.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Jan 7, 2025

30 Resipi Rahsia Cef Amirul

30 Resipi Rahsia Cef Amirul
Penulis: Cef Ahmad Amirul Muhd Kamil
ISBN: 978-629-7716-28-2
Kod: GB0858
Tebal: 208 ms
Spesifikasi: 8” X 8” /4C
Berat:
Harga: RM40.00/RM42.00

SINOPSIS

30 Resipi Rahsia Cef Amirul bukan buku resipi semata-mata. Ia adalah gabungan resipi masakan dan juga resipi kehidupan yang merangkumi erti kekeluargaan, persahabatan, pengalaman dan ujian ...  secara spesifiknya ia tentang pengalaman hidup seorang anak muda dari awal usia hingga usia 20-an dan bergelar cef.

Ringkasnya ia mengandungi 30 kisah  yang disertai dengan 30 resipi masakan dari pelbagai negara di seluruh dunia. Membacanya seolah-olah penulis membawa kita menjelajah dan mengembara ke pelbagai negara di ke seluruh benua, di samping memahami pelbagai budaya, masyarakat, geografi dan keindahan alam.

Setiap resipi disertai dengan kod QR bagi memudahkan pembaca melihat video cara penyediaan setiap masakan.

-------------

Petikan Bab 21 ...

 Pengalaman dua minggu di Bangkok bersama mama adalah saat paling indah kami berdua. Dimulakan dengan mencari masjid berlainan setiap hari untuk solat subuh. Usai subuh, kami mencari gerai-gerai Muslim menjual sarapan. Kami berjumpa bubur nasi, laksa Siam, pulut ayam dan pelbagai jenis kuih-muih.

“Mirul, kalau mahu mencari makanan halal di luar negara, carilah masjid. Di sekelilingnya pasti ada orang Islam.” Mama berkongsi pengalaman ketika bermusafir di merata dunia. Sungguh benar, jauh berjalan luas pengalaman.

Semakin hari saya semakin serasi dengan Cef Nat yang sopan serta penuh ilmu memasak di dada. Sukatan bahan-bahannya menepati cita rasa. Katanya beliau pernah merantau dan bekerja di Malaysia.

Pesan Cef Nat, “Memasak suatu tugas mulia. Ia memberi kegembiraan kepada semua. Masakan yang enak tidak semestinya mahal bahannya atau terletak di hotel mewah yang mahal. Masaklah dengan sepenuh hati, ia akan pergi ke hati.”

Cef Nat menggalakkan saya menuntut sebanyak-banyak ilmu dari dada seorang cef walau di ceruk kampung. Katanya mereka bakal tua dan akhirnya mati. Tetapi keenakan masakannya tidak luput dari ingatan malah akan dikenang walaupun setelah mati.

TENTANG PENULIS

Ahmad Amirul Imran bin Muhd Kamil, lahir pada 22 Jun 1998, di Bangor, Wales Utara. Pernah bersekolah di Madrasah Al-Khair Wa Barakah, Madinah, Madrasah Tahnoon Baneen, Sudan dan memiliki Diploma Lanjutan daripada Academy of Pastries and Culinary Arts, Petaling Jaya. Sejak kecil, minatnya cenderung kepada makanan justeru bercita-cita menjadi seorang cef. Setelah tamat pengajian diploma lanjutan, beliau terus menimba ilmu kulinari secara langsung daripada cef-cef profesional dalam dan luar negara sama ada di dapur restoran mahupun dapur hotel seperti di Dubai, Ha’il, Madinah, Paris dan Bangkok. Percutian bersama keluarga ke banyak negara asing, menajamkan lagi pemerhatian dan skil beliau dalam bidang kulinari. Dengan memiliki kemahiran memasak, Cef Amirul tidak kekok jika diminta untuk menyediakan jamuan berskala besar seperti untuk jemaah haji dan umrah.

















*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************


Dec 31, 2024

Mintalah, Nescaya Aku Kabulkan

Mintalah, Nescaya Aku Kabulkan
Penulis: Ustaz Khairul Anuar Basri
ISBN: 978-629-7716-31-2
Kod: GB0861
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm (Portrait)
Tebal: 240 muka surat (1 color)
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00 

SINOPSIS:

"Mintalah, Nescaya Aku Kabulkan" mengungkapkan rahsia doa sebagai jalan menuju keberkatan dan ketenangan. Setiap halaman membawa pembaca mendalami keindahan hakikat doa, dengan panduan yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Perbincangan tentang adab berdoa, doa-doa pilihan, serta hikmah di sebalik ujian menjadi inti pati karya ini.



Buku ini menyerlahkan peranan doa sebagai senjata yang memperkuat keimanan dan membimbing kehidupan ke arah yang diredhai. Dengan bahasa yang ringan dan mesej yang menyentuh hati, naskhah ini sewajarnya menjadi teman bagi setiap insan yang mencari panduan.

Tentang Penulis

KHAIRUL ANUAR BASRI , dilahirkan pada 19 Januari 1978 di Kota Bharu, Kelantan, dan merupakan hafiz Al-Quran lulusan Darul Quran, JAKIM, serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Sarjana Muda Syariah, dan Sarjana Perbandingan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini beliau mengetuai KAB Goldynamics Sdn. Bhd. sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, di samping aktif sebagai penulis, motivator Al-Quran, qari, penceramah bebas, dan penasihat syariah berdaftar. Beliau telah menghasilkan 13 buah buku, termasuk Mintalah, Nescaya Aku Kabulkan, karya solo pertamanya bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd., yang bertujuan memberi manfaat kepada pembaca dari pelbagai latar belakang.








*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Dec 23, 2024

Al-Adab Al-Mufrad (Jilid Kelima)

Al-Adab Al-Mufrad (Jilid Kelima)
Penulis: Al-Imam Al-Bukhari
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7716-27-5
Kod: GB 0857
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 272 m/s
Teks: 1C
Berat: 0.55 kg
Harga: RM27.00/ RM29.00


SINOPSIS:

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid kelima) menghimpunkan  240 hadis tentang memberi dan menjawab salam orang bukan Islam, adab masuk rumah, adab di dalam majlis dan di tempat awam, bertaruh dan berjudi.


Antara hadis yang terdapat dalam jilid kelima ini:

Cinta dan benci sekadarnya

Berkeras dan perbuatan kasar

Cara mendoakan ahli zimmah

Berlebihan dalam bercakap

Cara  meminta izin

Melihat ke dalam rumah









*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Dec 12, 2024

Kisah Menarik 25 Rasul (Buku 3)

KISAH MENARIK 25 RASUL (Buku 3)
ISBN: 978-629-7716-24-4
Kod: GB0855
Penulis: Zaki Sapuan Al-Hafiz
Tebal: 200 ms
Saiz: 16 cm X 23.4 cm
Tebal: 208ms
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00

SINOPSIS

Setiap kali Nabi Daud membaca kitab Zabur, haiwan-haiwan di darat dan burung-burung di langit akan terdiam kaku dan mendengarkan bacaan baginda. Semua binatang itu akan setia mendengar sampaikan kelaparan. Tiada suara yang semerdu Nabi Daud di atas dunia. Kemerduannya bagaikan alunan seruling dan mampu menghilangkan segala kegelisahan. Bahkan, air sungai pun ikut berhenti.

Ini antara kandungan dalam buku Kisah Menarik 25 Rasul ini. Banyak lagi kisah-kisah hebat untuk kita hayati. Justeru, koleksi Kisah Menarik 25 Rasul membawakan empat jilid buku yang santai lagi mudah. Ia boleh membantu ibu bapa dalam menyediakan pendidikan terbaik buat anak tercinta. 


Siri ini juga memudahkan guru dan pendidik untuk menyempurnakan fardu ain buat murid-murid demi menghayati Rukun Iman yang keempat, iaitu Percaya kepada Nabi dan Rasul.

Mudah-mudahan dengan membaca buku yang menarik ini, anak tercinta akan mendapat banyak manfaat, lalu mencontohi akhlak mulia rasul-rasul pilihan Allah. Mereka adalah tauladan terbaik bagi kita dalam mendepani abad ke-21 yang penuh cabaran dan kejutan.







*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...