.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Dec 14, 2023

Al-Adab Al-Mufrad (Jilid 3)

Al-Adab Al-Mufrad (Jilid 3)
Penulis: Al-Imam Al-Bukhari
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-630-3
Kod: GB 0786
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 264 m/s   
Teks: 1C
Berat: 0.4 kg
Harga: RM 27.00/ 29.00

DETAIL:

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid ketiga) menghimpunkan  240 hadis Rasulullah SAW berkaitan doa-doa Baginda, adab-adab antara tetamu dengan tuan rumah, serta ucapan dan kata-kata yang baik. 

Antara hadis yang terdapat dalam jilid ketiga ini:

·  Perihal Doa: Doa ketika hujan lebat, orang yang berdoa dengan doa orang lain, berdoalah dengan kesungguhan, mendoakan saudara tanpa kehadirannya, mengangkat tangan ketika berdoa, berdoa agar dipanjangkan umur, mendoakan pembalasan ke atas orang yang menzaliminya, doa-doa Nabi

·   Perihal Selawat;  Selawat ke atas Nabi, orang yang tidak berselawat ketika mendengar nama   Nabi disebut,

·     Perihal tetamu; Mengistimewakan tetamu, Memuliakan tetamu dan melayaninya sendiri, Melayan tetamu selama tiga hari, Menghidangkan makanan untuk tetamu, jangan sampai  membebani tuan rumah

Lain-lain Hadis:

·        > Petunjuk dan jalan yang baik

·       >  Ghibah terhadap mayat

·        > Ketika mendapat berita yang belum pasti 

·      >   Lagu dan permainan yang melalaikan

·        > Menggantikan nama dengan nama yang lain

·        > Hal yang makruh ketika berangan-angan 

·        Dan banyak lagi.












Infaq: Bekalan Menuju Syurga

BAKAL TERBIT
Infaq: Bekalan Menuju Syurga
ISBN: 978-629-7556-64-2
Penulis: Dato' Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar
Kod: GB0781
Tebal: 216 muka surat
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm (Portrait)
Kandungan: Simili 70 gsm / 4C
Berat: 0.35 kg
 Harga: RM28.00 / RM30.00*

Sinopsis

Infaq: Bekalan Menuju Syurga merupakan sebuah naskhah yang mengilhami secara mendalam tentang kekuatan memberi dalam Islam dan kehidupan sehari-hari. Buku ini menyoroti keagungan dan keberkahan dalam membelanjakan sebahagian harta, menggali makna hakiki di sebalik setiap sumbangan yang diberikan dengan ikhlas. 

Dengan mengemukakan hujah dari nas-nas al-Quran dan hadis, serta pandangan yang luas dan menggugah hati, karya ini mengajak pembaca untuk memahami esensi dari konsep infaq dan bagaimana langkah-langkah kecil dapat membuka jalan menuju keberkahan serta kebahagiaan sejati. Melalui ulasan yang memikat, buku ini menjadi panduan bagi siapa pun yang ingin menjelajah kekayaan spiritual infaq dalam perjalanan mereka menuju syurga.



DATO’ SYEIKH AHMAD FAISOL HAJI OMAR

Anak kelahiran Kampung Padang Lumat, Yan, Kedah. Baru sahaja bersara, selepas berkhidmat dan meraih pengalaman luas dalam pentadbiran agama Islam selama 32 tahun di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Selain aktif menyampaikan ceramah dan kuliah khususnya di seluruh Negeri Kedah, beliau juga aktif menyampaikan ilmu melalui media sosial, khususnya Facebook, YouTube dan TikTok. Telah menghasilkan banyak karya tulis, yang kebanyakannya diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Infaq: Bekalan Menuju Syurga merupakan titisan pena kelapan beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...