.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Feb 6, 2025

Anak Susuan Menurut Syariat Islam

Anak Susuan Menurut Syariat Islam
Penulis: Dato' Syeikh Ahmad Faisol bin Haji Omar
ISBN: 978-629-7716-33-6
Kod: GB0863
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Tebal: 200 muka surat (4 color)
Berat:
Harga:
RM30.00/RM32.00

 

SINOPSIS:

“Bagaimana status anak susuan ditentukan dalam Islam?”
“Siapakah yang menjadi mahram susuan?”
“Adakah anak susuan mewarisi harta pusaka?”
“Apakah itu ‘sohibul laban’?”

 Buku ini menjawab pelbagai persoalan penting berkaitan hukum radha'ah (penyusuan) dalam Islam. Disusun dalam bentuk soal jawab yang mudah difahami. Ia membantu pembaca memahami isu-isu seperti syarat-syarat penyusuan, keluarga susuan, serta implikasi dalam aspek sosial dan hukum. 

Dilengkapi dengan dalil-dalil dari al-Quran, hadis, dan pandangan ulama, buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh ibu bapa, pendidik, dan sesiapa sahaja yang ingin memahami konsep anak susuan mengikut syariat Islam.


Tentang Penulis

DATO’ SYEIKH AHMAD FAISOL BIN HAJI OMAR. Anak kelahiran Kampung Padang Lumat, Yan, Kedah. Telah bersara, setelah berkhidmat dan meraih pengalaman luas dalam pentadbiran agama Islam selama 32 tahun di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Selain aktif menyampaikan ceramah dan kuliah khususnya di seluruh Negeri Kedah, beliau aktif menyampaikan ilmu melalui media sosial, khususnya Facebook, YouTube dan TikTok. Telah menghasilkan banyak karya tulis, yang kebanyakannya diterbitkan oleh Galeri Ilmu, Anak Susuan Menurut Syariat Islam merupakan titisan pena kesembilan beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...