.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Nov 11, 2016

Akhirat 1st

JUDUL: AKHIRAT FIRST
PENULIS: Ustaz Roslan Mohamed
ISBN: 978-983-097-614-3
KOD: GB 0402
TEBAL:  128 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
HARGA: RM 18/20*

SINOPSIS:

Bagi menjadi seorang Mukmin sejati, wajib bagi kita mewarnakan hidup  ini dengan ilmu dan iman kerana ia adalah pakaian bagi setiap Mukmin. 

Berlandaskan kepada ilmu yang diperolehi, setiap hamba-Nya harus sedar bahawa perjalanan hidup sebagai hamba Allah adalah satu ujian yang wajib ditempuhi dengan menjadikan Islam sebagai garis pandu dalam sebuah perjalanan yang berjaya.

Selain itu, buku Akhirat First ini memperlihatkan agama Islam itu hadir dalam pakej yang lengkap, berteraskan kepada akidah, akhlak dan syariat. Hidup bersama dengan penghayatan beragama akan menjamin keselamatan yang abadi bagi setiap Mukmin

Harapan penulis agar buku ini dapat dimiliki oleh setiap Mukmin dalam melayari sebuah kehidupan, kerana kita perlu kepada teguran dan bimbingan.  Semoga teguran dan bimbingan ini mampu membina sebuah kehidupan yang benar dan sejahtera selari dengan matlamat akhir kehidupan kita untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya kehidupan itu bermula di alam dunia dan akan berakhir di alam akhirat dan kemuncaknya ialah menjadi penghuni Syurga.

Semoga kalam nasihat penulis ini dapat membantu pembaca dalam beramal dengan kebaikan sebanyak-banyaknya kerana kebaikan apabila semakin banyak, maka bertambahlah nilai baik dan barakah dalam sebuah kehidupan. Insya-Allah!

Beramal dengan kebaikan biarlah sebanyak-banyaknya kerana kebaikan apabila semakin banyak,  maka bertambahlah nilai baik dan barakah dalam sebuah kehidupan. Hakikatnya, kebaikan tiada noktah dalam kehidupan melainkan mati dalam kebaikan adalah noktahnya!


ROSLAN BIN MOHAMED adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Lulusan dari Universiti Islam Muhammad ibn Soud Riyadh Arab Saudi dan Institut Antarabangsa Bahasa Arab, Khartoum Sudan. Beliau sering muncul sebagai panel dalam beberapa rancangan agama TV seperti Al-Kuliyyah TV3, Tanyalah Ustaz TV9 dan Halaqah TV9, Forum Perdana TV1, Muqaddimah TV9, Madrasah Akhlak TV Al-Hijrah dan beberapa rancangan agama TV yang lain.

--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
--------------------------------------- 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...