.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Oct 16, 2024

Misteri Jin Lamashtu

Judul: Misteri Jin Lamashtu

Judul Baru: Sihir Jin Lamashtu

ISBN: 978-983-097-758-4

Kod: GB0838

Tebal: 408 ms

Harga: RM25.00/RM27.00*


SINOPSIS:

Novel Sihir Jin Lamashtu mengisahkan keluarga Adam Syakir yang terpaksa berpindah dari banglo mewah di Kuala Lumpur ke rumah sewa kampung di Sungai Bakap, Pulau Pinang kerana perniagaan bapanya Encik Burhan merosot hingga menjadikan mereka miskin. 

Kehidupan baharu itu menjadikan hubungan keluarga kian rapat berbanding sebelum ini kerana di kampung mereka tidak disibukkan dengan urusan keduniaan. 

Namun, kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana rumah yang mereka sewa itu rupa-rupanya berhantu.

Gangguan yang bermula dari jelmaan seorang budak kecil berbangsa Cina itu telah lama diketahui oleh penduduk sekitar. Sepanjang pengetahuan penduduk, hanya hantu yang berupa kanak-kanak kecil sahaja yang sering mengganggu dan bukannya makhluk besar, hitam lagi menakutkan seperti yang dialami oleh keluarga Adam Syakir.

Tanpa pengetahuan keluarganya, gangguan tersebut sebenarnya ada kaitan dengan Encik Burhan yang telah menjadikan jin sebagai pendamping untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya di Kuala Lumpur hingga menjadi kaya-raya. Encik Burhan membawa keluarganya berpindah setelah perniagaannya jatuh akibat tidak lagi berdamping dengan jin tersebut semenjak isterinya mengandungkan Syafiq yang kini berusia tiga tahun,

Gangguan jin Lamashtu yang telah wujud sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. itu sebenarnya atas dasar membalas dendam terhadap Encik Burhan yang telah memungkiri janji. Namun, beberapa nyawa telah menjadi korban dengan cara kematian yang sangat mengerikan.

TENTANG PENULIS

Pemilik nama sebenar, Ahmad Syuhaimi Adnan adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP.
Novel Sihir Jin Lamashtu ini merupakan novel kedua beliau bersama dengan penerbit Galeri Ilmu. Penulisan kedua-dua novel beliau adalah dalam genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:


𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...