAN

Buku ini terbahagi kepada 3 Bab utama iaitu:

BAB 1: BIJAK URUS WANG

Punca Anak Muda Muflis, Kereta @ Rumah Dulu?, Bila Tidak Ada Ilmu Hartanah, Ukur Baju Di Badan Sendiri, Selesaikan 5 Perkara Sebelum Umur 35 Tahun, 10 Sebab Gaji RM3,000 Tak Beli Rumah Lagi, Beli Tunai @ Pembiayaan Bank?, Pencen Dengan Tunai RM200,000 Dan Bonus RM9,000 Sebulan, Bajet Rumah Idaman, Kisah Hartanah Seorang Kerani, Pinjaman Rumah VS Pinjaman Kereta, Nak Pencen, Baru Gelabah Nak Beli Rumah, Tidak Simpan Tidak Rasa Bersalah, Gaji RM2,000 Nak Beli Banyak Rumah, Best Giler Beli Rumah Lelong, Luar Flat Dalam Kondo

BAB 2: RUMAH SEWA VS TUAN RUMAH SEWA

Isu Penyewa Dan Tuan Rumah, Ilmu Beli Dan Sewa Rumah, Saya Tidak Mahu Dibebani Hutang Rumah, 10 Tip Elak Ditipu Pemilik Rumah Sewa, Rumah Pertama Disewa, Saya Nak Duduk Di Mana?, Penyewa Dari ‘Neraka’, Penyewa Gaya Lebih, 10 Tahun Menyewa, Terus Menyewa Sebab Tuan Rumah Baik

Bab 3: JOM BELI RUMAH

Kisah Rumah Pertama, Bila Nak Beli Rumah?, Cara Beli Rumah RM200,000, Kiraan Untuk Rumah Pertama, Beli Rumah Untuk Pelaburan, Gaji RM7,500 Belum Ada Rumah Sendiri?, Buat Dua Kerja Sampingan Untuk Beli Rumah, Kenapa Bank Tolak?, Beza Simpan 10-50% Gaji, Skim Rumah Murah Serendah RM42,000, Nak Gabung Pinjaman Dengan Suami, Betulkah Gaji RM10,000 Baru Boleh Beli Rumah?, Penjawat Awam Senang Beli Enam Buah Rumah, 8 Tip Best, 30 Perkara Penting Sebelum Beli Rumah Kos Rendah Sebagai Rumah Pertama, Harga Rumah 10 Tahun Dulu Dan 10 Tahun Akan Datang, Gaji RM2,000 Nak Beli 3 Buah Rumah, Risiko Rumah Lelong.

MENGENAI PENULIS

Harith Faisal berasal dari Slim River, Perak. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Aktuari) Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berusia 30 tahun dan mula berkarya sejak 2015 lagi. Kerjaya pertama beliau adalah sebagai seorang pegawai bank. Kini beliau adalah seorang pengurus agensi Harith Faisal Group bersama AIA Public Takaful Berhad secara sepenuh masa. Beliau banyak berkongsi idea, panduan dan tip kewangan serta pelaburan di Facebook peribadinya setiap hari. Setelah 6 tahun menulis, bilangan pengikutnya adalah lebih 232,000 orang.












***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

Mar 18, 2021

66 Hadis Fadhilat Ramadhan

66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-929-8
Kod: GB 0647
Saiz: L: 13.5cm X H: 21.5cm X W: 1cm
Tebal: 160 m/s
Teks: 2C
Berat: 0.5 kg
Harga: RM 19.00/ 21.00*

SINOPSIS

Keistimewaan dan kelebihan bulan Ramadhan sering disebut sebagai suatu galakan kepada umat Islam supaya bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah. 


Buku ini menghimpunkan 66 hadis yang menceritakan pelbagai kelebihan atau fadhilat bulan Ramadhan yang menjadikannya sebagai Penghulu segala bulan.

Mudah-mudahan apabila hadis-hadis ini difahami dan dihayati, kita akan lebih bersemangat untuk membanyakkan ibadah khususnya pada bulan Ramadhan dengan hati yang ikhlas dan penuh rasa cinta kepada Allah.

 


KANDUNGAN

Muqaddimah

(A) Fadhilat Bulan Ramadhan

(B) Fadhilat Puasa Ramadhan

(i) Fadhilat Puasa Secara Umum

(ii) Fadhilat Puasa Ramadhan Secara Khusus

(C) Fadhilat Qiyam Ramadhan (Solat Tarawih)

(D) Fadhilat Memberi Makan Kepada Orang yang Berpuasa

(E) Fadhilat Membaca Al-Qur’an dalam Bulan Ramadhan

(F) Fadhilat Bersedekah dalam Bulan Ramadhan

(G) Fadhilat Sahur

(H) Fadhilat Iktikaf

(I) Fadhilat Lailatul Qadar

(J) Fadhilat Umrah pada Bulan Ramadhan

(K) Fadhilat Meneruskan Puasa 6 Hari dalam Bulan Syawal Selepas Ramadhan

(L) Sebahagian Amalan Rasulullah SAW dalam Bulan Ramadhan


 

 

 

 
***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

Mar 16, 2021

Ringkasan Feqah Puasa

RINGKASAN FEQAH PUASA
PENULIS: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL 
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-930-4
Kod: GB 0646
Saiz: 23.5 cm x 16.5 cm
Tebal: 56 m/s
Teks: 4C
Berat:0.5 KG
Harga: RM 19.00/ 21.00*


Buku ini menjelaskan ibadah puasa yang menjadi kewajipan umat Islam dalam infografik yang berwarna dan mudah untuk diingati.

Bermula dengan pengertian, sejarah asal puasa, hukum-hakam, syarat-syarat, rukun-rukun, perkara-perkara sunat dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.



Turut dijelaskan golongan-golongan yang dibenarkan untuk berbuka atau tidak berpuasa dan denda serta fidyah yang perlu dibayar jika  meninggalkan puasa. Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan saban tahun dilakukan dengan ilmu yang jelas dan mantap, tanpa ragu-ragu serta mendapat ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.













***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...