MUNAJAT & IKHTIAR DENGAN AL-QUR’AN
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 955-574-970-052-6
KOD: GB 0657
SAIZ: L; 13cm H; 19cm W; 1cm
TEBAL: 232 m/s
ISI DALAM: 1C
BERAT: 0.35 kg
HARGA: RM 20.00/ 22.00*
SINOPSIS
Kita dituntut untuk sentiasa berusaha dalam setiap urusan kehidupan. Sebagai Muslim, usaha dan ikhtiar bukanlah semata-mata kerja keras dan buah fikiran yang hebat. Namun, setiap usaha itu disandarkan kepada Allah dan diiringi dengan doa dan munajat yang ikhlas kepada-Nya.
Doa dan zikir yang tidak putus serta amalan soleh juga menjadi satu bentuk
usaha dan ikhtiar setiap Muslim untuk mendapatkan hajat dan matlamat di dunia
juga akhirat. Apalagi jika bacaan-bacaan itu daripada Al-Qur’an yang mulia,
diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan diamalkan juga oleh orang soleh
terdahulu.
Naskhah ini menghimpunkan amalan-amalan dan bacaan-bacaan ayat dan surah
Al-Qur’an daripada Rasulullah SAW, para Sahabat dan ulama terdahulu untuk
urusan dunia dan akhirat seperti:
- Membaca surah Al-Kafirun
akan membebaskan daripada syirik.
- Melazimi surah Asy-Syarh
selepas solat fardhu memudahkan rezeki, melapangkan dada dan menghilangkan
kesukaran dalam urusan.
- Membaca surah Adh-Dhuha
sebagai usaha mencari barang yang hilang dan ketika mengalami kerugian.
- Membaca surah Al-Fatihah
sebagai penyembuh sengatan binatang berbisa dan penyakit gila.