.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jan 5, 2016

Wawancara Ekslusif Bersama Puan Dissa Azmin


BERSAMA PENULIS GISB - DISSA AZMIN

Assalamualaikum. Pada hari ini sesi Bicara Buku bersama dengan penulis buku Dissa Azmin dengan karya terbaharunya Mrs. Novelis. Pada hari ini beliau akan berkongsi tip-tip penulisan dan pengalaman beliau sebagai penulis. Terima kasih kepada tuan/puan/cik kerana meluangkan masa pada hari ini. Kita mulakan dengan sesi perkenalan dahulu.(perkenalkan diri serba ringkas, nama , latarbelakang)

Jawapan: Nama penuh saya Wan Nor Asidah Bt. Othman, dilahirkan di Kampung Semut Api, Kota Bharu, Kelantan. Saya dilahirkan pada 14 Julai 1974. Sekarang menghitung sisa-sisa usia 30-an. Saya anak keempat dan merupakan seorang pengawas sekolah hingga ke sekolah menengah. Saya pelajar aliran perdagangan dan budak sastera.
Saya memulakan contengan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Mengijak kaki ke sekolah menengah, saya mula menulis cerpen dan puisi untuk bacaan rakan-rakan. Cerpen pertama saya menghiasi majalah tahunan sekolah ketika saya di tingkatan 5.
Saya juga pernah menyertai Pesta Pantun sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia: Peringkat negeri semasa di tingkatan 4 (1990) dan peringkat daerah pada tingkatan 5 (1991). Setelah meninggalkan alam persekolahan, saya menulis cerpen dan puisi hanya untuk simpanan peribadi. Sehinggalah suatu ketika, saya terdorong menghantar cerpen ke majalah-majalah. Cerpen-cerpen saya yang pernah tersiar di majalah: ‘Setajam Pena’ - Mingguan Wanita (2000) ‘Sepucuk Surat Dari Gerigi Besi’ – Majalah Harmoni (2007) dengan nama pena Dissa Che Wan. Pada tahun 2006, saya menyertai Pertandingan Penulisan Skrip anjuran Finas. Sekitar 2008, cerpen ‘Kelmarin Yang Berbekas’- Majalah Anis, dengan menggunakan nama pena Dissa Azmin, menjadi pembuka jalan.
Soalan pertama, apakah ciri-ciri yang perlu dipunyai sebagai seorang penulis? Adakah semata-mata konsisten menulis sahaja?
Jawapan: Bagi saya sesiapapun boleh menjadi penulis. Asalkan, mempunyai nawaitu yang murni. Minat sahaja tidak mencukupi, jika tanpa usaha dan kesungguhan yang tinggi. Perlu cekal, sabar dan tabah hati. Mesti bersikap terbuka dalam mendengar dan menerima pendapat orang lain mengenai karya yang dihasilkan. Disiplin adalah perkara pertama yang perlu dipatuhi. Bijak membahagikan masa adalah amat penting.


Soalan kedua, apakah dorongan utama tuan/puan/cik semasa menulis sehingga karya pertama berjaya diterbitkan sehinggalah karya yang ada sekarang?
Jawapan: Setelah menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan GISB, baru saya memahami maksud sebenar sebuah penulisan. Saya ingin menimba ilmu ini dengan memaknakan penulisan saya. Wang dan pulangan adalah satu bonus dan bukanlah perkara utama di dalam senarai sebab saya menulis buku. Perkara terpenting mencari redha Allah.
Bercerita mengenai kejayaan, banyak pembaca mahu tahu apakah teknik dan strategi supaya menghasilkan karya mereka sendiri. Apakah caranya supaya seseorang penulis boleh terus menghasilkan karyanya? (tulis pengalaman tuan.puan/cik semasa menulis)
Jawapan: Tulislah dari hati yang ikhlas. Mesti dan wajib banyak membaca. Rasa ingin tahu dan mahu belajar mengenainya sentiasa berkobar-kobar. Rasa ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi daripada pembacaan dan pemerhatian, agar dapat memberi manfaat kepada khalayak pembaca.
Pada pandangan tuan/puan adakah bahan bacaan dan rujukan itu penting untuk menghasilkan buku. Bagaimana pula memanfaatkan bahan bacaan dan rujukan ini supaya dapat dibuat buku?
Jawapan: Bagi saya, penghasilan sesebuah karya adalah satu proses pembelajaran. Wajib membaca dan mengkaji dengan lebih mendalam sesuatu perkara yang kurang jelas mengenainya. Ini amat membantu dalam menghasilkan karya yang lebih baik.
Soalan terakhir, boleh kongsikan 4 prinsip tuan/puan/cik semasa berkarya?
Jawapan: 1 - Niat mesti betul. Ikhlas ketika menulis. Tulis dari hati. 2 - Istiqamah, walaupun ilham itu datang dan pergi tanpa diundang. 3 - Mesti menulisnya walaupun hanya beberapa perenggan atau pun satu muka surat dalam sehari. Mesti bersungguh-sungguh. Menulis itu satu tanggungjawab. 4 - Doa dan tawakal.
Promosikan buku tuan/puan/cik untuk PBAKL 2013.
Dapatkan karya-karya saya: Terima Kasih Adik-adikku!, Dia, Sahabatku, Nota Untuk Nurlissa, Natrah Fantasia dan karya terbaharu saya Mrs. Novelist, mengisah seorang ibu suri rumah tangga sepenuh masa bercita-cita mahu menjadi novelis. Pada awalnya, impian besar ibu kurang mendapat sokongan Muiz, Lili dan Muaz. Nawaitu murni, kesungguhan dan kegigihan ibu telah membuka mata hati mereka. Demi mencapai impian ibu, mereka sanggup tempuhi segalanya. Hinggakan hasrat Muiz sendiri terlepas dari genggaman. Sampai saat itu, ibu pula sudah tidak berdaya melalui halangan demi halangan. Berjayakah Muiz, Lili dan Muaz merealisasikan misi buku pertama ibu? Berkubur begitu sahajakah impian Muiz untuk bergelar bintang ragbi?




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...