.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 22, 2024

36 Adab Terhadap Al-Quran

36 Adab Terhadap Al-Quran
ISBN: 978-629-7556-73-4
Kod: GB0794
Penulis: Ustaz Hazri Hashim al-Bindany
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm (Portrait)
Jumlah ms: 152 muka surat
Content: Simili 80gsm / 1C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat: 0.3 kg
Harga: RM20.00/RM22.00*

 Sinopsis:

36 ADAB TERHADAP AI-QURAN yang merupakan terjemahan dan ringkasan kitab Ta'zim al-Quran al-Karim susunan Al-'Allamah asy- Syaikh As'ad Muhammad Said as- Saghirjiy, membicarakan satu ilmu daripada beberapa perbahasan yang selayaknya diberi tumpuan dalam konteks keimanan dan kebenaran Al-Quran, penghormatan dan cara beramal dengannya. Hal ini sesuai dengan tuntutan memuliakan, mengagungkan dan mengamalkan al-Quran.

Kitab ini mengumpulkan huraian tuntas berdasarkan al-Quran. hadis, atsar dan qiyas tentang adab yang dituntut ke atas kaum Muslimin terhadap al-Quran al-Karim. Terjemahan dan ringkasan kitab ini mengambil kira isi-isi penting dengan tidak mengulang hadis-hadis yang sama atau hampir sama pada maksud.

Antara perbahasan menarik:

- Adab mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.

- Menghadirkan hati ketika membaca al-Quran.

- Hukum mewaqatkan bacaan kerana hendak bercakap.

- Fadilat surah-surah tertentu.

- Hukum meletakkan sesuatu di atas mashaf al-Quran, dan lain-lain.

 


USTAZ MOHD HAZRI HASHIM AL-BINDANY

berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau aktif menyampaikan kuliah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan merupakan Penasihat Pertubuhan Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab- kitab turats di Hulu Selangor. 36 Adab Terhadap Al-Quran merupakan karya kesebelas beliau terbitan  Galeri limu Sdn. Bhd.









Mar 14, 2024

Indah Dan Ajaibnya Rezeki

Indah Dan Ajaibnya Rezeki
Penulis: Muhd Kamil & Rakan-Rakan
ISBN: 978-629-7556-71-0
Kod: GB0791
Kandungan: Warna (4c)
Saiz: 13.5 cmX 21.5 cm
Tebal: 464 ms
Berat:0.7kg
Harga: RM40.00/RM42.00 (S/S)

SINOPSIS

Indah dan Ajaibnya Rezeki – sebuah naskhah pelbagai kisah gabungan 30 orang penulis dari pelbagai latar. Ada tokoh terkenal, sasterawan, penulis prolifik, pendakwah selebriti, pensyarah, pesara, ayah dan ibu serta mereka yang tidak pernah dikenali di mata umum.

Berbicara tentang rezeki, kebanyakan manusia hanya melihat dari sudut harta benda tanpa menyedari bahawa seluruh kehidupan itu sebenarnya adalah rezeki anugerah daripada Allah SWT.

Ada rezeki yang berbentuk fizikal yang boleh dipegang dan dilihat seperti wang ringgit, dan ada rezeki yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dirasai dengan deria pancaindera seperti kesihatan, kepandaian dan peluang.


Namun yang paling ajaibnya apabila rezeki muncul secara tidak disangka-sangka. Kelihatan ajaib dan mustahil bagi akal kita, namun tidak mustahil bagi Allah kerana semuanya adalah kurniaan-Nya.

Dalam naskhah ini, setiap penulis mencatatkan pelbagai peristiwa yang terkait dengan rezeki yang kelihatan kecil dan terpinggir tetapi signifikan dalam hidup ini. Moga ia menjadi pedoman kepada khalayak untuk muncul sebagai hamba yang bersyukur di sisi-Nya.










Unta Menjadi Hakim (Siri Mukjizat 3 )

Bakal Terbit
Unta Menjadi Hakim (Siri Mukjizat 3)
Penulis: Nurul Najwa
ISBN: 978-629-7556-69-7
Kod: GB0790
Tebal: 88 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat: 0.3 kg
Harga: RM13.00/RM15.00*

Mukjizat merupakan perkara luar biasa yang Allah SWT kurniakan kepada para nabi dan rasul. Ia bertujuan untuk membuktikan kebenaran ajaran yang mereka bawa dan melemahkan orang-orang yang menentang mereka.

Buku ini mengandungi kisah beberapa peristiwa keajaiban yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW. Dengan gaya penulisan yang santai dan ilustrasi yang menarik dapat difahami dengan mudah oleh kanak-kanak. Moga kisah-kisah yang dikongsikan di dalam buku ini mampu memberikan pengajaran dan iktibar tentang pahit getir perjalanan Rasulullah SAW untuk menyampaikan dakwah kepada umatnya.


Antara kisah yang terkandung dalam buku ini adalah:

- Paha Kambing Berkata-kata

- Bukit Yang Bergoncang Patuh Kepada Nabi SAW

- Tangan Terputus Bersambung Semula







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...