.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Jan 6, 2026

RAHSIA BAYANG

RAHSIA BAYANG
Siri Novel Perisik Cilik
ISBN: 978-629-7716-81-7
Kod: GB0913
Penulis: Nadrah
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM12.00/RM14.00*

 SINOPSIS

Di tingkap surau lama itu, ada bayang. Tingkap kayu separuh terbuka. Bayang itu gelap dan tinggi. Bayang itu membuatkan jantung terasa berat, dia langsung tidak bergerak. Tegak dan diam. Seolah-olah sedang menunggu sesuatu.

Bulu roma Raif tegak. Rasa seram sejuk … macam nak demam. Dia cepat-cepat menunduk, pura-pura mencari sesuatu dalam beg. Dadanya berdegup laju. Dalam hati, dia cuba memujuk diri, mungkin itu cuma ilusi cahaya … tapi rasa takut tetap menghimpit.
 


Bagaimana tiga sekawan – Raif, Faris dan Ijan membongkar misteri bayang yang membuatkan jantung mereka berdebar-debar ini? Cerita yang penuh dengan debaran namun, membuka kisah sebenar di sebaliknya. Ia juga mengajar erti keberanian dan setia kawan.







Jan 5, 2026

RAHSIA MAKMAL LAMA

RAHSIA MAKMAL LAMA
Novel Perisik Cilik
ISBN: 978-629-7716-73-2
Penulis: Toha
Kod: GB0906
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm X 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM12.00/RM14.00

 SINOPSIS

Makmal lama di hujung blok sekolah itu sudah lama tidak digunakan. Cat dindingnya mengelupas, kipasnya berbunyi seperti mengerang dan langsir lusuhnya sentiasa berkibar walau tiada angin. Tiada siapa suka ke sana – hinggalah Cikgu Habsah membawa murid-murid 6 Bestari untuk kelas Sains khas di situ.

Apa yang sepatutnya menjadi pembelajaran biasa bertukar menjadi pengalaman luar jangka. Bunyi pelik, rangka yang bergerak sendiri dan angin yang membawa bisikan mula mengganggu ketenangan kelas. Apakah makmal itu benar-benar berhantu … atau ada rahsia yang sudah lama terkubur menunggu untuk dibongkar?


Dalam usaha menyelesaikan misteri, pelajar-pelajar ini belajar lebih daripada sekadar cecair dan gas – mereka belajar tentang keberanian, kerjasama dan pentingnya tidak menilai sesuatu hanya dari luaran. Di sebalik ketakutan, mereka menemui kekuatan. Dan si sebalik debu masa lalu tersimpan satu kisah yang membuka mata mereka semua.

Misteri Makmal Lama bukan sekadar kisah seram – ia sebuah perjalanan yang menguji hati, minda dan persahabatan.







Dec 15, 2025

CERITA KANAK-KANAK TENTANG ISRAK MIKRAJ

CERITA KANAK-KANAK TENTANG ISRAK MIKRAJ
ISBN: 978-629-7716-82-4
Penulis: Ahmad Choirur Roziqin
Kod:  GB0909
Tebal: 112 ms
Saiz: 17.1 cm X 24.1 cm
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

 SINOPSIS 

Pernah tak kamu terfikir? Dalam satu malam sahaja, Rasulullah SAW dibawa oleh Allah SWT menaiki Buraq yang sangat pantas. Baginda singgah di Masjidil Aqsa, naik ke langit, bertemu para nabi, melihat syurga dan neraka, lalu menerima hadiah paling berharga untuk kita semua, iaitu solat lima waktu.

Tapi, adakah orang Quraisy percaya dengan kisah luar biasa ini? Apa pula peranan Sayidina Abu Bakar? Dan bagaimana Nabi SAW membuktikan kebenaran perjalanannya?


Buku ini mengajak adik-adik menyelami kisah Israk dan Mikraj dengan gaya penceritaan yang mudah, menyeronokkan, dan penuh pengajaran.

Jom baca dan hayati kisah malam agung ini – kisah benar yang akan menguatkan iman kita!








Dec 12, 2025

Hakikat Tasawuf Amali (Ad-Durrus Saniyyah Syarah Kitab Qathrul Ghaitsiyyah)

Hakikat Tasawuf Amali (Ad-Durrus Saniyyah Syarah Kitab Qathrul Ghaitsiyyah)
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kategori: Kitab Turats
ISBN: 978-629-7716-83-1
Kod: GB0912
Saiz: 16.5cm x 23.5cm
Tebal: 336 m/s
Berat:
H
arga: RM35/RM37

SINOPSIS

Kitab Qathrul Ghaitsiyyah karya Tuan Hussain Kedah al-Banjari (wafat 1936) merupakan antara karya penting dalam disiplin tasawuf amali di Alam Melayu.

Kitab ini menghimpunkan intipati perjalanan rohani seorang salik dalam menyucikan jiwa dan mencapai Musyahadah — penyaksian hakikat ketuhanan — berpaksikan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ia menggabungkan pendekatan Tasawuf Sunni yang berpandukan syariat dengan Tasawuf Falsafi yang mendalam dari segi makrifah.

Melalui syarahan dan komentar yang dikemas dalam naskhah Hakikat Tasawuf Amali ini, pembaca dibimbing memahami konsep-konsep penting seperti Maqamat (tingkatan rohani), Ahwal (keadaan hati), Mukasyafah dan Musyahadah, dengan penjelasan berdasarkan karya besar para ulama seperti Imam Al-Ghazali (Minhajul ‘Abidin), Ibn ‘Atha’illah (Al-Hikam) dan Imam Al-Qusyairi (Risalah al-Qusyairiyyah).

Setiap bab menegaskan bahawa ibadah dan zikir bukan jalan untuk mencari kasyaf atau karamah, tetapi semata-mata sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kitab ini menjadi jambatan antara ilmu dan amal, antara syariat dan hakikat — membawa hati menuju ma‘rifatullah dengan penuh adab dan disiplin rohani.


Tentang Penulis:

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah, dari Jami'ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana Al-Qur’an dan As-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran Usuluddin dan Falsafah (Tafsir Al-Qur’an) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Qur’an dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’l). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabbur Al-Qur’an dalam rancangan Quran@114 di TV AlHijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Qur’an di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Hakikat Tasawuf Amali merupakan naskhah ke-18 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...