.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Sep 18, 2024

Amalan Pembuka Pintu Langit

Amalan Pembuka Pintu Langit
Penulis: Imam Muda Megat
ISBN: 978-629-7716-07-7
Kod: GB0825
Saiz: 19cm X 12.5cm (Portrait)
Tebal: 96 muka surat (1 color)
Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00

SINOPSIS

Naskhah kecil ini mengumpulkan amalan-amalan yang dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi yang mempunyai kelebihan khusus, juga menjadi sebab terbukanya pintu-pintu langit. Antaranya:

          Bermunajat di sepertiga akhir malam
          Menunaikan hajat orang lain
          Mengucapkan kalimah Tayyibah
          Doa Iftitah
          Doa pemimpin yang adil
          Doa orang yang dizalimi
          Doa orang yang berpuasa

Amalan-amalan ini bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah SWT, tetapi juga menghadirkan ketenangan hati dalam menghadapi segala ketentuan-Nya, termasuk musibah. Panduan bagi mereka yang ingin meraih keistimewaan di sisi Allah SWT.


Tentang Penulis

Imam Muda Megat, atau Megat Mohd Zaid bin Megat Azmuddin, adalah finalis "Imam Muda" musim ke-3. Berasal dari Gerik, Perak, beliau merupakan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir, dan kini berkhidmat sebagai Ketua Unit Penyelidikan & Pembangunan di Agami Group Sdn. Bhd. Dikenali dengan gaya dakwah yang mesra dan mudah difahami, beliau aktif dalam penyampaian ilmu agama di pelbagai platform dan juga  program-program latihan. Amalan Pembuka Pintu Langit adalah karya sulungnya, diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.








Sep 12, 2024

Pesan Rasulullah Buat Wanita

Pesan Rasulullah Buat Wanita
Penulis: Dr. Ahmad Arif Zulkefli
ISBN: 978-629-7716-00-8
Kod: GB0822
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Tebal: 160 muka surat (2 color)
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS

Pesan Rasulullah Buat Wanita menghadirkan 43 hadis Nabi Muhammad SAW yang khusus ditujukan kepada kaum wanita.

Buku ini memberi panduan kepada wanita Muslimah tentang cara meraih kemuliaan di dunia dan menjadi bidadari di Syurga.

Dengan huraian yang jelas dan praktikal, ia membimbing wanita dalam memahami peranan dan tanggungjawab mereka menurut syariat, serta mengaplikasikan sunnah dalam kehidupan harian.

Penulis

Dr. Ahmad Arif Zulkefli adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan Abdul Hamid Abu Sulayman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Ketua Lajnah Penyelidikan dan Penerbitan Pertubuhan Nahdhatul Ulama Malaysia (NA'AM). Beliau pernah bertugas di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Melaka. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Al-Quran dan Hadis) dari Universiti Cadi Ayyad, Marrakesh, Ijazah Sarjana dalam Dialog antara Agama dari Universiti Hassan II, Casablanca, dan PhD dalam Akidah dan Ulum Syariah dari Universiti Cadi Ayyad, Marrakesh, Maghribi. Karya beliau, Pesan Rasulullah Buat Wanita, merupakan buku kedua yang diterbitkan bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.









*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...