Tenanglah Wahai Hati
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
Saiz: 23.5 cm X 16.5 cm
Tebal: 736 M/S
Isi Dalam: 2C
Kulit Lembut
ISBN: 978-629-7716-34-3
Kod: GB 0864
Harga: RM 75.00/ 77.00
Kulit Keras:
ISBN: 78-629-7716-35-0
Kod: GB 0866
Harga: RM 85.00/ RM87.00
DETAIL:
Pada zaman yang serba mencabar ini, adalah penting untuk kita menambah dan menguatkan bukan saja fizikal dan material, malah akhlak dan rohani juga mesti diberi perhatian.
Maka kitab ini membawakan 100 daripada 214 nasihat yang terdapat dalam buku Nashaih al-‘Ibad fi Bayan Alfazh Munabbihat ‘ala al-‘Isti‘dad li yaumi al-Ma‘ad karangan Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani yang bersumberkan hadis, atsar Sahabat, tabi‘in, dan kalam para ulama’ serta wali-wali selepas mereka.
Nasihat-nasihat ini mencakupi pelbagai aspek kehidupan seperti hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, panduan menghadapi cabaran-cabaran dunia dan petunjuk untuk persiapan ke alam berikutnya.
Nasihat-nasihat ini turut diterjemah dan dihuraikan bagi
memantapkan lagi pemahaman pembaca. Mudah-mudahan nasihat-nasihat ini dapat
memberi manfaat dan menjadikan pembaca lebih tenang mengharungi kehidupan dan
menambah bekalan untuk alam berikutnya.
No comments:
Post a Comment