.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 20, 2025

Mahabbah: Memetik Cinta dari Langit

Mahabbah: Memetik Cinta dari Langit
ISBN: 978-629-7716-36-7
PENULIS: Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
KOD: GB0867
SAIZ: 13.5cm x 21.5 cm (Portrait)
TEBAL: 112 muka surat (4C)
BERAT:
HARGA: RM22.00/RM24.00*

SINOPSIS

“Kadangkala ujian datang dalam perkara yang kita suka, bukan sekadar dalam hal yang kita benci. Allah melihat bagaimana kita bersikap selepas diuji — sama ada dalam kegembiraan atau kesedihan.” Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Apabila pujian dan kejian tidak lagi mengusik hatimu, itu adalah anugerah daripada Allah — satu penjagaan terhadap keikhlasan agar terhindar daripada ujub dan takabur, serta bebas daripada belenggu lisan yang rakus.

Sering kali manusia bertanya, “Mengapa ujian ini menimpa aku, bukan orang lain?” Hakikatnya, kebahagiaan sejati tidak diukur dengan kebendaan, tetapi dengan sejauh mana hati menerima dan reda dengan pemberian Allah. Inilah puncak kebahagiaan — apabila hati tenang dalam menerima segala ketentuan-Nya.

Habib Ali Zaenal Abidin

Seorang pendakwah dan ilmuwan Islam yang berpengalaman luas dalam bidang tafsir Al-Quran dan dakwah. Mendapat pendidikan di Madrasah Al-Khairiyyah sebelum melanjutkan pengajian di Pondok Pesantren Islam, Lembaga Pendidikan Bahasa Arab Jakarta, Darul Mustafa (Yaman), Universiti Al-Azhar (Mesir) dalam bidang Usuluddin (Tafsir al-Quran), serta Sarjana dan PhD dalam Pengajian al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Beliau kini memegang pelbagai jawatan penting, termasuk Profesor Adjung di UTM Johor dan UMS Sabah, Pengerusi Yayasan Ar-Riayah, Felo Kanan Bahagian Dakwah UNIPSAS, Ahli Lembaga Pengarah YADIM, dan Penaung Madrasah At-Tazkiyah. Turut dianugerahkan pelbagai penghormatan, termasuk Tokoh Pendakwah Maal Hijrah 1445H dan Anugerah Kedoktoran Terhormat. Dengan komitmen tinggi terhadap penyebaran ilmu dan bimbingan masyarakat, beliau terus memperkukuh legasi keilmuan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Mahabbah: Memetik Cinta dari Langit merupakan karya kedua beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...