.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Sep 30, 2019

Siri Alam Haiwan


SIRI ALAM HAIWAN
Pengarang : Zulina Hassan
Tebal : 24 muka surat
Saiz: L: 17.6 cm; H: 25 cm;
Berat: 0.1 kg
Terbit: Okt 2019
Harga : RM 6.00 / RM 8.00*

KELEBIHAN SIRI INI

Siri ini mengentengahkan konsep cerita dunia haiwan yang amat diminati oleh kanak-kanak. 

Ia sesuai dibaca oleh semua peringkat usia kanak-kanak termasuk kanak-kanak tadika kerana teksnya diwarna mengikut suku kata. 

Ini sekaligus dapat membantu mereka menyebut perkataan mengikut warna yang diberikan.

PENGUIN YANG COMEL
Kod: GB0588
ISBN : 978-983-097-860-4

Sinopsis
Tiba-tiba Mama Pen dan Papa Pen melihat seekor burung besar terbang rendah di atas kepala mereka.

“Och!” Mama Pen menjerit. Penguin-penguin lain juga menjerit. Mama Pen dan Papa Pen mendakap Pen erat-erat. Mereka tahu burung besar itu sedang kelaparan dan mencari anak penguin untuk dijadikan makanan.

Selamatkah Pen daripada serangan burung besar? Ikuti kisah yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.





NGAUMAN SI RAJA RIMBA
Kod: GB0587
ISBN : 978-983-097-861-1

Sinopsis
“Kenapa papa tidak pergi berburu?” Tala menyoal bapanya.

Papa Leo ketawa. “ Kalau papa yang berburu, tentu kita tidak dapat makan nanti,” kata Papa Leo.

“Mengapa pula? Badan papa besar dan kuat. Rupa papa pula... menggerunkan! Apabila kuda belang melihat papa, ia boleh pengsan. Kalau sudah pengsan, mudahlah kita menangkapnya,” kata Tuma.
Mengapakah Papa Leo tidak pergi berburu? Ikuti kisah yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.




ZIRAFAH BERLEHER PANJANG
Kod: GB0591
ISBN : 978-983-097-862-8

Sinopsis
“Lari Jiji! Lari!!” seru Mama Jiji. Tiga ekor singa betina sedang mengejar mereka.

Jiji tidak mampu bertindak pantas kerana dia masih kecil.

“Ibu... tolong saya!” Jiji menjerit. Seekor singa betina semakin hampir dengannya. Jiji cuba menendang sinag itu, tetapi tendangannya begitu lemah.

Berjayakah Jiji menyelamatkan dirinya? Ikuti kisah yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.




KANGGARU YANG KUAT BERLARI
Kod: GB0589
ISBN : 978-983-097-863-5

Sinopsis
Joey leka melihat bunga-bungaan dan serangga-serangga kecil yang berterbangan. Dia tidak sedar yang dia sudah berada jauh dari kumpulannya.

Tiba-tiba, suasana hening pagi diganggu oleh bunyi tembakan. Joey terkejut. Tanpa berlengah, Joey meluru ke arah ibunya.

Suasana begitu kelam-kabut. Semua kanggaru melompat dalam keadaan bertempiaran.

Joey mencari-cari ibunya. Dalam keadaan kelam-kabut itu, Joey telah dilanggar oleh seekor kanggaru betina. Joey terpelanting. Joey terseringai kesakitan.

Bagaimanakah nasib Joey? Ikuti kisah yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.





ANAK GAJAH YANG NAKAL
Kod: GB0590
ISBN : 978-983-097-859-8

Sinopsis
“Anak gajah datang! Selamatkan diri maing-masing!” kata seekor pelanduk kepada kawan-kawannya. Mereka lari bertempiaran.
Dua ekor tupai yang sedang mengutip kekacang di atas tanah, segera lari memanjat pokok.
Seekor merak berlari ke tepi apabila meliaht Eli meluru ke arahnya. Merak yang terkejut itu mengembangkan ekornya.

“Eli! Eli!” Mama Eli terus mengejar Eli dari belakang.

“Eh, di mana Eli?” Mama Eli tertanya-tanya apabila melihat Eli hilang secara tiba-tiba di hadapannya.
Ke manakah hilangnya Eli? Ikuti kisah yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.






**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466


40 Kemuliaan Dan kehebatan Rasulullah

40 KEMULIAAN & KEHEBATAN RASULULLAH
ISBN:  978-983-097-854-3
Penulis: Ustaz Mohd Hazri bin Hashim al-Bindany
Kod: GB0586
Tebal: 120 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.7 cm
Berat: 0.23 kg
Terbit: Nov 2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS

Rasulullah SAW ialah manusia terbaik dan juga yang paling sempurna. Di mana sahaja posisi Baginda; baik sebagai suami, bapa, sahabat, pemimpin mahupun ketua negara, Baginda diakui sebagai yang terbaik dan terhebat.

Sebagai umat Baginda yang mengharapkan syafaatnya, wajiblah kita mengetahui setiap kemuliaan dan kehebatan Rasulullah SAW seperti yang terakam dalam al-Quran dan juga hadis.

Buku ini merupakan karya terjemahan daripada kitab berbahasa Arab yang berjudul Bidayatus Sul fi Tafdhil ar-Rasul yang ditulis oleh Imam ‘Izzuddin bin Abdus Salam. Ia menghimpunkan 40 kemuliaan dan kehebatan Baginda berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis, serta atsar para Sahabat.


KANDUNGAN
Muqaddimah Penterjemah
Sanad Kitab Bidayatus Sul Fi Tafdhil Ar-Rasul
Pengenalan Imam Al-‘Izz Ibnu Abdus Salam
Muqaddimah Imam ‘Izzuddin
Pertama: Penghulu Sekalian Manusia
Kedua: Pemegang Panji-panji Kemuliaan
Ketiga: Ketua Para Nabi dan Rasul
Keempat: Diampuni Semua Kesalahannya
Kelima: Orang Pertama Memberi Syafaat
Keenam: Mengutamakan Umat daripada Kepentingan Peribadinya
Ketujuh: Allah Bersumpah Demi Umur Baginda
Kelapan: Panggilan yang Mulia
Kesembilan: Al-Quran Mukjizat Sepanjang Zaman
Kesepuluh: Interaksi Batu dan Kayu
Kesebelas: Air Terpancar dari Tangan
Kedua Belas: Merawat Orang Buta
Ketiga Belas: Ajarannya Menghidupkan Hati yang Mati
Keempat Belas: Umatnya Separuh daripada Penduduk Syurga
Kelima Belas: Diutuskan untuk Sekalian Umat
Keenam Belas: Munajat di Sidrah Al-Muntaha
Ketujuh Belas: Umat Terakhir Tetapi Terawal di Akhirat
Kelapan Belas: Pemimpin yang Mutlak
Kesembilan Belas: Semua Makhluk Berhajat kepadanya pada Hari Kiamat
Kedua Puluh: Maqam yang Tinggi
Kedua Puluh Satu: 70 Ribu daripada Umatnya Masuk ke Syurga Tanpa Hisab
Kedua Puluh Dua: Dianugerahkan Al-Kautsar dan Al-Haudh
Kedua Puluh Tiga: Umat Terakhir Tetapi Mendahului
Kedua Puluh Empat: Dihalalkan untuknya Harta Ghanimah
Kedua Puluh Lima: Akhlak Terpuji
Kedua Puluh Enam: Kepelbagaian Wahyu Allah
Kedua Puluh Tujuh: Kesyumulan Al-Quran
Kedua Puluh Lapan: Ganjaran Pahala yang Besar Buat Umatnya
Kedua Puluh Sembilan: Pilihan Terbaik
Ketiga Puluh: Rahmat Buat Sekalian Alam
Ketiga Puluh Satu: Keunggulan Akhlak dan Peribadi
Ketiga Puluh Dua: Seorang Budiman dan Lemah Lembut
Ketiga Puluh Tiga: Tegas Terhadap Orang Kafir
Ketiga Puluh Empat: Amat Menyayangi Umatnya
Ketiga Puluh Lima: Bersungguh Menasihati Umat
Ketiga Puluh Enam: Umatnya Menjadi Hakim yang Adil
Ketiga Puluh Tujuh: Umatnya Terpelihara daripada Bersepakat dalam Kesesatan
Ketiga Puluh Lapan: Al-Quran Kitab yang Terpelihara
Ketiga Puluh Sembilan: Penerimaan Amalan Umatnya dalam Rahsia Allah
Keempat Puluh: Jawaami‘ Al-Kalim

Kemuliaan Baginda SAW Juga Mengatasi Kemuliaan Para Malaikat

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 



Cikgu Multipurpose

Cikgu Multipurpose
ISBN: 978-983-097-850-5
Kod: GB0585
Penulis: Amla Mat Rawi
Tebal: 208 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.14 cm
Berat: 0.36 kg
Terbit: Okt 2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
CIKGU MULTIPURPOSE bermaksud seorang guru yang kerjanya bukan sahaja masuk kelas, buka buku dan mengajar akademik kepada anak-anak murid tetapi ada lebih seribu tugas lain daripada itu. Satu tugas hakiki bersama sejuta tugas lain yang menanti.

Cerita-cerita ini semuanya kisah benar yang diadun secara santai tapi sampai. Berlaku di sekeliling kita. Bukan kisah penulis seorang tapi ini kisah kita semua. 

Cerita-cerita di dalam buku ini bukan cerita kosong. Ada ibrah, pengajaran dan dakwah di dalamnya.

Cikgu Multipurpose mengajak pembaca menyelami suka duka guru dan anak-anak di sekolah rendah dengan segala kerenah ujian kehidupan. Ada yang positif boleh kita ikut jadikan tauladan, ada yang negatif, boleh kita buat sempadan. Ada yang kita tidak sangka – oh, macam itu pun ada!



Sahabat, sebagai guru, emosi kita macam roller coaster semasa bekerja. Ada turun naik. Tapi lebih banyak turun, bukan? 

Jadi, buku ini diharap dapat memberi kata-kata semangat bahawa kerjaya guru ini kita boleh laluinya dengan bersahaja dan teruja setiap hari! Sebab kita adalah segalanya bagi mereka (murid). 

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

Anak Gajet

ANAK GAJET
ISBN: 978-983-097-851-2
Kod: GB0584
Penulis: Najmi Nawawi
Tebal: 144 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit: Sept 2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS

Kita hidup di zaman berbeza, cara parenting dulu dan sekarang perlu diadaptasi mengikut kesesuaian dan kepentingan semasa. Tidak dinafikan bagaimana kita dididik dulu akan mempengaruhi cara didikan kita kepada generasi hari ini. Namun, itu tidak bermakna kita tidak mampu bawa perubahan.

Jika anda pernah dipukul kasar ibu bapa masa kecil dan masih ingat sampai hari ini, itu bukan kenangan manis, tetapi trauma yang diindahkan.

Diindahkan dengan kata-kata seperti pukul kerana sayang, pukul kerana aku degil sangat, pukul kerana itu cara terbaik, sebab kena pukullah aku jadi manusia hari ini, dan lain-lain. Namun, ia tetap tidak dapat menutup hakikat bahawa ia hasil daripada trauma, cuma diindahkan oleh minda manusia yang kompleks yang cuba mengatasi trauma untuk meneruskan kehidupan.

Menyedari hakikat teknik parenting dulu lebih banyak memberi trauma kepada anak-anak berbanding kebaikan bukanlah bermaksud untuk kita berdendam. Tetapi ia lebih kepada mengakui hakikat kebenaran dan kita perlu sedar kitaran ini perlu dihentikan dan tidak berterusan pula untuk generasi akan datang. Semuanya perlu bermula dengan parenting yang dilengkapkan dengan ilmu.


Perubahan yang menyeluruh dan keutamaan perlu diberikan kepada para ayah sebagai ketua keluarga. Jadi, dalam perkongsian santai dalam buku aku ini, kau akan dapat lihat bahawa ia terbahagi kepada dua bahagian.

1.      Hubungan kepada pasangan
2.      Hubungan kepada anak-anak

Nasihat saya, orang lelaki tidak perlu malu untuk belajar hal parenting. Ia tidak menjatuhkan kejantanan anda sedikit pun. Bahkan dengan ilmu inilah akan mengangkat darjat anda untuk menjadi lelaki yang lebih baik dan berguna untuk keluarga yang anda bina.

UNTUK SIAPAKAH BUKU INI?

1.      Untuk mereka yang belum lagi berkahwin, namun sudah mula berbunga hati untuk berkahwin. Ilmu perlu disediakan terlebih dahulu.
2.      Untuk orang yang mahu bagi hadiah perkahwinan buat kenalan mereka. Apa salahnya kali ini bagi buku pula. Ilmu itu suatu hadiah yang sangat bernilai.
3.      Untuk yang baru mendirikan rumah tangga dan mempunyai impian untuk memiliki cahaya mata atau yang sedang menunggu kelahiran si comel.
4.      Untuk yang sudah memiliki ramai anak namun masih tidak pernah kenal erti penat untuk belajar dan memperbaiki diri untuk beri yang terbaik pada anak-anak.
5.      Untuk pasangan yang sering menghadapi kesukaran dalam mengawal emosi dan sering marah pada anak. Sedangkan mereka tahu kesan marah tidak elok.
6.      Untuk mereka yang masih tercari-cari teknik parenting terbaik untuk anak-anak mereka. Sering keliru dengan kata-kata orang.

7.      Untuk ibu bapa yang mahu memastikan anaknya dibesarkan sesuai dengan keperluan zaman moden yang pastinya tidak sama dengan dulu.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...