Kisah Menarik 25 Rasul 4
ISBN: 978-629-7716-25-1
Penulis: Zaki Sapuan al Hafiz
Kod: GB0865
Saiz: 16 cm X 23.4 cm
Tebal: 208 ms
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00
SINOPSIS
“Bintang Ahmad muncul! Bintang Ahmad
muncul!’ jerit seorang ulama Yahudi.
Serentak itu juga, Aminah melahirkan Muhammad ﷺ tanpa sebarang kesakitan atau kepayahan. Ibu itu melihat bayinya meletakkan kedua-dua tangan ke bumi seperti bersujud, lalu mengangkat kepala ke langit. Baginda lahir dalam keadaan riang gembira dan sudah berkhatan. Bahkan, batu penutup yang diletakkan di atas Baginda turut terbelah dua. Alam semesta menyaksikan burung di udara, binatang di daratan dan ikan di lautan semuanya tidak putus-putus berselawat kepada Baginda.
Cahaya yang terang-benderang muncul dan menerangi istana-istana di negeri Syam. Patung-patung berhala pun hancur berkecai. Bangsa jin yang jahat sudah tidak boleh mencuri dengar perbualan malaikat di langit selepas kelahiran Nabi Muhammad ﷺ. Sementara itu, Iblis menangis sambil meraung-raung kesedihan pada akhir malam yang berkat itu.
Begitulah cerita kelahiran Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad SAW yang terkandung dalam buku ini. Banyak lagi kisah-kisah menarik keagungan Utusan Allah untuk kita sama-sama menghayatinya.
Koleksi Kisah Menarik 25 Rasul ini membawakan empat
jilid buku yang santai lagi mudah. Justeru, selamat membaca kisah-kisah 25 Nabi
ini dengan ucapan Bismillah. Moga-moga karya yang padat informasi dengan
bahasa yang ringan ini dapat menarik perhatian semua orang khususnya golongan
muda. Dengan tujuan, agar kepercayaan kepada para nabi dan rasul yang menjadi
rukun Iman akan membugar di dalam dada setiap pembaca.