.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 2, 2019

Dia Tinggalkan Tanda

DIA TINGGALKAN TANDA
ISBN: 978-983-097-787-4
Kod: GB554
Penulis: Roza Roslan
Tebal: 312 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 
Berat: 0.41 kg
Terbit: Feb 2019
Harga: RM30.00/RM32.00*


SINOPSIS
Dia Tinggalkan Tanda ditulis berdasarkan kepada perjalanan pebagai kisah hidup penulis sendiri. Ia disampaikan dengan hati dan perasaan untuk mengaitkan dengan tanda-tanda kebesaran dan kemuliaan Allah SWT.

Secara hakikatnya, ia adalah juga kisah kita semua. Maksudnya, pelbagai kisah yang dipaparkan akhirnya mengajar kita supaya melatih diri bersabar, redha dan bersyukur apabila diuji.


Tentang Penulis:
Roza Roslan dilahirkan di Segamat, Johor. Isteri kepada Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Roza pernah menjawat jawatan pensyarah UiTM sebelum bersara pilihan mengikut suami berhijrah ke Madinah. Roza telah dilantik sebagai pensyarah pengurusan di Universiti Taibah Madinah.
Kini, beliau menjadi penulis sepenuh masa dan sesekali menerima undangan untuk menyampaikan motivasi kepada kaum wanita. Beliau juga kerap diundang untuk mengadakan tazkirah dan demo masak nasi Arab (gidra dan ozzie), satu seni yang dipelajari semasa bermukim di Madinah.
Lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UiTM ini pernah menimba pengalaman di Dundee, Scotland berkhidmat sebagai penasihat pelanggan di salah sebuah gedung perniagaan di sana. Di Wales, beliau bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan di Littlewoods Pte. Ltd. United Kingdom.
Roza merupakan penulis buku-buku Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi, Travelog Kehidupan Abadi, Kandil di Kaki Gunung, 50 Tip Motivasi Haji, Ilmu Kehidupan, Bukan Sekadar Resipi, Aroma antara Benua, Perca, Nota Pasca Haji, Tanyalah Diri, Hadiah Buat Suami, Amirul Budak Sudan, Biar Berbekas, Di Sebalik Niqab dan Rumah kecil di Jabal Uhud.
Rumah kecil di Jabal Uhud telah dikelaskan oleh MPH Bookstore sebagai The Best of 2014 dengan menyebut, Saluting the Finest Title 2014. Buku Bukan Sekadar Resipi dijadikan tema penerbitan melalui TV Al-Hijrah sebanyak 13 episod pada bulan Ramadan 1435H (2014). Roza juga pernah muncul di pelbagai program terbitan RTM, TV3, TV9 dan TV Al-Hijrah. Beliau merupakan kolumnis majalah ANIS dan pernah menjadi kolumnis mingguan – setiap hari Jumaat – di akhbar KOSMO


**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 

 

 

 

 

 






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...