.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 15, 2023

Lahar Gunung Berapi Menyuburkan Bumi

Lahar Gunung Berapi Menyuburkan Bumi
SIRI: Siri Fenomena Alam

Penulis: Zulina Hassan

ISBN: 9786297556048

Kod: GB0727
Tebal: 24 ms
Saiz: 17cm X 24 cm
Berat: 0.07 kg
Harga RM8.00/RM10.00

SIRI FENOMENA ALAM

Buku ini mempunyai 10 tajuk. Setiap tajuk yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan fakta dengan gambar/infografik yang menarik.

Info: Gunung berapi ialah bahagian kerak bumi yang terbuka atau merekah sehingga membenarkan gas, abu dan batuan cair panas di bawah kerak bumi menerobos keluar.

Pernahkah kamu berfikir bagaimana gunung berapi terbentuk?

 

Antara gunung berapi termuda di permukaan bumi ialah Gunung Paricutin. Ia muncul pada tahun 1943 di sebuah ladang jagung di Mexico. Ia bermula pada suatu hari apabila penduduknya dikejutkan dengan bunyi menggelegar dari dalam perut bumi. Permukaan tanah tiba-tiba merekah dan keluar asap berbau seperti telur busuk!



Keesokannya, mereka terkejut melihat sebuah kon setinggi rumah tertegak di hadapan mereka. Kon itu terus membesar, menutupi ladang jagung dan perkampungan mereka dengan lahar yang dihamburkan. Akhirnya pada tahun 1952 barulah aliran laharnya berhenti. Gunung Paricutin kini tertegak dengan ketinggian 424 meter dari dasarnya.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...