.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Oct 23, 2019

Chaiyok!

CHAIYOK!
ISBN: 978-983-097-866-6
Penulis: Bonda Nor
Kod: GB0598
Tebal:  248 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.34 cm
Berat: 0.33 kg
Terbit: Nov 2019
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS
Dakwah bukan sekadar berlaku apabila kita berada di pentas popular yang ramai audiensnya. Komunikasi dakwah juga ada daripada khalayak kumpulan kecil sahaja. 

Dalam lingkungan keluarga, di sekolah, bersama kawan rapat, bahkan juga saat berdiri tegak tanpa komunikasi di tengah-tengah masyarakat. Menerusi kisah-kisah kejayaan, kita ambil inspirasi dan teladan. Menerusi kisah-kisah kegagalan, kita bina sempadan!

Lain waktu, lain cabarannya. Lain orang, lain sukatan besar kecil ujian yang akan menimpanya! Namun yang pasti, naskhah CHAIYOK! ini membawakan kisah-kisah hebat dan sangat istimewa! Tidak semua orang berpeluang melaluinya, namun kini sebagai pembaca naskhah ini, semua orang boleh rasa pahit getirnya

CHAIYOK! adalah bahasa pasar masyarakat kita yang diinspirasikan daripada sebutan perkataan bahasa Cina dan Korea. Ia diertikan sebagai satu suntikan motivasi yang bermaksud BERUSAHALAH! atau BERSEMANGATLAH!

Demikian, tanpa erti putus asa, tanpa mengalah pada apa-apa pun ujian yang tiba, kita sebagai pendakwah, kecil atau besar, terkenal atau tidak, harus tegar menyuntik semangat ini secara terus menerus. Terus manfaatkan usia berbaki untuk berbakti. CHAIYOK!.



APA KATA MEREKA

Membeli Chaiyok! seumpama membeli segunung pengalaman insan yang mendahulukan dakwah daripada kepentingan diri.
Setiap ayat yang tercoret seolah-olah membawa kita kepada situasi sebenar di depan mata. Ia bukan kisah rekaan sebaliknya, rakaman pelbagai tragedi sang pendakwah dalam memperbaiki diri sendiri dan juga yang lain.
Sentuhan Bonda Nor memang tidak boleh disangkal lagi, menjadikan Chaiyok! bukan sahaja perlu dimiliki untuk simpanan peribadi, malah perlu dihadiahkan kepada orang lain untuk menyalurkan semangat buat mereka.
Tahniah Bonda Nor. You did it again!

~ Mohd Faizul Ikhwan Erusan
Pengasas Rahsia Ceramah Memukau

Buku ini sarat dengan pengalaman berharga para penulis sepanjang bergelar penyampai ilmu. Betapa hebatnya apabila dugaan yang dihadapi segera ditukar dengan meletakkan pengharapan kepada Maha Pencipta.
Hasilnya, setiap pahit getir berakhir dengan indah dan penuh hikmah! Setiap ibrahnya pasti memberikan semangat baharu kepada para pembaca.
Buku ini mesti dimiliki oleh para guru, ibu bapa, pemimpin, usahawan bahkan sesiapa sahaja yang mencari kekuatan dalam berjuang menawan impian. Chaiyok!

~ Hayati Daud
Penceramah Syoknya BM!

Inovator Permainan 3 Bahasa

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...