Judul:
Jodoh Anugerah Dia
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim Bersama Rakan-rakan
ISBN: 978-629-7556-59-8
Kod: GB0779
Saiz: 14cm x 21.5cm (Portrait)
Tebal: 320 ms
Presentation: 4C
Berat:
0.65 kg
Harga: RM40.00 / RM42.00
Sinopsis
JODOH ANUGERAH DIA (JAD) dijayakan oleh 25 orang penulis yang berbeza latar belakang. Malah, apa
yang menarik, antara mereka adalah terdiri public figure yang tidak
asing lagi dalam usaha dakwah dan motivasi. Antaranya Datuk Norhafizah Musa,
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Pahrol M. Juoi dan
Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Mereka turut berkongsi kisah dan pengalaman
bertemu jodoh.
Datuk Norhafizah
dan Ustazah Isfadiah misalnya, kerana latar belakang akademik mereka
berlandaskan agama, barangkali ramai yang menyangka perjalanan mereka bertemu
jodoh adalah mudah. Namun sangkaan itu langsung tersasar. Mereka terpaksa
menempuh liku-liku pahit sebelum bertemu pasangan hidup masing-masing. Dan
nyatalah bahawa urusan jodoh itu adalah urusan Allah. Dialah yang menentukan
siapa jodoh kita.
Jodoh Anugerah DIA (Jodoh) berasbabkan ajakan gurauan pendakwah
terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa agar Dr Muhd Kamil Ibrahim (MKI)
menulis kisah bagaimana beliau bertemu jodoh. Orang Negeri Sembilan bertemu
Kelantan.
Istikharah beliau dan bapa
hampir dua tahun. Beliau menolak dengan kuat sekali tetapi tolakan ikut rasa
hati tidak terdaya mengatasi ketentuan-Nya. Akhirnya … Datuk Norhafizah
mengisahkan betapa jodoh itu anugerah daripada DIA.
Ia permulaan indah dan
menarik.
Jodoh adalah himpunan kisah
nyata, antara takdir pilihan Allah Al-Muktadir kepada para hamba-Nya. Pelbagai
kisah suka, duka, sedih, derita dan indah berada dalam naskhah
ini. Sedikit panduan bagaimana mencari jodoh juga turut tercatat.
Ada yang berjodoh berasbabkan
aturan orang tua, kerana suka sama suka, hanya pilihan kedua, tiada pilihan dan
ada juga yang tidak mampu bertahan malah ada, yang memang tidak berjodoh.
Dan ada juga, pasangan yang
Allah temukan bermula dengan rasa benci. Saya kira begitu perasaan awal
Roza kepada Dr. MKI sekiranya anda membaca Bab 47, si gadis pemegang kotak
rokok Abang MKI. Ia bermula dengan rasa terlalu kuat, BENCI.
Alahai.
Tak dapat saya bayangkan
rasa benci Puan Roza yang dipaksa memegang kotak rokok abang senior sepanjang
minggu suai kenal. Pastinya perasaan ketika itu mahu dibaling sahaja kotak
rokok itu ke tong sampah.
Namun, apabila sudah dikatakan jodoh, meski
keropok lekor di Terengganu, asam pedas di Johor, di Dundee, Scotland tetap
mampu dihidang dan dinikmati bersama. Begitulah kuatnya jodoh Dr MKI dan
Roza, membuktikan ia satu anugerah dari DIA.
----
Terdapat banyak
panduan dan nasihat dalam JODOH ANUGERAH DIA. Sama ada anda mahu
mencari pasangan, sudah atau bakal mendirikan rumah tangga, atau anda merupakan
ibu ayah yang bakal menerima menantu, bacalah buku ini, pasti ia banyak
membantu! Ia juga sesuai untuk dijadikan hadiah hari lahir atau hantaran
pertunangan dan perkahwinan.