.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Mar 26, 2020

Bijak Urus Rumah Sewa

Bijak Urus Rumah Sewa
ISBN: 978-983-097-913-7
Penulis: Bija Rosly, Fida Jaafar
Kod: GB0624
Tebal: 144 ms
Saiz; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.96 cm
Berat: 0.29 kg
Terbit: Mei 2020
Harga: RM25.00/RM27.00*


SINOPSIS
Pelaburan dalam hartanah bukan sahaja sekadar membeli rumah (atau rumah-rumah) dan menuai hasil daripadanya tanpa henti. Cabaran utama selepas urusan dokumentasi selesai dan kunci bertukar tangan adalah bagaimana cara menguruskannya dengan efisien?

Ramai yang tewas dalam bab pengurusan hartanah kerana ia melibatkan pelbagai kerenah dalam jangka masa yang panjang. Menguruskan rumah sewa bermaksud menguruskan manusia daripada pelbagai latar belakang dan bersedialah dengan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi. Cabaran lain adalah memastikan hartanah tersebut diselenggara dengan baik dan ia melibatkan konsistensi dan pengeluaran kos.


Pengalaman penulis dalam pengurusan rumah sewa turut diceritakan dalam buku ini. Walaupun tidak semua perkara yang indah, tapi tidak semua juga perkara yang sukar. Apa yang perlu dilihat adalah bagaimana menguruskan risiko-risiko dengan bersistem. Apabila kita faham bagaimana menguruskan risiko, perkara yang terasa susah tadi dapat diselesaikan dengan lebih mudah. 

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 

 

 

 

 

 



Dia Mahu Daku Ke Sana

Dia Mahu Daku Ke Sana
ISBN: 978-983-097-912-0
Penulis: Roza Roslan
KOD: GB0623
TEBAL: 304
Saiz; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.9 cm 
Berat: 0.4 kg
Terbit: Jun 2020
Harga: RM40/RM42*

SINOPSIS
Naskhah ini merupakan travelog penulis ke banyak negara. Mengisahkan pemerhatian penulis terhadap budaya hidup penduduk setiap negara dan juga kebesaran Allah pada setiap persinggahannya di negara luar.

Pada penghujung setiap juga diselitkan resipi/masakan negara yang beliau lawati, sama ada yang beliau makan dan pelajari cara penyediaannya.

Selain itu, penulis juga menyentuh soal perjalanan bersama keluarga terutamanya dari segi sokongan keluarga apabila membawa ahli keluarga yang sudah tua untuk melancong ke luar negara.

Di samping itu, turut ditekankan soal agama apabila berjalan jauh. Sebagai seorang orang Islam, ada beberapa perkara yang perlu dijaga apabila melancong ke tempat orang seperti menjaga solat dan soal adab.


**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466



 

 

 

 

 




Komik Hearts App

Komik Hearts App
ISBN 978-983- 097-916-8
Kod: BP0067
Penulis/pelukis: Paeh Design
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.15 kg
Terbit: Mei 2020
Harga: RM13.00/15.00*

Sinopsis:             
Komik adaptasi daripada buku Hearts App karya Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari. Selepas lebih tiga tahun buku Hearts App sampai ke tangan para pembaca dan mendapat sambutan yang baik, timbul idea untuk menerbitkannya dalam versi komik.

Melalui sentuhan Saudara Faez selaku pelukis, kalam-kalam nasihat para guru dan masyaikh daripada buku Hearts App – yang kebanyakannya menjurus kepada pendisiplinan hati dan rohani – diterjemahkan kepada lukisan komik.

Sebagaimana buku asalnya, komik ini mampu menjadi penawar bagi hati dan penunjuk jalan menuju Allah, khususnya bagi golongan muda yang sukakan visual dan gaya persembahan yang ringan.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466


 

 

 

 

 



ADD+

ADD+
ISBN: 978-983-097-896-3
Kod: BP0060
Penulis: Arsyari Adnan & Snowkofi
Tebal: 128 ms
Saiz: L: 14.6 cm; H: 20.3 cm; W: 0.7 cm
Berat: 0.17 kg
Terbit: Mei 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS

Sufi merupakan Pengarah Urusan bagi Persatuan Usahawan Muda (P.U.M.) sekolahnya. Namun, kedudukannya tergugat apabila dia perlu lulus semua subjek pada Peperiksaan Pra Percubaan SPM yang tak sampai sebulan lagi, jika dia ingin menguruskan Karnival P.U.M.
Mampukah Sufi lulus dalam ujian yang akan datang memandangkan ada satu subjek yang menjadi masalah utama baginya iaitu, Matematik Tambahan!


Tentang Penulis
ARSYARI ADNAN
Pemilik kepada nama pena dan juga gabungan nama sebenar beliau. Lulusan Sarjana Muda Sains Senibina juga seorang pelukis bebas yang memilih untuk menulis komik kerana minat terhadap penulisan komik yang mendalam. Beliau juga kerap memasuki pertandingan komik tempatan dan antarabangsa. Beliau pernah mendapat Award Nominee dalam pertandingan Silent Manga Audition 10 anjuran Silent Manga Audition Committee dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Muslim Manga. Komik ini merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Snowkofi di bawah penerbitan Komik Puris.
  
SNOWKOFI

Memilih menggunakan nama pena Snowkofi, beliau merupakan pelajar berkelulusan Diploma Animasi. Beliau juga merupakan seorang pelukis bebas sepenuh masa. Beliau pernah terlibat dalam penghasilan animasi bagi Cartoon Network. Komik ini merupakan karya pertama beliau berkolaborasi dengan Arsyari Adnan di bawah penerbitan Komik Puris.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Bangkitlah Jiwa

Bangkitlah Jiwa
ISBN:  978-983-097-879-6
Kod: GB0620
Penulis: The Bingkisan Hati & Azura Zamri
Tebal: 136 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.31 kg
Terbit: Mac 2020
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS


Buku BANGKITLAH JIWA mempersembahkan nukilan istimewa daripada dua minda penulis, hasil kolaborasi pertama antara TheBingkisan Hati bersama  Azura Zamri.

Dengan kata sepakat, mereka menurunkan cebisan makna penulisan setelah pasti akan diskusi antara mereka bahawa bentuk penyampaian yang puitis serta gaya bahasa yang mudah, sesuai buat semua lapisan masyarakat. Nukilan mereka ini berkaitan dengan jiwa yang sentiasa dahagakan kasih sayang Pencipta-Nya.

Ia adalah himpunan kata-kata yang mengekori jejak jiwa yang tercipta dalam pelbagai rasa. Kandungannya selain memenuhi titipan pesan, ayat-ayat yang tersusun membawa rentak keadaan yang tak lari daripada kehidupan manusia sejagat. Tertumpah segala punca dan alasan, jiwa diratah oleh pergelutan perasaan dengan himpitan dugaan yang noktahnya belum sampai ke titik penyelesaian.
Harapan mereka, moga buku ini menjadi antara buku yang takkan dilupa dari lubuk ingatan para pembaca. Senipis mahupun setebal manapun muka surat sesebuah buku itu, yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah Taʻala.


Tentang Penulis
NURUL EZZATI BT ABD WAHAB
Dikenali dengan nama pena thebingkisanhati. Dilahirkan pada 11 April 1993. Meminati bidang penulisan sejak berada di sekolah menengah. Mula menulis buku pada tahun 2016 dan kini merupakan seorang penulis sepenuh masa. Beliau juga sangat meminati penulisan skrip drama, novel serta puisi.

  Telah menulis sebanyak lima buah buku motivasi antaranya Expectation, Don’t Be Sad dan BANGKITLAH JIWA iaitu karya terbaharu beliau merupakan buku kelima beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selain buku Allah Kan Ada, Cukuplah Allah Bagiku, Allah Itu Dekat dan Ada DIA Di Hatiku.

NUR AZURA BINTI ZAMRI
Nur Azura binti Zamri atau lebih ringkas dipanggil Azura Zamri. Berasal dari Sungai Petani, Kedah dan kini menetap di Johor Bahru. Dilahirkan pada 19 Mei 1992 dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Seorang yang cukup meminati dunia penulisan dan perfileman, mengimpikan karya sendiri berjaya diadaptasikan dalam drama mahupun filem suatu hari nanti.

   Sudah menulis beberapa buah buku antaranya, Diari Akhirat, Muslimah Acah, No Couple Before Nikah dan bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd., buku BANGKITLAH JIWA merupakan karya ketiga beliau selain Tuhan, Aku Mohon Jawapan-Mu dan Ajari Aku Erti Hidup.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...