JUDUL:
Cash Flow Untuk lelaki
Penulis:
Shamsudin Kadir
ISBN:
978-983-097-674-7
TEBAL:
232 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm
Terbit: 2017
Berat: 0.35kg
HARGA: RM25/RM27
CASH
FLOW UNTUK LELAKI
Flasher:
Poket bocor tetapi penuh
SINOPSIS
Jangan
baca buku ini sekiranya:
Kita sudah beli rumah sewaktu umur 25
tahun ke bawah.
Kita berbelanja kurang daripada duit
gaji.
Kita ada sumber pendapatan bulanan
kedua dan ketiga yang bukan MLM.
Kita sudah pandai guna duit orang
lain untuk beli rumah.
Kita pandai guna duit orang lain
untuk melabur.
Kita sudah beli rumah dengan 90
peratus diskaun.
Kita beraya ikut Islam bukannya orang
Islam.
Kita tahu modus operandi semua skim
cepat kaya.
Kita tahu bagaimana untuk mengetahui
apabila duit kita menjadi berganda.
Kita sudah membeli emas yang
dikecualikan daripada GST pada setiap bulan.
Kita dapat membezakan antara Skim
Betul dan Skim Tipu.
Telefon bimbit yang kita pakai itu
dibayar oleh orang lain.
Ansuran kereta kita dibayar oleh
orang lain.
Buku
ini dikhususkan untuk para lelaki yang merupakan ketua dalam sebuah keluarga.
Besar tanggungjawab lelaki, bahkan di dalam Islam sudah menetapkan lelaki yang
perlu menyediakan nafkah zahir seperti rumah, pakaian dan makanan kepada
keluarganya.
Sekiranya bercerai sekalipun, suami tetap mempunyai tanggungjawab
untuk tempoh tertentu untuk bekas isterinya dan mempunyai tanggungjawab
menanggung nafkah ke atas anak-anaknya.
Justeru,
buku ini memberi panduan dalam pengurusan kewangan yang lebih efektif agar
perancangan ekonomi keluarga lebih teratur dan terancang.
TENTANG PENULIS
SHAMSUDDIN
KADIR (SK)
Pemegang
ijazah Sarjana Komunikasi Pemasaran Bersepadu dari USM (2015). Mempunyai
tauliah sebagai perunding latihan dan jurulatih utama SK Training Academy Sdn.
Bhd. Merupakan Bendahari Kehormat bagi Pertubuhan Perunding Latihan dan
Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Beliau
adalah konsultan Unit Trust (Unit Amanah) yang menubuhkan pasukan Konsultan
atas nama Team SK, konsultan takaful untuk keperluan Takaful Keluarga seperti
kad medikal dan hibah. Beliau turut terlibat dalam pelbagai lagi organisasi dan
perkhidmatan yang berkaitan dengan kepakaran serta kemahiran beliau dengan
mengendalikan klien-klien ternama seperti Malaysia Airports Holdings Berhad,
Petronas, Malaysian Qualification (MQA), LHDN, Institut Latihan Kemahiran MARA,
KWSP, FRIM, RISDA, PSMB Sabah, USIM, UiTM, organisasi di Brunei Darus Salam dan
lain-lain.
Sering
diundang untuk berbicara di TV1, Tv2, TV3, TV9, TV AlHijrah, Astro Awani dan
Astro Oasis untuk pelbagai program seperti Malaysia Hari Ini, Assalamualaikum,
Wanita Hari Ini, Respons, Apa Kata Wanita, 360, Dahsyat 13, Tabayyun dan
Tanyalah Ustaz.
Pernah
menjadi penulis dan kolumnis di majalah Nur, Gen Q, Anis dan Dewan Ekonomi. Beliau menulis
berbelas-belas judul buku di Malaysia dan di Indonesia. Beliau turut aktif
memenuhi undangan ceramah dan tazkirah di surau dan masjid seluruh Malaysia
membicarakan isu perancangan kewangan peribadi, perancangan harta pusaka dan
motivasi diri.
Beliau
boleh dihubungi di talian 010-500-1-500 atau 03-4142-5300 atau e-mel
shamsuddinkadir@yahoo.com/shamsuddinkadir@gmail.com untuk sebarang undangan
ceramah dan tazkirah serta konsultansi yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment