.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 10, 2023

Syarah Al-Wirdul Lathif

Syarah Al-Wirdul Lathif
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7556-12-3
Kod: GB 0734
Saiz: 13.5cm X 21.5 cm
Tebal: 104 m/s    
Berat: 03kg
Harga: RM 15.00/ 17.00*

DETAIL:

AL-WIRD AL-LATHIF FI AZKAR ASH-SHABAH WA AL-MASA’ (Wirid Yang Ringan Tentang Zikir Pada Waktu Pagi Dan Petang) atau AL-WIRD AL-LATHIF adalah antara amalan yang disusun oleh Al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad al-Husaini al-Yamani.

Dinamakan Wirid Yang Ringan kerana ia mengandungi bacaan-bacaan seperti ayat Al-Qur’an, tasbih, tahmid, takbir, tahlil, basmalah, hauqalah, selawat dan doa yang ringan, ringkas dan mudah dibaca sama ada sekali atau 3 kali. Al-Imam al-Habib Abdullah al-Haddad sendiri melazimi bacaan wirid ini pada waktu pagi dan petang setiap hari. 

Buku kecil ini menerangkan fadhilat dan kelebihan setiap bacaan dalam Al-Wirdul Lathif bersumberkan Al-Qur’an dan hadis Nabi Muhammad SAW. Antara fadhilat-fadhilat yang terdapat pada bacaan-bacaan dalam Al-Wirdul Lathif:

 


           Menghilangkan kemarahan

           Menghilangkan gangguan syaitan

           Menghilangkan kesedihan dan melunaskan hutang

           Menghilangkan kegelisahan berkaitan urusan dunia dan akhirat

           Mendapat 1000 kebaikan dan dihapuskan 1000 kesalahan

           Bacaan yang menggandakan pahala







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...