.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Apr 30, 2025

MAU'IZHAH HASANAH 4 EDISI KEMAS KINI: TALIAN HAYAT DI BARZAKH

MAU'IZHAH HASANAH 4 EDISI KEMAS KINI: TALIAN HAYAT DI BARZAKH
ISBN: 978-629-7716-41-1
Kod: GB0873
Penulis: Ustaz Dr Ahmad Dusuki Abdul Rani
Tebal:  210 muka surat
Saiz: 5.5" x 8.5" (Portrait)
Berat:
Harga: RM25.00/RM27.00*


SINOPSIS

Kematian bukanlah noktah terakhir, tetapi permulaan kepada satu perjalanan abadi—alam barzakh. Dalam dunia penuh misteri ini, hubungan antara si mati dan yang masih hidup tidak pernah terputus. Malah, tiga amalan yang tidak putus sebagaimana disebut dalam hadis Nabi ﷺ — sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan — menjadi talian hayat yang menyinari kegelapan barzakh.

 Melalui olahan penuh hikmah dan nasihat oleh Ustaz Dr Ahmad Dusuki Abd Rani, buku ini membawa pembaca menyelami hakikat kehidupan selepas mati: daripada mimpi bertemu roh si mati, penderitaan mereka akibat ratapan keluarga, hingga pentingnya keselarasan hidup demi pertemuan semula di akhirat. Mau‘izhah Hasanah bukan sekadar peringatan, tetapi satu panduan agar kita menyambung amal yang berkekalan walaupun jasad telah bersemadi.


Mari corakkan hidup ini dengan kesedaran bahawa setiap langkah kita hari ini, akan menentukan nasib kita di alam sana. Adakah kita sedang membina talian hayat untuk diri sendiri, atau memutuskan harapan di barzakh?








Apr 29, 2025

Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 5)

Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 5
Surah An-Nisa' Ayat 148 Hingga Ayat 176 dan Surah Al-Ma'idah Ayat 1 Hingga Ayat 120
ISBN: 978-629-7716-50-3
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0880
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 296 muka surat
Berat:
Harga: RM35.00/RM37.00

Blurp:

Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.

Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, naskhah ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.

Antara perkongsian menarik dalam Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 5 ini ialah:

- Pengkhianatan Bani Israel Terhadap Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s.

- Kisah Habil dan Qabil Serta Permulaan Kerosakan di Muka Bumi

- Kedengkian Ahli Kitab Terhadap Rasulullah SAW dan Al-Quran

- Perbezaan Nasrani, Yahudi, dan Musyrik dalam Menerima Keterbukaan Islam

- Adat Karut Kaum Jahiliah – Bahirah, Sa’ibah, Wasilah, dan Ham

Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Catatan Tadabur Quran@114 Jilid 5 merupakan naskhah ketiga belas beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.







Apr 28, 2025

MAU'IZHAH HASANAH 3 EDISI KEMAS KINI: KHABAR DARI BARZAKH

MAU'IZHAH HASANAH 3 EDISI KEMAS KINI: KHABAR DARI BARZAKH
ISBN: 978-629-7716-40-4
Kod: GB0872
Penulis: Ustaz Dr Ahmad Dusuki Abdul Rani
Tebal:  224 muka surat
Saiz: 5.5" x 8.5" (Portrait)
Berat:
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS

Alam barzakh bukan sekadar ruang perhentian sebelum akhirat. Ia adalah alam yang hidup—dihuni oleh roh yang masih berinteraksi, mengadu nasib, menyampaikan pesanan dan memperlihatkan keadaan mereka kepada yang masih hidup, khususnya melalui mimpi. 

Apakah mimpi itu benar? Bagaimana pula jika arwah datang memberi petunjuk? Dan bolehkah doa serta amalan kita benar-benar sampai kepada mereka?

Dalam karya penuh keinsafan ini, Ustaz Dr Ahmad Dusuki Abd Rani menghimpunkan kisah-kisah dan atsar para salafus soleh yang memperlihatkan betapa alam barzakh bukan asing bagi yang beriman. 


Dengan kupasan berpaksikan hadis dan pandangan ulama muktabar, buku ini mengetuk hati agar kita tidak leka dengan dunia yang sementara. Ia mengajak pembaca menilai kehidupan, memperbaiki hubungan dengan Allah, dan menyambung 'talian' dengan alam yang akan kita tuju tidak lama lagi.

Mau‘izhah Hasanah bukan sekadar peringatan, ia adalah khabar benar dari alam yang tidak dapat dilihat, tetapi pasti ditempuh.








Apr 24, 2025

THE MESSENGERS OF GOD

THE MESSENGERS OF GOD: Kisah 13 Nabi Di Bumi Palestin
SIRI: Trilogi Palestin
ISBN: 978-629-7716-53-4
KOS: GB0885
PENULIS: AHMAD CHOIRUR ROZIQIN
TEBAL: 152 ms
SAIZ: 14.8cm x 21cm (A5)
BERAT:
HARGA: RM25.00/RM27.00

SINOPSIS:

Palestin, tanah yang dipenuhi rahmat dan sejarah, menjadi saksi perjalanan hebat para nabi. Dari pengorbanan Nabi Ibrahim, keberanian Nabi Daud, ketabahan Nabi Yaakub, betapa pemaafnya Nabi Yusuf hingga kecekalan Nabi Isa, putera Maryam, setiap kisah membawa pengajaran berharga tentang iman, kesabaran, dan perjuangan dakwah.

Melalui buku ini, anda akan menemui cerita-cerita luar biasa yang kekal relevan sepanjang zaman. Kisah 13 Nabi di Bumi Palestin penuh dengan pengajaran yang membantu pembaca mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi insan yang lebih baik.

Bumi Palestin, tanah pilihan untuk para nabi, menyimpan keajaiban dan hikmah di sebalik setiap peristiwa. Buku ini membawa anda menyelami kehidupan mereka, memahami perjuangan, dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang sarat inspirasi.


Bersiaplah untuk mengembara ke masa lalu, menyusuri perjalanan para utusan Allah, dan menemui erti perjuangan di tanah yang diberkati ini. Bacalah, fahami, dan jadikan teladan – kerana kisah mereka adalah panduan untuk kita semua.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...