.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

May 13, 2025

BERSARA BERGAYA

BERSARA BERGAYA
ISBN: 978-629-7716-48-0
Kod: GB0883
Penulis: Azizi Ali
Tebal: 104 ms
Saiz:  13.5 cm X 21.5 cm
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00



SINOPSIS

Salah satu fakta sedih tentang kewangan ialah jika anda menghadapi masalah kewangan sekarang, anda akan menghadapi masalah kewangan lima tahun dari sekarang malah 10 tahun dari sekarang!

Jadi, satu-satunya cara agar situasi ini tidak akan berulang ialah dengan menambah ilmu kewangan dan ilmu pelaburan, kemudian mengambil langkah-langkah konkrit untuk memperbaiki situasi kewangan anda.


Mulakan sekarang dengan membaca buku tentang kewangan dan pelaburan.









May 8, 2025

Mutiara Minhajul ‘Abidin (edisi 2025)

Mutiara Minhajul ‘Abidin (edisi 2025)
ISBN:  978-983-097-761-4
Kod: GB519
Penulis: Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin
Tebal: 208 ms
Harga: RM20.00/RM22.00*

(Pertama kali terbit: Okt 2018)

SINOPSIS

Jalan menuju Allah SWT atau jalan ibadah bukanlah suatu jalan yang mudah. Kita memerlukan kepada pedoman daripada wahyu dan pengalaman mereka yang dipilih oleh Allah SWT, yang telah melaluinya lalu berjaya sampai kepada destinasi pencarian mereka. 

Penulis memetik kaedah-kaedah asas yang digariskan oleh Al-Imam al-Ghazali rahimahullah dalam kitab beliau Minhajul ‘Abidin ila Jannati Rabbil ‘Alamin dan menyampaikannya dengan gaya yang berlainan bagi memudahkan para pembaca khususnya yang baru ingin mengenal asas-asas tasawuf Islam dan kesufian.

KANDUNGAN

Permulaan Langkah

Pendakian Pertama: Ilmu dan Makrifat

Pendakian Kedua: Taubat

Pendakian Ketiga: Halangan-halangan

Pendakian Keempat: Rintangan-rintangan

Pendakian Kelima: Al-Bawa‘its atau Pendorong

Pendakian Keenam: Al-Qawadih (Perosak)

Pendakian Ketujuh: Syukur dan Puji

Kaedah-Kaedah Menyempurnakan Pendakian

Penutup 

Tentang penulis:

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Antara guru beliau; Sheikh asy-Syarif Yusuf bin Muhyiddin al-Bakhour al-Hasani, Syeikh Dr Ali Jum‘ah, Syeikh Dr Ahmad Umar Hasyim, Syeikh Usamah bin Sayyid al-Azhari, Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam an-Nadwi al-Maliki, Tuan Guru Syeikh Rahimuddin al-Bantani dan lain-lain. Aktif menulis dan menjalankan program dakwah serta pengajian. Mutiara Minhajul ‘Abidin merupakan karya kedua beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.











May 6, 2025

DETIK MENUNGGU AJAL

DETIK MENUNGGU AJAL
ISBN: 978-629-7716-54-1
KOD: GB0884
PENULIS: ROZA ROSLAN
SAIZ: 5.5” x 8.5” (portrait)
TEBAL: 424 ms
BERAT:
HARGA: RM55.00/RM57.00 (S/S)

Sinopsis

Merupakan jurnal penulis yang berada di sisi suami iaitu Muhd Kamil Ibrahim (MKI) yang menghidap barah paru-paru tahap 4, sehinggalah  MKI dijemput pulang ke pangkuan Ilahi.

Penulisan digarap secara kreatif dan disusun mengikut kronologi hari dan tahap kesihatan MKI. Diselangi dengan maklumat perubatan yang berinformasi.

Pengajaran yang paling signifikan adalah bagaimana menjaga hubungan dengan Allah (habluminallah) dan manusia (habluminannas) bukan sahaja bagi pesakit, tetapi juga bagi orang yang menjaga si sakit. Misalnya, menjaga solat walau dalam keadaan tenat.

Hati pembaca pasti tersentuh mengetahui bagaimana MKI redha menerima takdir ujian kesihatan, dan persediaan yang dibuatnya sebelum tiba ajal. Antaranya, beliau telah mengatur sendiri pengurusan jenazahnya apabila tiba masanya. Segala yang berkait dengan hutang juga segera diselesaikan. Seterusnya memohon maaf dan memaafkan salah silap. Dan akhir sekali mengucap selamat tinggal kepada insan-insan penting dalam hidupnya.

Naskhah ini amat bermanfaat bagi sesiapa yang sedang diuji dengan kesihatan, malah menjadi panduan bagi sesiapa yang terlibat menjaga orang sakit.

---

Petikan DETIK 58 ...

 

2.30 pagi 

Suami terbangun sekali lagi. Meminta saya menekan buzzer untuk memanggil jururawat. Doktor datang bersama dua orang jururawat ketika suami sedang berdoa.

“Ya Allah … daku mohon keampunan-Mu. Redhai dan rahmati daku.  Matikan daku sebagai seorang yang benar-benar Muslim. Masukkan daku dalam golongan solihin.”

Doktor berdiri membiarkan sahaja suami berdoa dengan sepenuh hatinya. Setelah usai baru bersuara, “Prof, ini dos terakhir – morfin. Jika sudah bersedia, saya masukkan cecair dalam terapi IV.”

Suami memandang saya dan mengangguk perlahan. Dos subcut morfin dimasukkan ke dalam tapak IV terapi di ibu jari tangan kanan. Sebelum sebarang dos dimasukkan ke dalam badannya, seperti biasa beliau mengucap syahadah.  Kali ini sangat lemah.

Sebelum terlelap beliau mengungkapkan, “Yang, saya penat sangat. Terima kasih jaga saya. Maafkan saya.”

Saya menahan air mata. Memandangnya dengan perasaan berombak-ombak di dada. Jika itu ungkapannya yang terakhir, saya harus meyakinkan pemergiannya saya redhai. Bahunya saya peluk, pipinya saya kucup.

“Yang, awak penat ya? Sekarang awak berehatlah.”

Total switch off.  Saya redha beliau sebagai suami dan redha dirinya pergi menemui Ilahi.

 

3.30 malam

Dos morfin yang mengalir di dalam tubuh suami memberikan reaksi yang menyedihkan. Dirinya seperti di luar kotak sedar dan berusaha mahu turun dari katil. Tenaganya luar biasa. Saya terpaksa menekan butang buzzer memohon bantuan. Doktor bertugas datang memberikan dos penenang.

Katanya, “Itu side effect morfin –  mengantuk tetapi tidak tidur.”

Beberapa ketika kemudian suami kembali tenang. Beliau tertidur. Dalam tidur tangannya seolah-olah sedang di tahiyat akhir. Sesekali bibir  melafazkan ungkapan, “Allah ya Allah.” 

4.30 pagi – doktor datang menjenguk lagi.

5.30 pagi – jururawat datang melihat perkembangan.

Pagi itu suami tidak bangun. Puas digerakkan tubuh badan apabila azan subuh berkumandang. Dirinya sudah tidak sedar. Amirul bergegas mahu pulang ke rumah. Berjanji akan datang kembali.

Ketika itu, saya sedar suami sedang berdepan dengan detik ajalnya. Tiada apa yang dapat saya lakukan, tiada daya upaya melainkan memohon pertolongan Allah.

“Ya Allah,  suamiku sedang berdepan detik ajal. Ilhamkan daku. Berilah daku petunjuk-Mu. Bimbinglah daku.”

Ya Allah … hanya kepadamu daku berserah!










May 5, 2025

Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 6

Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 6
ISBN: 978-629-7716-51-0
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0881
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 296 muka surat
Berat:
Harga: RM35.00/RM37.00 

Blurp:

Tadabbur AyatSurah Al-An'am Ayat 1 Hingga Ayat 165

KandunganAntara perkongsian menarik dalam Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 6 ini ialah:

- Perjalanan Dakwah Nabi Ibrahim a.s.

- Para Nabi Keturunan Nabi Ibrahim a.s.

- Larangan Mencela Sembahan Agama Lain

- Setiap Manusia Menanggung Amalnya Sendiri

- Kebenaran Kitab-kitab Terdahulu

.................................
Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.

Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, naskhah ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.

 

Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Catatan Tadabur Quran@114 Jilid 6 merupakan naskhah keempat belas beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...