.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406
Showing posts with label 1 novel puris. Show all posts
Showing posts with label 1 novel puris. Show all posts

Sep 5, 2019

Mantera Papan Puja

MANTERA PAPAN PUJA
ISBN: 978-983-097-844-4
Kod: BP0048
Penulis: Nida Zahar
Tebal: 136 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.18 kg
Terbit: Sep 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS
Begini ceritanya ...
Menemani rakan sekolej pulang ke kampung, Haryani mendapati dirinya menerobos sempadan alam yang tidak dapat dilihat mata kasar. Bahkan dia tidak mengerti yang sebenarnya ada sesuatu di sebalik keanehan itu.
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (Al-Jinn 72: 6)
***

Merompak demi kemewahan, Kamal tidak menyangka kegiatannya kali ini mengundang angker. Hanya kerana sebentuk cincin pusaka bertatah zamrud, mewah yang disangka, padah yang menimpa.

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman.” (Al- A’raf 7: 27)
Begitulah ceritanya ...
Ada lagi cerita-cerita untuk kau hayati dan ambil manfaat daripadanya. Kisah seram di dalam buku ini sekelam misteri dunia yang satu lagi. Sama ada kau mahu percaya atau tidak, ia sesungguhnya ada. Sejak dulu, sejak masih digelar azazil. Memerhati dengan pandangan penuh tajam, mecari saat-saat lompong tatkala engkau terleka. Itu yang aku tahu.

Tentang Penulis
Nida Zahar adalah seorang penulis yang mempunyai minat yang unik dalam penulisan kisah seram berdasarkan pengalaman sebenar dan kisah kehidupan. Sudah menghasilkan beberapa buah buku, salah satu daripadanya adalah hasil kolaborasi beliau dengan sebuah  kumpulan paranormal tempatan. Beliau juga suka mendapatkan inspirasi penulisan dengan melawat ke tempat-tempat yang menyeramkan serta berkomunikasi dengan masyarakat setempat. 


Nida Zahar mempunyai kecenderungan menulis berdasarkan kepercayaan budaya Melayu dan mitos tempatan dalam persepsi dunia moden.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

Rasukan Buaya

RASUKAN BUAYA 
ISBN: 978-983-097-838-3
Kod: BP0045
Penulis: Iz Zunairah
Tebal: 136 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.2 kg
Harga: RM10.00/RM12.00*

SINOPSIS
Darah memancut keluar. Kepala Salim terpisah dari badan. Haikal memegang kepala Salim dan meneguk darah yang keluar dari tubuh sahabatnya itu.

            Dalam sekelip mata, Haikal bertukar rupa. Kepalanya menjadi panjang. Rahang bergigi tajam pantas tumbuh di bahagian mulut. Lidahnya terjelir. Haikal dapat merasakan satu aliran tenaga memasuki tubuhnya. Urat-urat saraf seakan membengkak. Dia meraung kuat. Malah, malam ini dia kekenyangan darah segar.

            Haikal merangkak keluar gua. Matanya ditala ke kiri dan kanan. Pergerakannya pantas. Dia memandang bulan mengambang di dada langit, lantas membuat lolongan panjang. Burung-burung di sekitarnya berterbangan akibat disergah dek lolongan itu.


Tentang Penulis:
Iz Zunairah merupakan nama pena kepada pemilik nama Zunairah Binti Ismail. Berasal dari Bukit Piatu, Melaka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kini bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pontian, Johor.

    Penulis cerpen di dalam beberapa buah buku antologi seperti Epistolari, Sedetik.doc, Blur dan Kembara Ternoktah Di Syurga.


    Karya ini merupakan karya kedua bersama Buku Puris selepas novelet Seramistik, Pulangkan Kembar Puaka.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

Oct 17, 2018

Sihir Jin Lamashtu

Sihir Jin Lamashtu
ISBN: 978-983-097-758-4
Penulis: Nami Adnan
Kod: BP 28
Tebal: 488 ms
Harga: RM25.00/ RM27.00


SINOPSIS:
Novel Sihir Jin Lamashtu mengisahkan keluarga Adam Syakir yang terpaksa berpindah dari banglo mewah di Kuala Lumpur ke rumah sewa kampung di Sungai Bakap, Pulau Pinang kerana perniagaan bapanya Encik Burhan merosot hingga menjadikan mereka miskin. 

Kehidupan baharu itu menjadikan hubungan keluarga kian rapat berbanding sebelum ini kerana di kampung mereka tidak disibukkan dengan urusan keduniaan. 

Namun, kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana rumah yang mereka sewa itu rupa-rupanya berhantu.

Gangguan yang bermula dari jelmaan seorang budak kecil berbangsa Cina itu telah lama diketahui oleh penduduk sekitar. Sepanjang pengetahuan penduduk, hanya hantu yang berupa kanak-kanak kecil sahaja yang sering mengganggu dan bukannya makhluk besar, hitam lagi menakutkan seperti yang dialami oleh keluarga Adam Syakir.

Tanpa pengetahuan keluarganya, gangguan tersebut sebenarnya ada kaitan dengan Encik Burhan yang telah menjadikan jin sebagai pendamping untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya di Kuala Lumpur hingga menjadi kaya-raya. Encik Burhan membawa keluarganya berpindah setelah perniagaannya jatuh akibat tidak lagi berdamping dengan jin tersebut semenjak isterinya mengandungkan Syafiq yang kini berusia tiga tahun,

            Gangguan jin Lamashtu yang telah wujud sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. itu sebenarnya atas dasar membalas dendam terhadap Encik Burhan yang telah memungkiri janji. Namun, beberapa nyawa telah menjadi korban dengan cara kematian yang sangat mengerikan.

TENTANG PENULIS
Pemilik nama sebenar, Ahmad Syuhaimi Adnan adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP.

Novel Sihir Jin Lamashtu ini merupakan novel kedua beliau bersama dengan penerbit Galeri Ilmu. Penulisan kedua-dua novel beliau adalah dalam genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

Apr 17, 2018

Pulangkan Kembar Puaka

Pulangkan Kembar Puaka
ISBN: 978 - 983 - 097- 717 - 1
Kategori: Fiksyen
Penulis: Kayy Mann / Iz Zunairah /  Mus Nasmian
Kod: BP019
Tebal: 224 ms
Harga: RM17.00/ RM19.00

SINOPSIS:
NOVELET PULANGKAN KEMBAR PUAKA

PULANGKAN
Kisah tentang Haikal, seorang top seller MLM yang kaya raya. Haikal menyertai syarikat Fast Lingkop Corporation dan dia ada segala-galanya yang dikehendaki oleh kebanyakan manusia. Harta yang banyak, rumah besar, kereta mewah, dan menurut definisinya sendiri, dia sudah capai status ‘bebas kewangan’.

   Hidupnya berubah pada suatu pagi apabila dia mendapati segala makanan yang terhidang depan mata semuanya berupa sampah, kotoran, najis, ulat dan segala benda yang menjijikkan. Peliknya, orang lain melihat makanan tersebut sebagai makanan biasa yang lazat dan berkhasiat. Pada setiap malam juga dia dihantui oleh mimpi-mimpi yang menakutkan.

   Sebelum kejadian pelik itu, Haikal bertemu dengan Nazri. Berbekalkan kebolehannya bercakap dan meyakinkan orang, Haikal berjaya mempengaruhi Nazri untuk menyertai Fast Lingkop Corporation.
   Haikal dihantui rasa bersalah bukan hanya kepada Nazri tetapi juga kepada mereka yang  berjaya dipujuk untuk menyertai Fast Lingkop Corporation. Mengapa semua ini berlaku?

KEMBAR
Azmira, seorang pegawai konservasi penyu, amat komited menjalankan tugas memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan buaya tersiar di dalam akhbar tempatan.
   Ketidakpercayaan Azmira dengan sejarah keluarganya sendiri telah merangsangnya untuk membuat kajian. Namun, semakin dia memikirkan segala kejadian, semakin kerap peristiwa-peristiwa aneh menimpa dirinya. Sang buaya pula bagaikan mahu menyampaikan sesuatu kepada Azmira. Lantas, bagaimanakah mereka berkomunikasi?
   Sedikit demi sedikit hijab kekuasaan Allah terhadap penciptaan makhluk mula tersingkap apabila dia menerima sebuah catatan lama daripada datuknya, Tok Senin. Apakah isi kandungan catatan itu? Mengapakah Azmira yang dipilih menerimanya?

PUAKA
Suatu malam rumah Wak Aji dikunjungi tetamu yang tidak diundang meminta pertolongan. Katanya bayinya sakit dan diganggu oleh sesuatu. Ragu-ragu namun tidak tega untuk membiarkan tetamu itu begitu sahaja, Wak Aji cuba membantu. 

   Tanpa disangka, niat baik itu memakan diri. Keluarganya pula dihantui puaka durjana yang nekad mahu membalas dendam.

   Mujurlah anak bongsunya Zabaan mempunyai ilmu rawatan syifa khusus untuk melawan jembalang dan syaitan.
 Mungkinkah makhluk berambut panjang dengan lidah terjelir yang terlihat bertenggek atas kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan ini adalah puaka yang sama menggangu Wak Aji dan keluarganya?



TENTANG PENULIS:
KAYY MANN
Pemilik nama sebenar Kamariah Osman ini merupakan pemegang ijazah Perakaunan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), juga pemegang sarjana Forensic Accounting & Financial Criminology dari UiTM. Aktif menulis untuk kolum Belajar Penuh Gaya, majalah Fokus SPM. Merupakan penulis buku Gadis Komik terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

IZ ZUNAIRAH
Iz Zunairah merupakan nama pena kepada pemilik nama Zunairah Binti Ismail. Berasal dari Bukit Piatu, Melaka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kini bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pontian, Johor. Penulis cerpen di dalam beberapa buah buku antologi seperti Epistolari, Sedetik.doc, Blur dan Kembara Ternoktah Di Syurga.

MUS NASMIAN

Nama sebenar adalah Musleha Nasmian dan memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya pertama beliau adalah sebuah skrip drama Hang Jebat Derhaka juga menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandan. Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat – Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri cerita hantu.

Apr 5, 2018

Magna Sayap Hitam

Judul: MAGNA SAYAP HITAM
ISBN: 978 - 983 - 097- 704 - 1
Kod: BP018
Kategori: Fiksyen
Penulis: Iwan Reaz
Tebal: 312 ms
Harga: RM18.00/ RM20.00

SINOPSIS

Novel MAGNA SAYAP HITAM membawakan kisah Zettrion, sebuah dunia tanpa warna dan tiada undang-undang yang terpakai di situ melainkan amalan sihir yang berleluasa. Pertarungan sentiasa berlaku. Manusia yang lebih kuat dan kejam akan dihormati berdasarkan pada pangkat yang tertera pada lengan manusia di Zettrion ini.

   Efix, manusia putih yang besar dan kuat tetapi pecinta kedamaian. Dan kerana dia tidak seperti manusia lain dan sikapnya yang berbeza itu, Efix dibenci oleh keluarganya sendiri. Impian Efix adalah untuk berhijrah ke planet Bumi kerana manusia di Zettrion ini berasal dari planet Bumi. Bagi Effix, Bumi punyai keindahan dan keamanan yang didambakannya. 

Hasratnya itu semakin bergelora apabila dia termakan dengan hasutan Izze bahawa manusia yang paling kejam dan yang mencapai pangkat paling tinggi akan ditumbuhi Sayap Hitam yang membolehkan mereka terbang ke planet Bumi. Akhirnya Efix mula melakukan kejahatan demi kejahatan... 

Berjayakah Efix merealisasikan cita-citanya itu?




TENTANG PENULIS:

Iwan Reaz merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari Kajang, Selangor. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari Temple University. Kini bertugas sebagai Penolong Pengurus di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Penulis buku Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan dan kumpulan cerpen Hologram. Turut menyumbang karya eceran berbentuk puisi dan cerpen untuk disiarkan dalam surat khabar dan majalah tempatan seperti Mingguan Malaysia, Sinar Harian dan Tunas Cipta.

Mar 16, 2018

Keris Long Leh

Judul: Keris Long Leh
ISBN: 978 - 983 - 097- 705 – 8
Kategori: Fiksyen
Penulis: Syauqie MK
Kod: BP017
Tebal: 248 ms
Harga: RM17/19



SINOPSIS

Novel KERIS LONG LEH mengisahkan Aminnuddin telah meminjam sebilah keris daripada bapa saudaranya bagi tujuan kajian dan mengumpul bahan untuk sebuah draf manuskrip novel. 

Amin telah mengingkari pesanan pak longnya agar tidak membuka kain kuning yang membalut keris tersebut. Keris tersebut sepatutnya dipulangkan kepada pak longnya sebelum tengah malam Jumaat iaitu malam tersebut tetapi Amin terlupa.

Sejak malam itu pelbagai perkara pelik telah terjadi. Penduduk taman perumahannya mula bercakap yang Amin ada membela saka. Budak-budak yang mengaji dengan isterinya juga takut untuk datang mengaji kerana ternampak ada jembalang yang menyerupai binatang berbulu hitam atas bumbung rumahnya. Anaknya Icad sampai pengsan dalam jamban dan anak sulungnya pula di jumpai tidur di tepi jamban. Kucing belaan keluarganya turut mati, pokok-pokok yang ditanam isterinya semuanya mati. Malah, nasi dan gulai yang baru dimasak isterinya juga basi.


Gangguan datang silih berganti. Hidupnya mulai kacau. Keris pusaka tak bertuan menjadi rebutan. Nyawanya kini terancam!

Beliau sedar waris sebenar perlu dicari bagi merungkai misteri yang menyelubunginya dan semua ini terjadi sejak dia meminjam keris daripada pak longnya itu. Adakah semua yang berlaku ini disebabkan keris tersebut dan apa ada dengan keris Long Leh itu?

TENTANG PENULIS:

SYAUQIE MK berasal dari Pendang, Kedah - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat. Beliau cenderung kepada genre thriller dan judul 'TERORIS, AKU BUKAN TERORIS adalah karya pertama terbitan 2016. Beliau seterusnya terlibat dalam komplot penulis untuk menghasilkan novelet ‘KRISIS1: Lari Manap Lari’ pada tahun 2017. Penulis juga turut menyumbang dalam projek anekdot novel komedi-santai dan kritis bersama tiga penulis lain dalam ‘GENG BUDAK SENGAL’ dan ‘MANA TUNANG AKU’.

Jan 30, 2018

Pazuzu

Judul: Pazuzu
ISBN: 978-983-097-700-3
Penulis: Nami Adnan
Kod: BP16
Kategori: Fiksyen
Tebal: 256 ms
Harga:
RM 17/RM19*




SINOPSIS

Novel PAZUZU mengisahkan Jeri, pelajar di Fakulti Undang-undang, Universiti Darul Ridzuan merupakan seorang yang agnostik iaitu seorang yang sering mempertikaikan perkara-perkara ghaib dalam Islam. Perkara ghaib itu lebih menjurus kepada kewujudan jin dan syaitan.

Demi menegakkan dogmanya, dia sanggup menjalankan upacara hitam hanya untuk membuktikan bahawa makhluk-makhluk ghaib itu tidak wujud. Namun, tanpa disedari Jeri, dia sebenarnya telah berjaya menyeru sesuatu yang sangat tua dan sangat dahsyat dari zaman silam. Ia sesuatu yang bersifat kesyaitanan yang disembah dan dipuja sebagai tuhan penyelamat oleh manusia dahulu kala.

Jeri menerima padah daripada perlakuannya itu apabila dia mulai berhadapan dengan gangguan-gangguan yang menjadikan hidupnya tidak keruan. Masa dirasakan Jeri kian suntuk kerana dia tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berhadapan dengannya ketika itu. Apabila menyedari yang diserunya itu menuntut dirinya sebagai korban, semuanya telah terlambat. Darahnya harus dibayar dengan nyawanya.



TENTANG PENULIS


Pemilik nama sebenar, AHMAD SYUHAIMI ADNAN adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP. Novel ini merupakan kali pertama beliau menulis genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466
..................................................................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...