.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Nov 10, 2025

Jalan Kesejahteraan: 35 Adab Islam Seharian

Jalan Kesejahteraan: 35 Adab Islam Seharian
ISBN: 978-629-7716-75-6
Kod: GB0903
Penulis: Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Terjemahan: Ustaz ‘Abdullah Thahir bin Aiyub al-Qadahi)
Tebal: 208 ms
Saiz: 13.5cm X 21.5cm
Berat:
Harga: RM25 (Anggaran)

SINOPSIS

Buku Jalan Kesejahteraan: 35 Adab Islam Seharian ialah sebuah karya yang sarat dengan panduan akhlak dan tatasusila Islam yang diterjemahkan daripada karya agung ulama besar, Min Adab al-Islam karangan al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-Fattāh Abū Ghuddah رحمه الله

Terjemahan ini disusun dengan teliti oleh Ustaz Abu Zahrah ‘Abdullah Thahir bin Aiyub al-Qadahi bagi memudahkan masyarakat memahami dan mengamalkan nilai-nilai adab Islam dalam kehidupan seharian.

Karya ini menyingkap keindahan Islam melalui 35 bab adab yang berkait langsung dengan rutin harian seorang Muslim — daripada cara masuk dan keluar rumah, memberi salam, meminta izin, menghormati tetamu dan jiran, berinteraksi dalam majlis, hingga kepada adab menziarahi orang sakit dan menghadiri majlis perkahwinan. 

Setiap bab dihuraikan berdasarkan dalil daripada al-Qur’an, hadis Nabi serta pandangan ulama salaf, menjadikannya panduan praktikal yang berpaksikan wahyu dan warisan ilmiah Islam.

Disertai komentar penterjemah dan gaya bahasanya lembut, buku ini adalah sebuah risalah tarbiah jiwa dan panduan adab Islami untuk diamalkan oleh setiap Muslim. Jalan Kesejahteraan ialah sebuah panduan praktikal untuk menelusuri keindahan akhlak Islam. Ia menghidupkan semula nilai-nilai murni yang kian pudar dalam arus kemodenan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...