.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Apr 14, 2013

Simfoni Cinta

Judul: Simfoni Cinta
Penulis: Hilal Asyraf
Tebal: 504 ms
ISBN: 978-983-097-478-1
Kod: GB0276
Harga: RM23.00/RM25.00


Sinopsis:

Cinta.

Ya. Itu temanya Kumpulan Cerpen ini. Ini kali pertama sebenarnya Hilal menulis sebuah buku yang fokusnya adalah Cinta. 

Selama ini, Cinta hanya menjadi 'sub' kepada Novel, Kumpulan Cerpen dan perbincangan-perbincangan dalam Buku Motivasi Hilal, tetapi kali ini, memang Cinta adalah fokusnya. 

Hilal melihat bahawa hakikat Cinta hari ini telah dikotorkan dengan pelbagai pandangan. Rata-rata kita, mengambil istilah cinta dan cara pengamalannya daripada barat. Maka jadilah Cinta itu terperusuk dalam penjara hubungan lelaki dan perempuan semata-mata, dan dilaksanakan dalam keadaan tidak memenuhi perintah-Nya.

Maka di sinilah Hilal datangkan Simfoni Cinta. Untuk meluaskan lagi definisi Cinta. Untuk menunjukkan betapa indahnya Cinta. Betapa kita perlu menghargai Cinta. Apakah asas Cinta. Dan apakah hakikat Cinta yang sebenarnya.


Bagi yang selama ini mengikuti Hilal, anda pasti akan lebih terhibur dengan Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta ini kerana banyak watak daripada novel-novel Hilal yang sebelum ini muncul di sini.

Apr 12, 2013

Temubual Ekslusif Bersama Tuan Khairi Tajudin Sempena PBAKL 2013


Ceritakan mengenai latar belakang diri anda.
 
Tuan Khairi Tajudin - 'Ikhlaskan niat'.
Nama penuh saya Mohd Khairy bin Tajudin. Saya dilahirkan pada 2 September 1983 di Hospital Besar Alor Setar, Kedah. Maknanya, sekarang saya sudah berumur 30 tahun. Saya membesar di Kg. Lembah Keriang, Changlun, Kedah.
Saya mula bersekolah tadika di Tabika KEMAS Kg. Baru, Changlun. Kemudian, masuk sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara. Selepas UPSR, saya masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun. Hanya selepas PMR, barulah saya diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.
Selepas tamat SPM, saya sambung belajar di UiTM Kampus Arau dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Saya belum memiliki cita-cita pada waktu itu. Tidak tahu arah tuju. Ambil Kejuruteraan Mekanikal kerana di sekolah dulu belajar jurusan Sains Teknologi. Itu sahaja alasan saya yang paling munasabah. Tidak minat pun untuk menjadi jurutera atau juruteknik.

Apr 11, 2013

Nenek Bercerita : Rasul Ikutanku


GB0215 :NENEK BERCERITA : RASUL IKUTANKU (AKAN TERBIT)
Pengarang : Ummu Hani Abu Hassan
Tebal : 144
ISBN : 978-983-097- 426-2
Harga : W/M:RM20.00 E/M:RM22.00

Buku ini merupakan himpunan cerita daripada siri Nenek Bercerita yang disiarkan dalam majalah ASUH. Kelainan buku ini terletak kepada penceritaan kisah sirah Nabi Muhammad oleh seorang nenek kepada cucunya, Amir. Setiap peristiwa atau situasi harian yang berlaku kepada Amir dikaitkan oleh neneknya dengan kisah sirah Nabi Muhammad. Gaya bahasa yang mudah, muka surat berwarna dan watak-watak ilustrasi yang comel amat sesuai dibacakan oleh ibu bapa kepada anak-anak dalam menyemai cinta mereka kepada Junjungan mulia Rasulullah.

Apr 10, 2013

Menjernih Hidup Beragama


GB0248: MENJERNIH HIDUP BERAGAMA
Pengarang : Mohd Al Adib Samuri
ISBN : 978-983-097-408-8
Harga : W/M:RM26.00 E/M:RM28.00

Menjernih Hidup Beragama ialah ajakan, nasihat, teguran dan penerangan yang jelas kepada masyarakat Islam khususnya dalam menjernihkan lagi beberapa aspek dalam kehidupan beragama seperti ibadah, akidah dan akhlak. Sarat dengan tarbiah serta ilmu. Ia mengajak pembaca berfikir dan berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik agar mendapat redha Allah SWT.

Konstantinopel Kibaran Panji-Panji Al-Fateh


GB0238 : KONSTANTINOPEL KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH (AKAN TERBIT)
Pengarang : Web Sutera
Tebal : 896 m/s
ISBN : 978-983-097-417-0
Harga : RM29.00 W/M, RM 31.00 E/M

Novel sejarah bertemakan tempat ini sarat dengan fakta tetapi diadun dengan beberapa watak fiksyen. Jika novel sejarah pertama beliau Macedonia menceritakan tokoh Raja Zulqarnain, melalui novel ini, Web Sutera memasukkan tokoh-tokoh Islam yang cuba membebaskan Konstantinopel termasuklah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Konstantinople sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke -7 sebelum masihi. Nama asalnya ialah Bizantium. Dimasyurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Bizantin untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.

Kemegahan kota mecemburui pelbagai pihak, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.

Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi.

Ulat Buku & Erti Persahabatan - GENG 5A


GB0254 :  ULAT BUKU SIRI 1
Pengarang : Wan Zayuhisham
Tebal : 40 M/S
ISBN :978-983-097-439-2
Harga : RM5.50 W/M, RM7.50 E/M

ULAT BUKU merupakan himpunan cerita-cerita daripada siri Komik Geng 5A yang mula mendapat tempat di hati pembaca majalah ASUH selain siri komik popular Godaan Syaitan. Geng 5A mengisahkan lima orang sekawan yang belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Astana iaitu Amir, Badrul, Nasri, Anis dan Najwa. Geng 5A ditubuhkan hasil cetusan idea mereka yang mahu menggapai cita-cita mereka memperoleh 5A di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bukan itu sahaja, mereka juga memiliki minat yang sama terhadap buku. Akhirnya mereka menubuhkan Kelab Cinta Buku (KCB) di bawah bimbingan Ustaz Mansor. Tugas mereka bukan mudah apabila sering kali menerima tentangan dan cabaran daripada Kelab Sayang Buku (KSB) yang diterajui oleh rakan sekelas mereka iaitu Radhi.


GB0255 : ERTI PERSAHABATAN SIRI 2 
Pengarang : Wan Zayuhisham
Tebal : 40 M/S
ISBN :978-983-097-440-8
Harga : RM 5.50 W/M, RM 7.50 E/M

ERTI PERSAHABATAN (Komik Geng 5A 2) merupakan himpunan cerita daripada siri Komik Geng 5A yang mula mendapat tempat di hati pembaca majalah ASUH selain siri komik popular Godaan Syaitan. Siri kedua kali ini memaparkan kegigihan Geng 5A yang menerajui Kelab Cinta Buku (KCB) untuk terus mengumpul buku-buku sebagai bahan bacaan di Pusat Sumber dan di Pondok Bacaan sekolah mereka. Halangan demi halangan mereka tempuhi, namun mereka tidak pernah berputus asa dan bersedia berdepan dengan apa juga situasi. Kecekalan dan ketabahan mereka banyak didorong oleh Ustaz Mansor, selaku penasihat KCB.

Apr 9, 2013

Tuhan Lebih Saintifik


GB0241: TUHAN LEBIH SAINTIFIK
Pengarang : Dr. Farhan Hadi
ISBN : 978-983-097-438-5
Harga : W/M:RM16.00 E/M:RM18.00

Dr. Donald menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya, Ustaz Hanafi pula menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka, termasuklah kemajuan bidang perubatan. 

Pertembungan pemikiran pensyarah ateis, ustaz tradisional dan seorang doktor pakar Islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.


Apr 8, 2013

Obat Kuat Jiwa

Alwi Alatas

Belum lama ini saya berbincang dengan beberapa orang rakan di penerbit Galeri Ilmu, di antaranya Wan Zayuhisyam, penulis buku "Cikgu, Anak Saya Okay?". Perbincangan kami berkenaan dengan iklan buku di internet.

“Bukannya mudah nak tarik audience kepada iklan buku,” kata Wan Zayuhisyam, “lain halnya jika iklan obat kuat, tentu ramai yang tertarik.”

“Kalau macam itu tampilkan saja iklan obat kuat,” kata saya, “saat mereka klik iklan itu, yang muncul adalah buku.”
Dapatkan buku ini di Pesta Buku Antarabangsa 2013

“Mana boleh seperti itu, nanti orang-orang kecewa karena lain yang diiklankan lain pula isinya.”

“Sebenarnya …,” kata saya lagi, “buku-buku motivasi Islami ini obat kuat juga … ia adalah obat kuat jiwa.”

Yang lain pun tersenyum mendengarnya.

Ini memang gurauan saja. Bukannya betul-betul akan buat iklan semacam itu. Bagaimanapun, hal ini mengandungi fakta yang benar. Buku-buku motivasi yang dibuat oleh para penulis tarbiyah rohani, atau dapat juga disebut buku-buku spiritual motivation, memang merupakan obat kuat jiwa. Buku-buku ini boleh memberi kekuatan yang besar pada jiwa. Ia mampu menggetarkan dan memotivasi jiwa; membangkitkan semangat yang lemah; mengubah kesedihan menjadi kegembiraan; menghilangkan keputusasaan dan mengubahnya jadi rasa percaya diri; dan dapat memperkaya jiwa serta mendekatkannya kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Buku-buku itu boleh membuat jiwa manusia ‘tersenyum’ bahagia. Kalau sudah begitu, insya Allah tak akan ada lagi kesusahan yang menimbulkan rasa putus asa. Seperti yang saya tulis di dalam buku Mudahkan, Jangan Susahkan: “Senyuman di jiwa itu mendahului senyuman di wajah. Musibah dan kesusahan berasa segan dan takjub kepada jiwa yang sentiasa tersenyum.”

Masalahnya, berapa banyak orang yang menganggap penting jiwanya serta apa yang ada di dalam dadanya, dibandingkan mereka yang mementingkan apa yang beberapa centimeter berada di bawah dadanya?

Kalau yang dijual obat kuat lelaki mungkin banyak yang mahu membelinya dan sanggup membayar mahal, karena ia adalah simbol kejantanan dan kegagahan. Tapi berapa banyak yang mahu membayar untuk kekuatan jiwanya? Berapa uang yang sanggup dikeluarkan untuk membeli buku-buku tarbiyah rohani yang merupakan obat kuat jiwa, bukan hanya bagi kaum lelaki tetapi juga bagi kaum perempuan dari pelbagai usia?

Kalau seorang lelaki merasa terganggu dalam hal kegagahan yang satu itu, ia tentu menjadi sangat gelisah dan sanggup mengeluarkan banyak uang untuk mengembalikan kekuatannya. Tapi kalau yang hilang adalah kegagahan dan kekuatan jiwa, siapa yang peduli? Banyak yang tak mau pening memikirkannya. Yang lain semuanya penting, tapi jiwa tak begitu dianggap penting. Padahal sebenarnya jiwa itulah yang paling tinggi nilainya dan paling mahal harganya.

Jangan hanya kuatkan badan dan hal-hal fizikal lainnya. Kuatkanlah jiwa. Carilah obat kuat jiwa. Hadiri majelis zikir dan majelis ilmu. Perbanyak ibadah dan membaca al-Qur’an. Beli dan baca buku-buku Islami. Tak banyak uang yang perlu dikeluarkan untuk itu. Tapi manfaatnya insya Allah berlipat-lipat lebih tinggi dibandingkan uang yang dikeluarkan.

Para pembaca sekalian, jiwa kita terlalu tinggi nilainya. Hargailah ia dengan sebaik-baiknya. Insya Allah hal itu akan membuat kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati di kemudian hari.

Kuala Lumpur
23 Jumadil Awwal 1434/ 4 April 2013

Dapatkan tandatangan ekslusif Tuan Syed Alwi Altas di PBAKL 2013 




Apr 3, 2013

Mudahnya Dapat 'A'


AKAN TERBIT
GB0249: MUDAHNYA DAPAT 'A' 
Pengarang : Che Amran 'Raihan' dan Isyah Radhiah
ISBN : 978-983-097-437-8
Harga : W/M:RM12.00 E/M:RM14.00

Buntu saat peperiksaan semakin hampir? Perasaan takut, cemas dan risau sentiasa membelenggu diri. Tidak tahu untuk menyelesaikannya? Mudahnya Dapat 'A' padat dengan tip yang  berkesan dan mudah bagi membantu pembaca khususnya para pelajar untuk benar-benar bersedia dari segi mental , fizikal, emosi dan rohani, dalam menghadapi peperiksaan. Semoga hasilnya bukan sahaja cemerlang di atas kertas tetapi juga mendapat keberkatan ilmu sebagai bekal kehidupan

Formula Evergreen Untuk Bahagia


GB0245 : FORMULA EVERGREEN UNTUK BAHAGIA 
Pengarang :Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin
ISBN : 978-983-097-434-7
Harga : W/M:RM11.00 E/M:RM13.00

Kita miliki harta yang lebih daripada cukup kuasa, pangkat dan nama yang hebat, namun hidup kita masih tidak tenang dan puas! Mengapa? Di manakah silapnya dan bagaimanakah mahu memulihkannya?

Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar cawangan Zaqziq, Mesir. Banyak berguru ketika dalam pengajian; antaranya dengan Sheikh as-Syarif Yusuf bin Muhyiddin al-Bakhour al-Hasani, Syeikh Dr Ali Jumu'ah dan Dr Sayyid Muhammad Mahmud Abu Hasyim. Telah menulis beberapa buah buku termasuk Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri. Formula Evergreen Untuk Bahagia adalah karya pertama beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...