.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Aug 26, 2025

Hidup Dalam Sunnah (Cover Baru)

Judul: Hidup Dalam Sunnah
(Cover Baru)
ISBN: 978-983-097-695-2
Kod: GB 0475
Penulis: Ustaz Jafri mahmodi
Kategori: Agama
Tebal: 136 ms
Harga: RM15.00/RM17.00


SINOPSIS

Buku ini menghimpunkan beberapa sunnah Nabi Muhammad SAW sehari-hari yang mesti kita contohi. 

Bermula dari bangun tidur, membersihkan dan menghias diri, cara berpakaian, cara duduk, cara makan sehinggakan cara bergaul dengan sahabat dan juga isteri.

Disertakan gambar dan didatangkan hadis yang menjelaskan sunnah Baginda SAW.

Semoga ia mampu menarik pembaca untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan seharian sebagai bukti cinta dan iman kepada Rasulullah SAW.


KANDUNGAN
1.      Muqaddimah
2.      Bangun Tidur
3.      Mandi
4.      Membersih Gigi
5.      Masuk Tandas
6.      Keluar Tandas
7.      Memakai Pakaian
8.      Rambut
9.      Bercelak
10.  Perhiasan
11.  Serban
12.  Wangi-Wangian
13.  Sepatu
14.  Memberi Salam Ketika Memasuki Rumah
15.  Makan Dan Minum
16.  Ucapan Keluar Dari Rumah
17.  Doa Musafir
18.  Gaya Ucapan
19.  Cara Duduk
20.  Qailulah
21.  Berbekam
22.  Rasulullah SAW Berbicara Hal Keduniaan Bersama Para Sahabat
23.  Bergurau Senda Dengan Isteri
24.  Tidur

TENTANG PENULIS

Haji Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi berasal dari Kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis. Merupakan Pengasas Kompleks Islam Dar al-Faizin (KIDAF) merangkap Mudir di Maahad Darul Faizin, Madrasah Mahmudiyah, Arau dan Pra-Tahfiz al-Fateh, Sungai Duri, Pulau Pinang. Kini menjadi pendakwah bebas sepenuh masa yang aktif berdakwah ke seluruh tanah air. Pernah menjadi pengacara rancangan Ayat Riwayat (TV Al-Hijrah), pengisi slot Mujahadah Ramadhan (TV Al-Hijrah) dan Tanyalah Ustaz (TV9). Hidup Dalam Sunnah adalah karya kedua beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selepas Amalan Mengangkat Darjat.

Link Asal: DI SINI

Aug 20, 2025

Adab Bersahabat dan Hak Persaudaraan

Adab Bersahabat dan Hak Persaudaraan
Berdasarkan Kitab Sairus Salikin Susunan Syaikh ʿAbdus amad al-Falimbānī di atas Manhaj Para Salik
ISBN: 978-629-7716-67-1
Disunting dan disempurnakan oleh: Tuan Guru Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam rahimahullah
Kod: GB0897
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 144 muka surat
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

Blurp:

Persahabatan adalah nikmat agung yang dianugerahkan Allah kepada hamba-Nya. Namun, tidak semua persahabatan membawa ke syurga. Islam mengajar bahawa persaudaraan yang hakiki adalah persaudaraan kerana Allah — ukhuwwah fillah — yang memimpin hati menuju reda-Nya.

Naskhah ini, Adab Bersahabat dan Hak Persaudaraan , adalah saduran daripada Sairus Sālikīn , karya ulama besar Nusantara, Syaikh ʿAbdus amad al-Falimbānī, yang menghuraikan mutiara nasihat Imam Al-Ghazali dalam Ihyā’ ʿUlūmiddīn . Disusun di atas manhaj para sālik, kitab ini membimbing pembaca memahami:

•           Keutamaan bersahabat kerana Allah dan perbezaannya dengan persahabatan duniawi.

•           Sifat-sifat yang wajib ada pada sahabat pilihan.

•           Hak dan tanggungjawab dalam persaudaraan Islam.

•           Adab menjaga hati, menasihati, dan menutup aib sahabat.

Disunting dan disempurnakan oleh Tuan Guru Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam rahimahullah , karya ini mengekalkan keaslian bahasa turats sambil memudahkan kefahaman pembaca masa kini.

Sebuah panduan yang wajar dimiliki oleh setiap pencinta ilmu dan pencari sahabat yang menuntun ke akhirat.

Aug 7, 2025

Mengenal Peribadi Rasulullah SAW

Mengenal Peribadi Rasulullah SAW
Penulis: Ustaz Hazri Hashim al-Bindany
ISBN: 978-629-7716-64-0
Kod: GB0894
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Tebal: 112 muka surat (4C)
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

Blurp:

Bagaimanakah rupa paras Rasulullah SAW? Apakah akhlaknya di sisi para sahabat?

Apa tanggungjawab kita sebagai umat Baginda?

Buku kecil ini mengajak anda menyelami 6 aspek penting tentang insan teragung yang diutus sebagai rahmat ke seluruh alam.

Disusun secara ringkas, padat dan menyentuh hati, naskhah ini membimbing pembaca mengenali Baginda SAW melalui nama-nama dan nasabnya, sifat fizikal dan akhlaknya, mukjizat-mukjizatnya yang mengagumkan, serta kedudukan ahli keluarga Baginda yang mulia.

Lebih penting, ia mengajak kita menilai kembali sejauh mana cinta dan tanggungjawab kita terhadap Rasulullah SAW — bukan hanya pada lisan, tetapi dengan ilmu, amalan dan penghormatan yang sebenar-benarnya.

Bacalah bingkisan ini dengan hati. Semoga tumbuh benih cinta kepada Rasulullah SAW yang akan subur sampai ke akhir hayat.


USTAZ MOHD HAZRI HASHIM AL-BINDANY berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau juga merupakan penceramah bertauliah yang aktif menyampaikan kuliah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di samping itu, beliau turut merangkap sebagai Penasihat Pertubuhan Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab-kitab turats di Hulu Selangor. Mengenal Peribadi Rasulullah SAW merupakan karya beliau yang ke-12 yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...