.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Jul 3, 2020

DIET BUKAN MITOS

DIET BUKAN MITOS
ISBN: 978-983-097-919-9
Penulis: Ruqayyah Muhd
Kod: GB627
Tebal: 256 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.6 cm
Berat: 0.37 kg
Terbit: Julai 2020
Harga: RM35.00/RM37.00*

SINOPSIS:

Biasanya, persepsi awal orang awam mengenai diet sihat itu suatu yang mahal, susah untuk dibuat dan sukar diikuti mesti diubah. Hingga menyebabkan ramai yang terbantut hasrat mahu mengubah pemakanan kerana memikirkan kos-kos bulanan yang akan meningkat.

Tidak dinafikan, diet sihat yang sering dipaparkan dan dikongsikan banyak mempunyai menu-menu barat dan sukar untuk diikuti. Apatah lagi, apabila sudah biasa makan nasi bercicah sambal, mahu tukar makan ‘Grilled chichen with blackpepper sauce and baked potatoes.

Diet dalam erti sebenarnya bermaksud pemakanan. Bukanlah seperti kefahaman biasa, diet bermakna tidak makan atau mengehadkan makanan tertentu.

Maka, penulis hadirkan kisah-kisah di dalam naskhah ini mengenai diet sihat yang mudah agar semua orang mampu merealisasikan impian untuk menjadikan diet sihat itu bukan lagi hanya mitos.


KOMENTAR PEMBACA

Membaca naskhah ini membuatkan saya sentap sendiri. Sentap kerana bukan diet yang selalu difikirkan mitos, tetapi pengetahuan tentang ilmu pemakanan dan kesihatan sendiri yang sebenarnya mitos. Terkadang kita ini hanya mengikut-ikut sana-sini. Entahkan betul, entahkan tidak. Lantas kita mengikut teori yang terkadang sampai memudaratkan diri sendiri.

Makan buah itu berkhasiat, maka kita mengambil sehingga enam ke tujuh hidangan setiap hari, sedangkan makan berlebihan menyebabkan bacaan gula meningkat. Ada pula yang beranggapan makan makanan berminyak itu boleh melincirkan pembuangan air besar, padahal makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat itulah yang betul. Sekalipun kedengaran isi kandungannya hanya berkisar tentang fakta, jujurnya saya membaca seolah-olah membaca buku cerita. Fakta dan maklumat pemakanan diselang-selikan dengan pengalaman mahal penulis sebagai dietitian di hospital.

Larut dengan penceritaan yang santai dan menyeronokkan minda. Namun, dalam masa yang sama, otak mula menghadam ilmu baharu dan menyedari kesilapan diri. Buku ini bukan hanya menghidangkan ilmu diet untuk kelihatan cantik, tetapi lebih kepada kesihatan diri. Berinformasi, santai dan menarik. Sungguh!
Faizah Ahmad (Cik Pae)
Jurutera dan Penulis (Perantis Akademi Bonda Nor)

Alhamdulillah, akhirnya terbit sebuah buku yang hebat ini. Sudah lama saya menunggu buku seperti ini di pasaran Malaysia. Lagi-lagi ia ditulis oleh pegawai dietetik yang berpengalaman. Saya suka membacanya dari awal sehingga akhir.

Semua topik yang disampaikan sangat sesuai dengan mentaliti komuniti sekarang. Antara yang menarik perhatian saya adalah makanan sihat itu bukannya mahal. Itulah antara salah faham yang sangat menghantui orang yang baru mahu mula berdiet. Banyak lagi info yang menarik dan saya rasa setiap orang perlu tahu.

Buku ini sangat santai dan sesuai dibaca oleh mereka yang mahu mula diet atau yang sudah berdiet tetapi masih tidak faham-faham asas kepada pemakanan sihat. Nak kurus perlu elak nasi? Semestinya tidak! Buku ini akan huraikan semuanya dengan jelas dan padat.
Rugi kalau tidak membaca buku ini. Anda tidak akan jumpa lagi buku seumpama ini di pasaran. Best! Saya beri lima bintang.

Mohd Khairul Azuan
Dietitian, PPUM
Founder Dietfit Malaysia

KANDUNGAN
Bab2 menarik dalam buku ini:
Bab 1: Diet Hanya Mitos
Bab 3: Diet Adalah Gaya Hidup

TENTANG PENULIS:

Ruqayyah Muhd, yang dikenali sebagai KAKAK DIET  adalah seorang dietitian di hospital universiti sejak tahun 2005. Seorang ibu, penulis  yang terlibat secara aktif di dalam promosi kesihatan kepada pesakit dan juga di media sosial. Merupakan penyokong kuat penyusuan susu ibu berkerjaya terutamanya dan terlibat secara langsung sebagai Ahli jawatankuasa Persatuan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu USM. Menjadi penceramah tetap untuk Kelas Antenatal yang dijalankan di hospital bagi mempromosikan penyusuan susu ibu dan pemakanan sihat buat ibu-ibu sejak tahun 2013. Turut aktif terlibat di dalam  kursus dan  latihan penyusuan susu ibu kepada kakitangan Hospital USM. Buku DIET MAK2 adalah buku pertama beliau bersama Galeri Ilmu.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466


 

 

 

 
 




Mar 26, 2020

Ceritalah… Dia Ada Di Sisi

Ceritalah… Dia Ada Di Sisi
ISBN: 978-983-097-895-6
Kod: GB0622
Penulis: Mohd Zaini Mohd Ariff & Muhd Kamil Ibrahim
Tebal: 400 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 2.5 cm
Berat: 0.5 kg
Terbit: Mei 2020
Harga: RM40.00/RM42.00*

SINOPSIS

CERITALAH … DIA ADA DI SISI adalah kisah sebenar dan asli yang diceritakan dari pelbagai sisi. Hampir keseluruhannya berkisarkan pengalaman kehidupan penulis dalam meniti usia senja.

Setiap kisah mempunyai sebab tersirat untuk difikirkan yang mana pada setiap kejadian dan peristiwa telah ditakdirkan oleh Allah.

Allah memberi jawapan, betapa setiap kejadian yang berlaku dalam hidup penulis dan manusia umumnya, boleh ditemui hikmahnya melalui kalam Allah di dalam al-Quran.

Kisah-kisah lampau boleh dijadikan pedoman agar kita lebih berwaspada dan berhati-hati dalam menghadapi hujung usia.
Buku ini terbahagi dua bahagian yang mengandungi 44 cerita motivasi keseluruhannya yang disampaikan dalam bahasa yang mudah dan mencuit hati.


Tentang Penulis:
Dato’ Dr Mohd Zaini Ariff atau lebih dikenali dengan panggilan DZ merupakan usahawan bumiputera yang telah menceburi bidang perniagaan lebih 30 tahun.
DZ menceburi perniagaan di dalam bidang perkhidmatan kewangan secara Islam, kejuruteraan pembinaan dan pengedaran barangan perubatan.
Beliau telah menggunakan ilmu dan pengalaman perniagaan ini untuk membuat kajian ilmiah di dalam bidang pengurusan strategik. Akhirnya, DZ dianugerahkan Doktor Pengurusan Perniagaan dari Southern Cross University, Australia.
DZ juga berjiwa halus dan kreatif. Rakaman foto beliau mendapat pengiktirafan National Geographic bertajuk Syukur dinobatkan sebagai pemenang dalam satu pertandingan. Malah foto yang digunakan sebagai cover belakang buku ini mendapat hadiah penghargaan – juga – daripada National Geographic. 
Buku ini merupakan hasil kelima DZ bersama MKI selepas Ilmu Kehidupan, Usahawan Akhirat, Merenung Diri dan Bahagia Berganda.

Muhd Kamil Ibrahim

Pengasas Universiti MKI (U-MKI). Lebih dikenali sebagai Prof. MKI. Kini bertugas di Universiti Kuala Lumpur setelah menamatkan kontrak kerja di Universiti Taibah, Madinah sebagai Profesor Perakaunan. Beliau bertugas di Madinah hampir tiga tahun.

Beliau merupakan Duta UniKL dan menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dengan menyampaikan kuliah di seluruh pelosok Tanah Air. Kini, beliau berkhidmat di bahagian “Community Engagement”. 

Sebelumnya – selama 24 tahun – bertugas di Universiti Teknologi MARA. Beliau pernah menjawat jawatan Pengarah kampus, Dekan dan Pegawai Khas kepada Naib Canselor. MKI menulis beratus-ratus kertas penyelidikan, artikel dan buku.

Namun beliau lebih dikenali melalui buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman yang sudah terjual melebihi 100,000 naskhah.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 



Generasi Jutawan

Generasi Jutawan
ISBN: 978-983-097-902-1
Penulis: Mohammed Farid Sulaiman
Kod: GB0617
Tebal: 192 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.86 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit: Jun 2020
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS
Buku ini ditulis buat pembaca membuka minda seluasnya untuk berkongsi bahawa semua orang layak menjadi kaya dan layak untuk membina genarasi yang lebih baik dengan pendidikan yang baik dan sempurna dengan adanya WANG.

Buku ini merupakan satu pengalaman yang penulis lalui hampir 17 tahun yang lalu untuk  mempelajari dan melakukan sendiri apa yang beliau yakin bakal memberi impak yang tinggi kepada keluargnya. Hasilnya, sehingga beliau berjaya mengumpul simpanan anak-anak mengikut usia mereka yang berjumlah mencecah RM50,000 dalam tempoh tersebut.

Justeru, perancangan kewangan bukanlah satu perkara yang agak objektif pada setiap orang atau keluarga. Ia merupakan perkara subjektif dan boleh dilakukan oleh semua orang.


Kegagalan untuk merancang dengan sempurna adalah kerana menganggap kewangan ini merupakan satu perkara yang peribadi untuk dibincang atau dibahaskan.

Ingatlah! Simpanan bukan hanya untuk si kaya sahaja. Tetapi ia menjadi tanggungjawab untuk kita semua mendidik anak-anak dan generasi akan datang, betapa pentingnya kita merancang kewangan untuk masa depan.

“Wang bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya memerlukan wang.” 


*************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466


  

 

 

 

   



Dunia Tanpa Syaitan

Dunia Tanpa Syaitan
ISBN : 978-983-097-911-3
Kod: BP0064
Pengarang: Pak Cik Bad
Tebal : 120 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.9 cm; W:  0.7 cm
Berat: 0.17 kg
Terbit: Mei 2020
Harga : RM13.00 /15.00*

Sinopsis

Pernakah, kita terbayang dunia yang kita duduki ini tanpa ada iblis dan syaitan? Wah, tentulah aman dan tenteram, kan? Kenapa Allah ciptakan iblis dan syaitan?

1
“Aku datang untuk membantu, kau pasti selamat… Okey, sekali ini saja aku ikut cakap kau.
Ha ha ha… bagus. Kalau mahu selamat, kau sujud kepadaku di dalam hatimu.”

2
Akhirnya, rahib muda mati kelemasan di usia yang sangat muda. Mati bergelumang dosa besar. Mati? Ya, mati! Siapa kata umurnya 100 tahun? Yang percaya sangat cakap syaitan tu siapa suruh?

“Itulah sebab aku selamatkan kau. Aku tak mahu kau mati syahid dan terus masuk syurga!”



“Setiap Mukmin yang mati syahid adalah bencana bagi aku! Aku mengharapkan kau panjang umur dan mengharapkan kau mati dalam suul khatimah dan masuk neraka.”

Awas! Hasutan syaitan tak mengenal mangsa. Malangnya mangsa yang tak kenal siapa syaitan!

Hanya pedoman agama sahaja yang dapat menyelamatkan kita daripada godaan dan hasutan syaitan.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466


 

 

 

 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...