.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jan 28, 2025

Panduan Harian Destinasi Haji

Panduan Harian Destinasi Haji
Penulis: Ustazah Yusnah Yusuf & Ustazah Noor Hadayah Ahmad
ISBN: 978-629-7716-32-9
Kod: GB0862
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Tebal:160 muka surat (4C)
Berat:
Harga: RM25.00/RM27.00

SINPOSIS

Buku Panduan Harian Destinasi Haji ini ditulis khas untuk membantu bakal Dhuyuf Ar-Rahman, memberikan panduan yang mudah difahami dan praktikal.

Ditulis oleh Ustazah Yusnah Yusuf dan Ustazah Noor Hadayah Ahmad, dua pembimbing berpengalaman, buku ini menyajikan langkah demi langkah perjalanan haji yang tersusun rapi. Dengan bahasa yang santai dan jelas, lengkap dengan jadual, infografik, serta kod QR untuk video penerangan, anda akan rasa lebih yakin dan bersedia sebagai Tetamu Allah.

Tak kira anda baru pertama kali mengerjakan haji atau ingin memahami lebih baik setiap rukun dan sunnahnya, buku ini ibarat teman yang setia di sisi. Mulai dari persiapan di rumah, amalan ketika berada di Tanah Suci, hingga rahsia mendapatkan haji mabrur, semuanya ada di sini.

Panduan Harian Destinasi Haji – panduan wajib buat perjalanan haji yang lebih mudah, bermakna, dan diberkati.


Tentang Penulis

Ustazah Yusnah Yusuf Seorang pendakwah dan pembimbing ibadah haji yang berpengalaman. Dengan latar belakang sebagai tenaga pengajar dalam Kursus Manasik Haji dan Daurah Fiqh Wanita, beliau telah membantu ramai bakal jemaah memahami amalan ibadah dengan jelas dan mendalam. Aktif menyampaikan kuliah agama mingguan, menjadikannya sebagai rujukan utama bagi mereka yang ingin mendalami ilmu ibadah haji dan fiqh wanita.

Ustazah Noor Hadayah Ahmad Seorang kaunselor dan pembimbing ibadah haji, dengan pengalaman lebih 15 tahun sebagai Pegawai Psikologi Kanan di Universiti Teknologi Malaysia. Aktif dalam program kemasyarakatan, kaunseling keluarga, dan program bimbingan haji, termasuk sebagai Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) serta penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1445H Daerah Kulai. Panduan Harian Destinasi Haji merupakan karya sulung mereka berdua bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.











Jan 27, 2025

Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 4)

Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 4)
ISBN: 978-629-7716-17-6
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0847
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 280 muka surat
Kandungan: Simili 80 gsm / 2 Color
Berat: 0.5 kg
Harga: RM35.00/RM37.00

SINOPSIS:

Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.

Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, naskhah Catatan Tadabbur Quran@114 ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.


Naskhah Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 4 memuatkan perkongsian tadabbur surah An-Nisa' bermula ayat 1 sehingga ayat 147. Antara perkongsian menarik dalam buku ini ialah:

* Perbahasan hak wanita dan anak yatim

* Hukum-hakam faraid

* Peranan lelaki dan wanita dalam Islam

* Pengharaman khamr

* Sikap 'muzabzab' golongan munafik

Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Catatan Tadabur Quran@114 Jilid 4 merupakan naskhah kedua belas beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.






Jan 13, 2025

Cerita Kanak-Kanak Tentang Rukun Iman

Cerita Kanak-Kanak Tentang Rukun Iman
ISBN: 978-629-7716-30-5
Kod: GB0860
Penulis: Zaki Sapuan al Hafiz
Tebal: 112 ms
Saiz: 17.145cm X 24.13cm
Berat: 0.2 kg
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS

Pada suatu hari, ada seorang ahli bahasa yang mahu menyeberangi sungai yang deras. Jadi, dia meminta bantuan seorang pendayung sampan untuk menumpangkannya. Mereka berdua pun menaiki sampan bagi menyeberangi sungai tersebut.

Dalam perjalanan, ahli bahasa mula merasa bosan.

Dia bertanya kepada pendayung sampan, “Adakah kamu pandai tatabahasa?”

“Tidak,” jawab pendayung sampan.

“Oh, kamu sudah kehilangan 10 tahun umur kamu,” balas ahli bahasa sombong.

Ahli bahasa bertanya lagi, “Adakah kamu pandai peribahasa?”

“Tidak,” jawab pendayung sampan.

“Oh, kamu telah kehilangan 20 tahun umur kamu,” balas ahli bahasa takbur.

Ahli bahasa mengajukan soalan, “Adakah kamu pandai menulis karangan?”

“Tidak,” jawab pendayung sampan.

“Oh, kamu sudah kehilangan 30 tahun umur kamu,” balas ahli bahasa angkuh.

Pendayung sampan merasa sedih dengan ejekan ahli bahasa.

Tiba-tiba, sebuah ombak besar datang dan menujah dengan kuat. Sampan pun terbalik apabila ditolak oleh hempasan ombak yang ganas. Pendayung sampan dan ahli bahasa terjatuh ke dalam air lalu ditarik laju ke kawasan yang berbahaya lagi dalam. Kalau tidak pandai berenang, mesti mereka akan hanyut dan lemas dibawa arus air yang deras.

Kali ini, pendayung sampan bertanya, “Adakah tuan pandai berenang?”

“Tidak,” jawab ahli bahasa.

“Oh, tuan baru kehilangan seluruh umur tuan,” kata pendayung sampan.


Ini antara cerita yang terkandung dalam buku ini. Bagi menyuburkan Rukun Iman dalam kehidupan anak-anak tercinta, kaedah yang menarik serta santai perlu diterapkan seperti menggunakan gaya kiasan, tamsilan dan kisah iktibar agar ia tidak membosankan. Malah menghiburkan dan mencuit hati.

Setiap bahagian Rukun Iman akan dimulakan dengan pengenalan yang menyebutkan perkara-perkara asas. Lalu, minat anak-anak dipancing dengan kisah-kisah indah, sebelum mereka akhirnya mengambil pengajaran yang diselitkan pada hujung setiap tajuk.









Doa Dan Amalan Pelajar Cemerlang

Doa Dan Amalan Pelajar Cemerlang
Penulis: Mohamad Anuar Alias
ISBN: 978-629-7716-29-9
Kod: GB0859
Tebal: 152 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat: 0.3 kg
Harga: RM25.00/RM27.00

SINOPSIS

“Dan Tuhanmu berfirman, Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.” (Ghafir 40: 60)

Buku ini disusun mengikut rutin aturan masa kehidupan bagi seseorang pelajar.

Bermula dengan memberi penjelasan tentang doa, seterusnya penulis mendahulukan doa dan adab terhadap kedua-dua ibu bapa. Ini kerana ibu bapa merupakan wali yang utama buat seseorang anak. Doa mereka sangat mustajab. Apabila hati seorang ibu sejuk melihat anaknya beradab terhadapnya, maka berkatlah hidup seseorang anak. Berjayalah anak tersebut dalam setiap bidang yang diceburinya. Dipermudahkan segala urusan yang sukar dan rezekinya sentiasa ada serta tidak terputus.

Kemudian disusuli dengan doa dan adab hendak tidur, bangun daripada tidur sehinggalah keluar daripada dewan peperiksaan.

Insya-Allah dengan susunan begini akan dapat memudahkan kepada para pelajar membaca, menghafaz dan mengamalkannya.

Akhirnya, penulis mendoakan dengan hadirnya buku ini dapatlah memberi panduan beramal dengan doa-doa dan adab-adab tertentu kepada para pelajar khususnya untuk dibaca, dihafaz dan diamalkan. Mudah-mudahan beroleh keberkatan hidup, sentiasa di bawah rahmat, kasih sayang dan pemeliharaan-Nya.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...