.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Oct 31, 2016

Hearts App

JUDUL: Hearts App
PENULIS: Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari
ISBN: 978-983-097-612-9
KOD: GB 0400
TEBAL: 168 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
HARGA: RM 18.00/20.00*


SINOPSIS RINGKAS:

Buku ini merupakan buku pertama nukilan Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selaku penerbit. HeartsApp ini lahir dari usaha mengumpulkan beberapa kalam nasihat yang di kutip daripada para guru dan masyaikh penulis.


Kebanyakan kalam nasihat ini menjurus kepada pendisiplinan hati dan rohani kerana manusia terdiri daripada elemen zahir dan batin. Namun dewasa ini, kebanyakan manusia hanya menumpukan bahagian zahir atau luarannya sahaja dengan mengabaikan elemen batinnya yang berupa pembangunan rohani, pembinaan hati dan penjernihan jiwa.

Seharusnya kita tanam dalam diri kita jika mengharapkan ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah di dunia dan di akhirat, maka utamakanlah sesuatu tempat yang dipandang Allah pada diri kita iaitu HATI.  Kita akan tinggalkan dunia ini dan perhisaban dan perhitungan akan diambil seorang demi seorang.

Seluruh apa yang terkandung dalam hati akan diselongkar Allah dan akan didedahkan di hadapan kita. Hari tersebut ialah hari yang tidak lagi akan bermanfaat seluruh harta kekayaan dan anak-anak kita. Hanya yang akan selamat pada hari itu adalah yang datang berjumpa Allah SWT dengan hati yang sejahtera.

Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari sebagai seorang penulis telah berpegang kepada kata-kata Sayidina Ali r.a. iaitu; “Penulis akan meninggalkan dunia ini, namun tulisannya akan kekal maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakanmu di akhirat nanti.”

Semoga buku ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam mencari makna diri; dari mana kita berasal, mengapa kita berada di dunia ini dan ke mana kita akan pergi selepas alam ini.


Harapan penulis agar buku ini menjadi anak tangga kepada para pembaca dalam usaha merebut keredhaan Allah dan keampunan-Nya serta dengannya menyampaikan manusia kepada martabat IHSAN iaitu rukun agama yang ketiga. Mudah-mudahan pembaca meraih penawar bagi hati dan penunjuk jalan menuju Allah ‘Azza wa Jalla.

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...