.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 20, 2025

AL-MIFTAH: Travelog Tarbiah Syaikh Nazrul Nasir

AL-MIFTAH: Travelog Tarbiah Syaikh Nazrul Nasir
PENULIS: RASYID AL-KINTI
ISBN: 978-629-7716-61-9
KOD: GB0891
SAIZ: 16.5cm X 23.5cm (portrait)
TEBAL: 280
KANDUNGAN: 4C
BERAT:
HARGA: RM42/RM44 (S/S)

SINOPSIS:

Travelog ini menjadi kunci pembukaan bagi perhubungan rohaniah dengan Wali Songo serta mereka yang mengikuti jejak langkahnya. Juga membuka kunci ilmu sejarah Islam dan peradaban di Tanah Jawa.

Ia membantu memberi kefahaman mengenai sejarah klasik Kepulauan Indonesia secara umumnya dan sejarah Wali Songo secara khususnya.



Selain mengandungi pelajaran tentang adab secara praktikal terutama ketika berziarah di makam para wali, travelog yang dipimpin oleh Syaikh Nazrul Nasir ini juga sarat dengan kisah, ibrah dan fakta yang menjentik hati dan minda. Disulam dengan pengalaman menarik dan kalam hikmah daripada tuan guru.








May 19, 2025

BUKU MEWARNA ASUH

BUKU MEWARNA ASUH
TEBAL: 16 ms
SAIZ: 6.75” X 9.5”
HARGA: RM3.00/RM5.00

SENARAI JUDUL:
>Syoknya Mewarna Cita-Cita
ISBN: 9555749700779

>Syoknya Mewarna Sukan
ISBN: 9555749700786

>Syoknya Mewarna Buah-buahan
ISBN: 9555749700793

>Syoknya Mewarna Bendera
ISBN: 9555749700809 














May 16, 2025

DALAM DIAM TUHAN MENGAJAR

DALAM DIAM TUHAN MENGAJAR
ISBN: 978-629-7716-60-2
KOD: GB0889
PENULIS: Da’i Izzhar Nazri
TEBAL: 224 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
BERAT:
HARGA: RM35.00/RM37.00

SINOPSIS

Kita semua pernah berada di titik itu — Titik yang membuatkan kita terduduk, tidak tahu mahu cakap apa. Mulut tidak mampu melafazkan doa. Cuma air mata yang menjawab segalanya.

Pada waktu itu, kita selalu bertanya, “Ya Allah, kenapa semua ini berlaku pada aku?”

Namun, semakin kita persoal, semakin kita tidak menemui jawapannya. Apa yang ada cuma sepi dan hati yang semakin penat.

Insya-Allah, jawapannya ada di dalam buku ini. Buku ini bukan sekadar buku motivasi. Ia adalah perjalanan mencari makna. Ia ditulis untuk sesiapa saja yang pernah kecewa, pernah salah faham dengan takdir, pernah rasa diri tidak berguna, atau pernah menangis diam-diam waktu orang lain nampak kita tersenyum.

 


Dengan kisah-kisah para nabi, dalil al-Quran dan hadis, kajian psikologi, analogi-analogi dan tip healing dalam buku ini, akan membuatkan kita berhenti seketika dan mula lihat semula kehidupan kita daripada perspektif yang baharu.











May 14, 2025

FINAL BATTLE: PERLAWANAN NABI ISA MENENTANG DAJJAL

FINAL BATTLE: PERLAWANAN NABI ISA MENENTANG DAJJAL
ISBN: 978-629-7716-56-5
Kod: GB0887
Penulis: Ahmad Choirul Rozikin
TEBAL:176 ms
SAIZ: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM28.00/RM30.00

SINOPSIS

Apabila telah tiba waktu yang dijanjikan, dunia akan menyaksikan pertembungan epik yang belum pernah terjadi sebelumnya. Nabi Isa a.s., simbol kebenaran dan keadilan, diutus kembali untuk menghadapi Dajjal, makhluk yang membawa fitnah terbesar sepanjang sejarah manusia. Dari kisah kudus yang melahirkan Nabi Isa a.s. hingga tipu daya Dajjal yang menggoncangkan keimanan, buku ini membawa pembaca menelusuri perjalanan akhir zaman yang penuh dengan debaran dan ujian.

Bagaimana pertarungan antara dua Al-Masih ini akan mengubah dunia?

Apakah peranan kita, umat Islam dalam melawan kebatilan?

Dan bagaimana kita boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi tanda-tanda kiamat yang telah diberi amaran oleh Rasulullah SAW?


Final Battle: Perlawanan Nabi Isa Menentang Dajjal menghidupkan kisah ini dengan naratif yang lebih segar. Ia bukan sekadar bacaan, tetapi panggilan untuk menguatkan keimanan, mempersiapkan diri, dan memahami hikmah besar di sebalik pertembungan antara cahaya kebenaran dan kegelapan.

Sebuah peringatan, sebuah harapan, dan sebuah petunjuk — adakah kita bersedia untuk menjelajah rahsia perjuangan terbesar dalam sejarah manusia?









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...