DUIT AKU, HIDUP AKU
ISBN: 978-629-7556-26-0
Kod: GB 0748
Penulis: Faiz Azmi (Financial Faiz)
Tebal: 232 ms
Saiz: 22 cm X 14 cm
Berat: 0.5 kg
Harga: RM35.00/RM37.00*
SINOPSIS
Kalau anda kata
anda tiada duit untuk makan, adakah anda satu-satunya orang yang bergaji
RM1,200 ke RM1,500? Bagaimana dengan orang yang gaji RM5,000 pun akan kata dia
tidak ada duit untuk makan? Gaji sampai RM10,000 atau RM20,000 pun akan rasa
susah kalau anda tak buat perancangan kewangan yang betul.
Jadi, tolong belajar pengurusan kewangan peribadi. Paling ringkas, simpan 20% daripada gaji anda. Inilah antara ciri-ciri orang kaya, dia ‘bayar’ diri dia dulu sebelum dia beli benda lain.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita perlu persiapkan diri dengan pengurusan kewangan yang mantap. Justeru, bacalah buku ini untuk mendapatkan tip dan panduan yang praktikal dan amat berguna untuk kehidupan kita semua.
KANDUNGAN BUKU
Good Career Or
High Income?, Tip Berjimat Cermat, Kenaikan Gaji Minimum Rakyat Malaysia, Hutang
Negara: Apa Peranan Kita?, Peperangan Rusia VS Ukraine.
Pelaburan Yang Sesuai Di Malaysia, ASB VS Tabung Haji: Mana Satu Lebih Baik?, Mengapa Gaji Dipotong? Ini Yang Perlu Dilakukan, Di Manakah Tempat Yang Sesuai Untuk
Melabur?, Covid-19 Telah
Mempengaruhi Kita, Simpanan Adalah Tanggungjawab, Kuasa Sebagai Pengguna.
Juga menyentuh bab kekeluargaan:
Persediaan Sebelum Kahwin, Perancangan Kewangan, Mak Cik Bawang Dan Persoalan
Berkahwin, Pilih Bakal Mentua?, Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak.
TENTANG PENULIS
Faiz Azmi ialah pengasas Financial Faiz, sebuah
jenama yang memperjuangkan kepentingan pengurusan kewangan peribadi di kalangan
rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Faiz Azmi telah berkecimpung
dalam industri hartanah, gadai janji, pembiayaan ASB, takaful, dan unit amanah
dalam pelbagai kapasiti. Dia dapat menghadam dan memudahkan terma kewangan yang
rumit yang membantunya berhubung dengan penontonnya. Beliau memperjuangkan
celik kewangan di kalangan pengguna Malaysia dengan menonjolkan hak mereka
melalui pemahaman yang lebih baik tentang kewangan peribadi mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment