.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Aug 19, 2024

Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat



(Sila klik video di atas 2 kali, untuk paparan lebih besar)

Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat
Penulis: Dr. Udah Mohsin
ISBN: 978-629-7556-97-0
Kod: GB0819
Saiz:   21.5cm x 14cm (Portrait)
Jumlah ms: 264 muka surat
Berat: 0.45kg
Harga: RM30.00/RM32.00*

SINOPSIS

Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat menawarkan pandangan mendalam mengenai hari Kiamat dan perjalanan manusia selepas kebangkitan dari Barzakh.

Mengupas pelbagai aspek penting yang berkaitan dengan hari Kiamat dan alam Akhirat. Antara topik-topik menarik dan mendebarkan:

- Tiupan sangkakala saat Kiamat.
- Kebangkitan semula dari kubur.
- Dahsyatnya Padang Mahsyar.
- Lima jenis syafaat Rasulullah SAW untuk umat Baginda.
- Penjelasan tentang timbangan amal di al-Mizan.
- Gambaran saat menyeberangi al-Sirat.
- Penjelasan tentang al-Qantarah, tempat di antara neraka dan Syurga.

Bersumberkan ilmu yang autentik, karya ini mendorong kita membuat persiapan dan mencari bekal akhirat dengan meningkatkan ketakwaan dan amal soleh. Satu panduan komprehensif bagi memahami lebih lanjut mengenai peristiwa akhir zaman dan kehidupan selepas kematian dalam Islam.

Tentang Penulis

DR. UDAH MOHSIN Mantan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pernah menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadis) Kementerian Dalam Negeri sesi 2019- 2020, Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor dan Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Rahsia Kiamat dan Kronologi Alam Akhirat merupakan karya kelapan beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.








*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 2)

Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 2)
ISBN: 978-629-7556-98-7
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0820
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Kandungan: Simili 80 gsm / 2 Color
Tebal: 280 muka surat
Berat: 0.5 kg
Harga: RM35.00/RM37.00*

Sinopsis:

Tadabbur Ayat: Surah Al-Baqarah bermula ayat 168 sehingga ayat terakhir, 286. 

Kandungan: Antara perbahasan menarik dalam buku ini ialah:

- Perbahasan tentang hukum-hakam ibadah puasa dan haji.

- Penjelasan tentang hal ehwal kekeluargaan, seperti nafkah, nikah, talak, 'iddah, rujuk dan ila'.

- Kisah Nabi Samwil a.s dan peperangan Thalut melawan Jalut.

- Perbahasan tentang fadilat dan galakan bersedekah, serta ancaman dan keburukan riba.

.............................
Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.

Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, naskhah Catatan Tadabbur Quran@114 ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.



Tentang Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Catatan Tadabur Quran@114 merupakan naskhah kelapan beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.









*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************





Aug 10, 2024

Kisah Menarik 25 Rasul (Buku 1)


Kisah Menarik 25 Rasul (Buku 1)
ISBN: 978-629-7556-86-4
Penulis: Zaki Sapuan Al-Hafiz
Saiz: 16 cm X 23.4 cm
Kod: GB0817
Tebal: 208 ms
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00

 SINOPSIS

Jika ditanyakan kepada anak-anak tentang para nabi dan rasul, ramai yang boleh menyebut nama para nabi seperti Adam a.s., Ibrahim a.s. dan Muhammad SAW. Namun, tidak semua yang mampu menceritakan secara lengkap bagaimanakah kisah hidup Nabi tersebut. Jikalau kita memang mengasihi para Utusan Allah, sudah tentu tidak sempurna kalau kita tidak mengenali mereka dengan lebih dekat.

Justeru, buku Kisah Menarik 25 Rasul dengan empat jilid ini akan membawakan kisah-kisah anbiya yang boleh membantu ibu bapa menyediakan pendidikan terbaik buat anak-anak.

Siri ini juga memudahkan para guru dan pendidik untuk mengajar murid-murid menghayati Rukun Iman keempat iaitu Percaya kepada Nabi dan Rasul.


Semoga dengan membaca buku ini, ramai yang memperoleh manfaat dan lebih mengenali keperibadian mulia para Utusan Allah. Merekalah contoh tauladan yang terbaik bagi kita dalam mendepani abad ke-21 yang penuh cabaran dan kejutan.

Kisah Menarik 25 Rasul (siri 1) ini menampilkan kisah-kisah para Rasul bermula daripada Nabi Adam as. hingga Nabi Yaakub a.s.











*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...