165
NASIHAT GUAMAN TUAN LAWYER
ISBN: 978-983-097-849-9
Penulis:
Amar
Kod:
GB0601
Tebal:
168 ms
Saiz ; L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1 cm
Berat: 0.14 kg
Terbit: Dis 2019
SINOPSIS
TAK celik undang-undang menjadikan kita mudah
kena tipu dan mengalami kerugian. Tak celik undang-undang menjadikan kita tak
pandai tuntut hak. Tak celik undang-undang menjadikan kita sering dipermainkan.
Tak celik undang-undang menjadikan kita takut
untuk menceburi perniagaan. Tak celik undang-undang menjadikan kita buat kerja
semberono dan berisiko. Tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang
kurang berkeyakinan. Dan tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang
kurang jati diri.
Buku ini ditulis bagi
memberi nasihat guaman untuk memberi kesedaran dan ilmu kepada orang ramai
tentang hak dan cara bertindak yang betul serta apakah perkara yang kita perlu
berhati-hati dalam urusan harian agar kita tidak tersalah langkah yang menyebabkan
kita terpaksa menanggung kerugian atau risiko.
Buku ini ditulis menggunakan
bahasa yang mudah agar difahami orang kebanyakan.
Antara isu yang
dibincang adalah Saman Fitnah, Serang
Guru, Kepentingan Nombor Kad Pengenalan, Butiran Peribadi , Gambar Bogel,
Hantaran Hangus, Ugut Saman, Risiko Penjamin, Duit Dalam Akaun Lesap, Hak Tuan Rumah, Tanah Lot Cap Ayam,
Freehold vs Leasehold, Tribunal
Tuntutan Pembeli Rumah, Rumah Pewarisan, Sivil dan Syariah, Hak
Dropship, Kemalangan Jalan Raya, KWSP,
Pampasan, Buang Pekerja dan banyak lagi.
TENTANG
PENULIS
AMAR adalah nama
singkatan Arif Muazzim Abdul Rahman. Memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-undang
daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau merupakan
peguam berpengalaman di firma guamannya sendiri bersama isterinya yang juga
merupakan seorang peguam iaitu Arif Muazzim, Zawani & Co. yang terletak di
Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.
Sebelum itu
beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di firma guaman ternama iaitu Dato’
Seri Zulkifli Noordin (Zulkifli Noordin & Associates).
Firma guaman
Arif Muazzim, Zawani & Co. mengendalikan kes-kes sivil seperti fitnah,
hutang, penipuan, pindah milik hartanah, kecuaian dan sebagainya.