.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Feb 18, 2020

Saya Sakit Apa Doktor?

Saya Sakit Apa Doktor?
Penulis: Dr. Abdul Rahim
ISBN: 978-983-097-873-4
Kod: GB0616
Tebal: 216
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.4 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit: Feb 2020
Harga: RM25.00/RM27.00*

FLASHER: Tubuh badan kita TIADA SPARE PART, maka jagalah kesihatan kita dengan sebaik-baiknya.

SINOPSIS
Buku ini mengandungi ilmu kesihatan dan juga maklumat penyakit lazim yang sering dialami oleh masyarakat. Ia menjawab persoalan:
- Jenis penyakit yang dihidapi?
- Mengapa dan bagaimana penyakit berlaku?
- Siapa yang boleh kena sesuatu penyakit itu?
- Bagaimana bentuk pencegahan dan rawatannya?
- Bilakah perlu berjumpa doktor?

Buku ini terbahagi kepada enam bahagian:
1.      Anda sakit apa? – antaranya menghuraikan status kesihatan kita, sama ada sihat, sakit atau berpenyakit. Juga menyentuh beberapa jenis penyakit senyap.
2.      Ortopedik – antaranya menghuraikan masalah sakit sendi, tulang patah, keradangan.
3.      ENT – antaranya menghuraikan masalah telinga, hidung dan tekak seperti telinga dan hidung tersumbat serta dimasuki benda asing.
4.      Kulit – mengenali beberapa jenis penyakit kulit.
5.      Kanak-kanak – memberi panduan kepada ibu bapa apabila berdepan dengan anak sakit seperti demam, lelah dan berkahak.
6.      Puasa dan Raya – masalah & penjagaan kesihatan lazim ketika puasa dan raya seperti gastrik, puasa ibu hamil dan cirit-birit.

Secara keseluruhannya penulis menggunakan pendekatan gaya bahasa yang mudah, ringkas dan sesekali berjenaka.



Dr Abdul Rahim ialah anak jati Pulau Pinang dan merupakan lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Perubatan. Sebagai Pakar Klinikal, Dr Abdul Rahim berpengalaman luas dalam merawat pesakit di klinik beliau yang beroperasi di Bayan Lepas. Mula mendapat perhatian ramai apabila beliau mula berkongsi tip dan ilmu kesihatan di media sosial dengan gaya bersahaja. Mesra dengan gelaran ‘Doc’ , tip-tip kesihatan terbaharu beliau sentiasa dinanti oleh pengikutnya di laman Facebook.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


BFF Upahan

Bff Upahan
ISBN : 978-983-097-894-9
Kod: GB0606
Pengarang: Hana Adneen
Tebal : 128 muka surat
Saiz: L: 12.7 cm; H: 19.1 cm; W:  0.8 cm
Berat: 0.15 kg
Terbit: Feb 2020
Harga: RM12.90 /RM14.90*

Sinopsis

Rasa seronok saja kalau ada BFF kan? Boleh kongsi hobi yang sama, sesi pillow talk yang berjam-jam lamanya... Dan macam-macamlah! Seronoknya!

 Tapi... Bila BFF kita adalah musuh kita sendiri, memang taklah nak rasa seronok! Walau bagaimanapun, demi satu misi yang harus dilaksanakan, maka jalan penyelesaiannya ialah dengan mengupah BFF! 

Adakah misi mereka akan berjaya? Dan... Mampukah musuh tradisi menjadi BFF sejati?


**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466








Selawat Ke Atas Rasulullah Saw: Suatu Penjelasan

Selawat Ke Atas Rasulullah Saw: Suatu Penjelasan
Penulis: Dr. Udah Mohsin 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-888-8
Kod: GB 0608
Tebal: 136 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.78 cm
Berat: 0.15 kg
Terbit: Feb 2020
Harga: RM 14.00/ 16.00*

SINOPSIS:

Buku ini membahaskan isu selawat yang menjadi persoalan dalam masyarakat Muslim; sama ada ia daripada Rasulullah SAW atau bukan daripada Baginda.

Selawat itu sendiri adalah sesuatu yang istimewa. Ia diperintahkan kepada umat Islam malah menjadi rukun atau menyempurnakan ibadah seperti solat dan doa. Rasulullah SAW sendiri mengajarkan cara berselawat kepada para Sahabat apabila mereka bertanya.



Buku ini menghimpunkan lima selawat yang popular dalam masyarakat namun lafaznya bukanlah bersumber daripada hadis Rasulullah SAW. Penulis membawakan pendapat-pendapat ulama daripada kitab-kitab hadis dan tafsir juga pendapat-pendapat ulama muktabar zaman moden.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466






Ilmu Tajwid Ringkas

Ilmu Tajwid Ringkas
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-872-7
KOD: GB 0609
Tebal: 176 m/s
Isi Dalam: 4 warna
Saiz: L: 21.6 cm; H: 29.8 cm; W: 1.2 cm
Berat: 0.515 kg
Terbit;  Feb 2020
Harga: RM 30.00/ 32.00*

​​DETAIL:

Setiap perbahasan dalam ilmu Tajwid disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.


Disertai gambar rajah berwarna, latihan dan panduan untuk membantu pembaca memahami dan menguasai ilmu Tajwid dengan sempurna hingga mampu:
- membaca al-Quran dengan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul, 
- memenuhi hak-hak setiap huruf dan 
- menepati kadar bacaan pendek atau panjangnya serta waqaf dan ibtida’.



**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 



Solat Ketika Keuzuran

Solat Ketika Keuzuran
Penulis: Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-696-9
Kod: GB 0613
Tebal: 184 m/s
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.2 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit: Feb 2020
Harga: RM 25.00/ 27.00*

DETAIL:

Solat adalah kefardhuan yang tidak terlepas daripada setiap yang beragama Islam dan cukup syarat-syaratnya. Maka, mempelajari ilmu dan kaifiat solat adalah wajib bagi umat Islam. Bukan sahaja asas solat, namun kaifiat solat dalam keadaan-keadaan seperti sakit juga mesti diketahui.



Buku ini perlu dimiliki setiap Muslim supaya sentiasa bersedia untuk menunaikan solat dalam keadaan yang sukar dan susah. Penulis menerangkan kaedah solat melalui pendekatan soal jawab dan turut disertakan gambar untuk memudahkan pembaca memahami tatacara solat yang sebenar.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...