.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Oct 16, 2024

Misteri Keris Puaka

Judul: Misteri Keris Puaka

Judul asal: Keris Long Leh

ISBN: 978-983-097-705-8

Kod: GB0836

Tebal: 200 ms

Harga: RM17.00/RM19.00*


SINOPSIS

Novel KERIS LONG LEH mengisahkan Aminnuddin telah meminjam sebilah keris daripada bapa saudaranya bagi tujuan kajian dan mengumpul bahan untuk sebuah draf manuskrip novel. 

Amin telah mengingkari pesanan pak longnya agar tidak membuka kain kuning yang membalut keris tersebut. Keris tersebut sepatutnya dipulangkan kepada pak longnya sebelum tengah malam Jumaat iaitu malam tersebut tetapi Amin terlupa.

Sejak malam itu pelbagai perkara pelik telah terjadi. Penduduk taman perumahannya mula bercakap yang Amin ada membela saka. Budak-budak yang mengaji dengan isterinya juga takut untuk datang mengaji kerana ternampak ada jembalang yang menyerupai binatang berbulu hitam atas bumbung rumahnya. Anaknya Icad sampai pengsan dalam jamban dan anak sulungnya pula di jumpai tidur di tepi jamban. Kucing belaan keluarganya turut mati, pokok-pokok yang ditanam isterinya semuanya mati. Malah, nasi dan gulai yang baru dimasak isterinya juga basi.

Gangguan datang silih berganti. Hidupnya mulai kacau. Keris pusaka tak bertuan menjadi rebutan. Nyawanya kini terancam!

Beliau sedar waris sebenar perlu dicari bagi merungkai misteri yang menyelubunginya dan semua ini terjadi sejak dia meminjam keris daripada pak longnya itu. Adakah semua yang berlaku ini disebabkan keris tersebut dan apa ada dengan keris Long Leh itu?

TENTANG PENULIS:

SYAUQIE MK berasal dari Pendang, Kedah - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat. Beliau cenderung kepada genre thriller dan judul 'TERORIS, AKU BUKAN TERORIS adalah karya pertama terbitan 2016. Beliau seterusnya terlibat dalam komplot penulis untuk menghasilkan novelet ‘KRISIS1: Lari Manap Lari’ pada tahun 2017. Penulis juga turut menyumbang dalam projek anekdot novel komedi-santai dan kritis bersama tiga penulis lain dalam ‘GENG BUDAK SENGAL’ dan ‘MANA TUNANG AKU’.


*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:


𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Misteri Cincin Nenek

Judul: Misteri Cincin Nenek

Judul asal: Saka Cincin Long Esah

ISBN: 978-983-097-783-6

Kod: GB0835

Tebal: 208 ms

Harga: RM17.00/RM19.00*


SINOPSIS

Novel SAKA CINCIN LONG ESAH mengisahkan Diana cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kampung tetapi ternyata ia bukanlah perkara yang mudah bagi dirinya. Apatah lagi dia perlu mendiami rumah pusaka neneknya yang begitu asing kerana sebelum ini dia telah dibesarkan di bandar.

Baru sahaja mendiami rumah pusaka itu, dia telah pun didatangi dengan perkara-perkara yang pelik dan misteri. Malam pertama di rumah itu dia telah terdengar suara dari arah dapur. Manakala adiknya Imran pula telah hilang ketika bermain di halaman rumah hingga memaksa bapanya memanggil bomoh terkenal di kampung itu dan turut mendapatkan bantuan dari seorang ustaz. Syukur, adiknya berjaya di jumpai oleh ustaz berpandukan pada mimpi mama yang melihat Imran duduk dalam keadaan ketakutan di bawah sebatang pokok besar iaitu pokok jejawi yang terdapat di halaman rumah tersebut. 
Di rumah pusaka itu terdapat sebuah bilik dan ia menjadi kawasan larangan bagi setiap penghuni rumah terbabit.  Apa yang dilarang itu menjadi sesuatu yang menggugah naluri ingin tahu Diana. Penemuan Diana dari dalam bilik misteri itu telah membawa Diana ke garisan permulaan kepada pembongkaran misteri keluarga yang telah dikambus sekian lama.
Kejadian demi kejadian aneh kian tersingkap, bermula di rumah dan berlanjutan pula hingga ke kampus. Pertanyaan demi pertanyaan sering bermain dimindanya apabila dia mampu untuk melihat satu demi satu penampakan mistik seolah-olah tiada lagi hijab di hadapan matanya.
Ternyata konflik diri dan keluarga akhirnya membawa Diana untuk mengenali diri dengan lebih mendalam dan memberikannya sebuah erti kehidupan yang menjangkaui batasan pemikirannya.


TENTANG PENULIS

Suhana Salleh adalah seorang pengusaha taska yang menulis. Beliau pernah menghasilkan sebuah novel awal remaja bersama Galeri Ilmu pada tahun 2011 bertajuk 'Namaku Alias Lee'. Kini beliau kembali aktif menulis tapi hanya di belakang tabir atau lebih dikenali sebagai ghostwriter. Seorang yang cepat mesra dengan kanak-kanak dan remaja. Bekerjasama dengan Nida Zahar.

Nida Zahar merupakan seorang penulis yang mempunyai minat yang unik dalam penulisan kisah seram berdasarkan pengalaman sebenar. Sudah menerbitkan beberapa buah buku terbit sendiri dan hasil kolaborasi dengan sebuah kumpulan paranormal tempatan. Beliau juga giat mengkaji dan merekod kisah-kisah mistik di lokasi-lokasi angker seluruh negara. Selain daripada menulis kisah seram, beliau juga merupakan penulis upahan yang telah menghasilkan beberapa buku tokoh berdasarkan kisah hidup (autobiografi).

*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Misteri Burung Hantu

Judul: Misteri Burung Hantu

Judul asal: Mantera Papan Puja

ISBN: 978-983-097-844-4

Kod: GB0834

Tebal: 112 ms

Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS

Begini ceritanya ...
Menemani rakan sekolej pulang ke kampung, Haryani mendapati dirinya menerobos sempadan alam yang tidak dapat dilihat mata kasar. Bahkan dia tidak mengerti yang sebenarnya ada sesuatu di sebalik keanehan itu.
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (Al-Jinn 72: 6)
***
Merompak demi kemewahan, Kamal tidak menyangka kegiatannya kali ini mengundang angker. Hanya kerana sebentuk cincin pusaka bertatah zamrud, mewah yang disangka, padah yang menimpa.

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman.” (Al- A’raf 7: 27)

Begitulah ceritanya ...
Ada lagi cerita-cerita untuk kau hayati dan ambil manfaat daripadanya. Kisah seram di dalam buku ini sekelam misteri dunia yang satu lagi. Sama ada kau mahu percaya atau tidak, ia sesungguhnya ada. Sejak dulu, sejak masih digelar azazil. Memerhati dengan pandangan penuh tajam, mecari saat-saat lompong tatkala engkau terleka. Itu yang aku tahu.

Tentang Penulis:

Nida Zahar adalah seorang penulis yang mempunyai minat yang unik dalam penulisan kisah seram berdasarkan pengalaman sebenar dan kisah kehidupan. Sudah menghasilkan beberapa buah buku, salah satu daripadanya adalah hasil kolaborasi beliau dengan sebuah  kumpulan paranormal tempatan. Beliau juga suka mendapatkan inspirasi penulisan dengan melawat ke tempat-tempat yang menyeramkan serta berkomunikasi dengan masyarakat setempat. 
Nida Zahar mempunyai kecenderungan menulis berdasarkan kepercayaan budaya Melayu dan mitos tempatan dalam persepsi dunia moden.

*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Misteri Sayap Hitam

Judul: Misteri Sayap Hitam

Judul asal: Magna Sayap Hitam

ISBN: 978-983-097-704-1

Kod: GB0840

Tebal: 256 ms

Harga: RM18.00/RM20.00*


SINOPSIS

Novel MAGNA SAYAP HITAM membawakan kisah Zettrion, sebuah dunia tanpa warna dan tiada undang-undang yang terpakai di situ melainkan amalan sihir yang berleluasa. Pertarungan sentiasa berlaku. Manusia yang lebih kuat dan kejam akan dihormati berdasarkan pada pangkat yang tertera pada lengan manusia di Zettrion ini.

Efix, manusia putih yang besar dan kuat tetapi pecinta kedamaian. Dan kerana dia tidak seperti manusia lain dan sikapnya yang berbeza itu, Efix dibenci oleh keluarganya sendiri. Impian Efix adalah untuk berhijrah ke planet Bumi kerana manusia di Zettrion ini berasal dari planet Bumi. Bagi Effix, Bumi punyai keindahan dan keamanan yang didambakannya. 

Hasratnya itu semakin bergelora apabila dia termakan dengan hasutan Izze bahawa manusia yang paling kejam dan yang mencapai pangkat paling tinggi akan ditumbuhi Sayap Hitam yang membolehkan mereka terbang ke planet Bumi. Akhirnya Efix mula melakukan kejahatan demi kejahatan... 

Berjayakah Efix merealisasikan cita-citanya itu?

TENTANG PENULIS:

Iwan Reaz merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari Kajang, Selangor. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari Temple University. Kini bertugas sebagai Penolong Pengurus di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Penulis buku Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan dan kumpulan cerpen Hologram. Turut menyumbang karya eceran berbentuk puisi dan cerpen untuk disiarkan dalam surat khabar dan majalah tempatan seperti Mingguan Malaysia, Sinar Harian dan Tunas Cipta.


*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:


𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Makhluk Misteri Di Kubu Rahsia

Judul: Makhluk Misteri Di Kubu Rahsia

Judul asal: Dybbuk Syaitan Pemusnah Israel

ISBN: 978-983-097-847-5

Kod: GB0837

Tebal: 88 ms

Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS:

Novel ini bercerita tentang misi rahsia sekumpulan saintis tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditugaskan untuk menyiasat punca sebenar kehilangan seluruh bangsa Yahudi di negara haram Israel tanpa sebarang kesan 63 tahun yang lalu. 

Dua daripada sembilan orang anggota misi rahsia tersebut ialah rakyat Malaysia. Seorang daripada mereka adalah penggodam terbaik dunia yang baru berusia 17 tahun bernama Nia manakala seorang lagi ialah pengawal peribadi kepada Nia iaitu Kyle yang penuh misteri orangnya.

Misi utama mereka ialah menggodam dan mengumpulkan data-data yang direkodkan dalam komputer utama kepunyaan kerajaan Israel di sebuah kubu rahsia di Ramat Rachel, mengambil dan menganalisa sampel-sampel yang mereka boleh dapati di dalam kubu tersebut. Kubu rahsia tersebut adalah salah satu tempat perlindungan terakhir para pemimpin dan pegawai tertinggi tentera Israel sebelum mereka juga lenyap tanpa kesan.

Akan tetapi, misi yang nampak mudah pada awalnya, mula menjadi rumit apabila Kyle yang sebenarnya adalah seorang perisik tentera berpangkat kolonel mendapati bahawa wujudnya konspirasi untuk menutup kisah sebenar di sebalik insiden yang telah berlaku dan wujudnya pensabotaj di kalangan kumpulan saintis terbabit yang ingin menggagalkan misi tersebut.


Lebih buruk lagi apabila seorang demi seorang daripada mereka telah dibunuh oleh suatu entiti misteri yang boleh menjelma dan menyerupai orang-orang Yahudi yang dianggap telah hilang 63 tahun yang lalu. Segala peralatan saintifik yang mereka gunakan gagal untuk mengesan entiti tersebut yang berbentuk lendiran hitam dan ia mampu menyelinap di segenap ruang yang terbuka.

Tentang Penulis:

Pemilik nama sebenar, AHMAD SYUHAIMI ADNAN dalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP.
Novel ini merupakan novel ketiga beliau bersama dengan Buku PURIS, Galeri Ilmu selepas novel PAZUZU dan SIHIR JIN LAMASHTU. Penulisan novel beliau adalah dalam genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Misteri Jin Lamashtu

Judul: Misteri Jin Lamashtu

Judul Baru: Sihir Jin Lamashtu

ISBN: 978-983-097-758-4

Kod: GB0838

Tebal: 408 ms

Harga: RM25.00/RM27.00*


SINOPSIS:

Novel Sihir Jin Lamashtu mengisahkan keluarga Adam Syakir yang terpaksa berpindah dari banglo mewah di Kuala Lumpur ke rumah sewa kampung di Sungai Bakap, Pulau Pinang kerana perniagaan bapanya Encik Burhan merosot hingga menjadikan mereka miskin. 

Kehidupan baharu itu menjadikan hubungan keluarga kian rapat berbanding sebelum ini kerana di kampung mereka tidak disibukkan dengan urusan keduniaan. 

Namun, kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana rumah yang mereka sewa itu rupa-rupanya berhantu.

Gangguan yang bermula dari jelmaan seorang budak kecil berbangsa Cina itu telah lama diketahui oleh penduduk sekitar. Sepanjang pengetahuan penduduk, hanya hantu yang berupa kanak-kanak kecil sahaja yang sering mengganggu dan bukannya makhluk besar, hitam lagi menakutkan seperti yang dialami oleh keluarga Adam Syakir.

Tanpa pengetahuan keluarganya, gangguan tersebut sebenarnya ada kaitan dengan Encik Burhan yang telah menjadikan jin sebagai pendamping untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya di Kuala Lumpur hingga menjadi kaya-raya. Encik Burhan membawa keluarganya berpindah setelah perniagaannya jatuh akibat tidak lagi berdamping dengan jin tersebut semenjak isterinya mengandungkan Syafiq yang kini berusia tiga tahun,

Gangguan jin Lamashtu yang telah wujud sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. itu sebenarnya atas dasar membalas dendam terhadap Encik Burhan yang telah memungkiri janji. Namun, beberapa nyawa telah menjadi korban dengan cara kematian yang sangat mengerikan.

TENTANG PENULIS

Pemilik nama sebenar, Ahmad Syuhaimi Adnan adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP.
Novel Sihir Jin Lamashtu ini merupakan novel kedua beliau bersama dengan penerbit Galeri Ilmu. Penulisan kedua-dua novel beliau adalah dalam genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:


𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Misteri Jin Pazuzu

Judul: Misteri Jin Pazuzu

Judul Asal: Pazuzu

ISBN: 978-983-097-700-3

Kod: GB0839

Tebal: 384 ms

Harga: RM17.00/RM19.00*


SINOPSIS

Novel PAZUZU mengisahkan Jeri, pelajar di Fakulti Undang-undang, Universiti Darul Ridzuan merupakan seorang yang agnostik iaitu seorang yang sering mempertikaikan perkara-perkara ghaib dalam Islam. Perkara ghaib itu lebih menjurus kepada kewujudan jin dan syaitan.

Demi menegakkan dogmanya, dia sanggup menjalankan upacara hitam hanya untuk membuktikan bahawa makhluk-makhluk ghaib itu tidak wujud. Namun, tanpa disedari Jeri, dia sebenarnya telah berjaya menyeru sesuatu yang sangat tua dan sangat dahsyat dari zaman silam. Ia sesuatu yang bersifat kesyaitanan yang disembah dan dipuja sebagai tuhan penyelamat oleh manusia dahulu kala.

Jeri menerima padah daripada perlakuannya itu apabila dia mulai berhadapan dengan gangguan-gangguan yang menjadikan hidupnya tidak keruan. Masa dirasakan Jeri kian suntuk kerana dia tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berhadapan dengannya ketika itu. Apabila menyedari yang diserunya itu menuntut dirinya sebagai korban, semuanya telah terlambat. Darahnya harus dibayar dengan nyawanya.

TENTANG PENULIS


Pemilik nama sebenar, AHMAD SYUHAIMI ADNAN adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP. Novel ini merupakan kali pertama beliau menulis genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Misteri Alam Akhyar

Judul: Misteri Alam Akhyar

Judul Asal: Sampukan Jin Akhyar

ISBN: 978-983-097-801-7

Kod: GB0833

Tebal: 124 ms

Harga: RM13.00/RM15.00*


SINOPSIS

Novel SAMPUKAN JIN AKHYAR mengisahkan Amran terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam gaung. Apabila tersedar, dia berada di dalam sebuah tempat yang gelap dan sempit. Rupa-rupanya dia berada di dalam penjara.

Sudah tentu Amran berasa hairan bagaimana dia boleh berada di situ? Di penjara sempit itu hanya dia berdua bersama Rekky yang telah berada dipenjara itu selama sepuluh tahun. Pelbagai persoalan muncul dibenak fikirannya dan persoalan utama adalah apakah kesalahan dirinya hingga dia dipenjarakan? Sepatutnya dia terlantar di hospital selepas terlibat dalam kemalangan.

Amran didatangi oleh Peguam Qasid yang menyatakan kesediaan untuk membelanya. Peguam Qasid memaklumkan bahawa Amran perlu bersedia untuk dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Chif Asrar tetapi Amran langsung tidak pernah berjumpa atau mengenali Chif Asrar. Amran perlu mempertahankan dirinya. Jika didapati bersalah, Amran akan dihukum bunuh atau dipenjara seumur hidup. Amran semakin keliru.

TENTANG PENULIS

Pemilik nama sebenar, SHAHRUL ZAMAN LUKMAN merupakan penulis seramistik terbaharu di kalangan  penggemar novel seram. Novel sulung ini adalah garapan adaptasi sirah Sahabat. Selain fiksyen, beliau juga mempunyai buku non fiksyen bersama dengan penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd. Beliau juga mahir dalam pemasaran buku secara online.


*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...