.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Dec 15, 2016

Perca

JUDUL: PERCA
PENULIS: Roza Roslan
ISBN: 978-983-097-619-8
KOD: GB 0411
TEBAL:    496 ms
HARGA: RM 40.00/42.00*

SINOPSIS:

Perjalanan itu geraknya sehala. Ia perlu diteruskan. Ia jadi mudah apabila kita mengetahui yang setiap detik Allah mengajar manusia dengan pelbagai cara agar kita berfikir dan bersyukur dengan rahmat-Nya. 

Sayangnya … apabila Allah SWT memberi rasa bahagia, ada terlupa mereka pernah diuji dengan rasa derita.

Akhirnya … penulis mula mengerti bahawa seluruh kehidupan merupakan ujian Allah SWT kepada hamba-Nya kerana DIA mahu melihat kita semakin beriman atau sebaliknya. Ramai tewas dengan ujian suka yang melalaikan. Ujian kedukaan membuat mereka kembali merayu dan merintih mengharapkan pertolongan Tuhan. Ketika itu Yang Maha Berkuasa dihampiri.

Perca-perca ini kisah yang melekat di hati sanubari. Keseluruhan kehidupan umpama cebisan perca dengan pelbagai corak dan warna. Ada warna ceria, gemilang, kabur, terang, muram dan pudar lagi hambar. Cebisan kecil itu kelihatan tidak berguna. Namun jika dikumpulkan, dijahit lalu dicantumkan cebisan demi cebisan ... ia menjadi selembar hamparan bermanfaat.

Sehelai gebar memanaskan tubuh kedinginan pada malam hari. Adakalanya ia menjadi bidai atau tabir pembahagi ruang. Hasilnya menakjubkan. 

Sebesar mana ukuran bergantung kepada jumlah cantuman perca-perca. Ada bersaiz besar, sederhana malah ada yang hanya sebesar alas kaki sahaja.

Marilah kita terus berfikir, sekecil mana peristiwa kehidupan yang dihadapi oleh manusia, ia tetap milik Allah SWT. Kita hanyalah insan kerdil yang pasti menghadap-Nya lalu kekal selamanya di negeri abadi.

Bagaimanapun, terdapat satu sebab yang menguatkan hati penulis untuk meneruskan PERCA kerana yakin – insya-Allah – ia boleh menjadi ilmu bermanfaat. Sebagaimana buku-buku yang terdahulu, PERCA: Wahai Tuhan-Ku … kepada-Mu Daku Kembali meneruskan perjalanan hidup mencari pengakhiran husnul khatimah.

--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
----------------------------------------- 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...