.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Sep 4, 2018

Clear

Judul: Clear
ISBN: 978-983-097-744-7
Penulis: Bonda Nor
Kod: GB0481
Tebal: 184 ms
Harga: RM20.00/ RM22.00

Sinopsis:
Kalau kita gambarkan pelangi sebagai kebahagiaan, maka kita kena faham satu perkara. Kebahagiaan memerlukan waktu suka dan duka. Kebahagiaan tidak boleh hadir dengan waktu yang kita anggap senang dan gembira saja. 

Ia juga memerlukan waktu susah, waktu duka, waktu marah dan waktu mengalirkan air mata.

Benar. Kedua-dua elemen yang sangat kontra antara satu sama lain sebenarnya saling memerlukan. Rintik air dan cahaya matahari membentuk pelangi. Suka dan duka, itulah juga yang sebenarnya membentuk kebahagiaan kita!

Kisah-kisah pelangi selepas hujan. Inilah yang cuba diketengahkan menerusi antologi CLEAR ini. Tentang kebahagiaan yang hanya mampu dirasai oleh orang-orang yang telah teruji.


Kandungan Menarik:
·        Di Sebalik Warna Pelangi
·        Posmen Cinta
·        Tekad Seorang Hamba
·        Mrs. Pavlova!
·        Memburu Hikmah
·        Amarah Yang Rebah
·        Di Hujung Kesedaran
·        Aku, Dia Dan Dia
·        Warna Di Dalam Kepompong
·        The Best Student
·        Doa Untuk Anak Syurga
·        Hikmah Di Balik Ibrah
·        Tadbir Dan Takdir Ilahi
·        Suria Kembali Bersinar
·        Diva Yang Rebah
·        Peluang Kedua
·        Memaknai Redha
·        Kuasa Atas Kuasa
·        Sakura Di Musim Luruh
·        The Unseen Gift
·        Mutawif Junior
·        Laluan Takdir Yang Berbeza
·        Titik Kasih

·        Nona Manis, I Love U!

Aug 20, 2018

Perjalanan Agung

Judul: Perjalanan Agung
Penulis: Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
ISBN: 978-983-097-740-9
Kod: GB0500
Tebal: 280 ms
Harga: RM25.00/RM27.00

Sinopsis:
Ilmu Sirah adalah ilmu yang mengkaji tentang Nabi Muhammad SAW dan mesti ada sanadnya untuk menjadi sumber rujukan dalam Islam.
Dikatakan salah satu makna ilmu Sirah adalah daripada kata ‘sair’ iaitu ‘perjalanan’. Perjalanan yang dimaksudkan ialah perjalanan Rasulullah SAW yang perlu kita jadikan contoh ikutan agar kita dapat berjalan di jalan yang dijalani oleh Nabi Muhammad SAW.




KANDUNGAN
  • Kepentingan Mempelajari Ilmu Sirah
  • Hikmah di Sebalik Nama ‘Muhammad’
  • Nabi yang Terakhir
  • Nasab Rasulullah SAW
  • Perjalanan Pertama ke Syam
  • Hikmah Menggembala Kambing
  • Pembinaan Kaabah
  • Perkahwinan dengan Khadijah
  • Nabi Beruzlah di Gua Hira’
  • Turunnya Wahyu
  • Strategi Dakwah Rasulullah
  • Dakwah Keluarga Terdekat
  • Tabah Menghadapi Ujian
  •  Rundingan dan Tawaran Pembesar Quraisy
  •  Rintangan Dakwah Rasulullah
  • Pemulauan Ekonomi
  • Hijrah ke Habsyah
  • Hukum Berhijrah
  • Kisah An-Najasyi
  • 30 Utusan dari Habsyah
  • Peristiwa Israk dan Mikraj
  • 5 Iktibar Israk dan Mikraj:



Tentang Penulis:
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dilahirkan pada 12 April 1974 di Jawa Timur, Indonesia. Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami ramai ulama dan terdapat beberapa buah pondok pesantren di situ. Pada usia 21 tahun, beliau pergi ke Hadhramaut, Yaman untuk meneruskan pengajian dan berguru dengan ramai ulama, antaranya: Al-Habib Umar bin Hafidz, Al-Habib Salim asy-Syatiri, Syeikh Umar Husain al-Khatib dan Al-Habib Ali Abdul Rahman al-Jufri.
Selesai pengajian di Hadhramaut, beliau pergi ke Mesir. Di Universiti al-Azhar, beliau berguru dengan ramai ulama, antaranya: Dr. Abdul Badi' Abu Hashim, Dr. Saad Jawish, Dr. Ali Jum‘ah dan Dr. Muhammad Jibril. Seiring dengan belajar, beliau terus mengasah kemahiran berdakwah dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar pelbagai kaum dan bangsa.
Setelah menerima ijazah dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law', beliau meneruskan kembara ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.

Berkhidmat sebagai pengajar di Darul Murtadza dan aktif menyampaikan pengajian di surau dan masjid serta rancangan-rancangan ilmu di televisyen. Beliau menerima Anugerah Tokoh Ilmuan 2018 semasa Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil ke-17 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.







Jul 25, 2018

Ensiklopedia Solat, A-Z SOLAT (Edisi Jimat​)

JUDUL: Ensiklopedia Solat, A-Z SOLAT (Edisi Jimat)
PENULIS: Dr Nik Yusri bin Musa
KATEGORI: Fardhu Ain
ISBN: 978-983-097-741-6
KOD: GB 0499
TEBAL: 416 ms
HARGA: RM 40.00/RM42.00






SINOPSIS:
Membahaskan serba-serbi tentang solat. Direka dalam bentuk dalamannya yang mesra pembaca dan mudah difahami.

Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda, dan jadual. Gaya bahasa yang mudah, ringkas dan santai. Menggunakan kitab rujukan yang muktabar.


Antara kandungan menarik:
• Falsafah Solat
•Tip Khusyuk Solat
• Wudhuk dan Tayamum
• Praktikal Solat Lelaki dan Perempuan
• Solat Berjemaah
• Solat Rukhsah
• Solat Sunat
• Soal Jawab Solat
• Solat Khauf

• Solat Jenazah, dan banyak lagi.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...