.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Apr 3, 2024

Fadilat Memanah dan Berkuda Edisi Kemas Kini

Fadilat Memanah dan Berkuda Edisi Kemas Kini
ISBN: 978-629-7556-62-8
Kod: GB0795
Penulis: Syaikh Sufyan Noor al-Banjari al-Makki
Saiz: 13.5cmX 21.5cm (Portrait)
Jumlah ms: 264 muka surat
Content: Simili 70gsm / 4C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat: 0.5 kg
Harga: RM30.00/RM32.00*

Sinopsis

Semakin ramai mula mendekati dan melibatkan diri dalam aktiviti memanah dan berkuda hingga menjadi fenomena. Atas kesedaran itulah, kitab ini dihasilkan bagi memberi maklumat akan kepentingan riadah sunnah ini, dan untuk menerangkan kepada masyarakat bahawa aktiviti memanah dan berkuda bukan sekadar riadah biasa, tetapi satu amalan yang bernilai di sisi Allah SWT.

Kitab Fadilat Memanah dan Berkuda Edisi Kemas Kini yang disusun oleh Fadilatus Syaikh Sufyan Noor al-Banjari al-Makki ini merupakan himpunan petikan ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis serta pandangan ulama mengenai riadah memanah dan berkuda. Kitab ini dibahagikan kepada tiga bab utama iaitu:

- Fadilat Memanah

- Fadilat Memelihara Kuda dan Berkuda

- Perbahasan tentang Hukum-hakam dan Manfaat-manfaat Memanah dan Berkuda

Kitab ini juga dilengkapi gambar-gambar berwarna; antaranya foto jenis-jenis kuda, warna-warna kuda yang mempunyai kelebihan tersendiri, tanda-tanda pada muka dan kaki kuda, serta foto bahagian tertentu kuda yang ada isyarat hadis mengenainya.

Tentang Penulis

Syaikh Sufyan Noor Marbu al-Banjari al-Makki merupakan ulama kelahiran Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Seawal usia 5 tahun, selepas keluarga beliau berhijrah ke Makkah, beliau telah mula menghafal Al-Quran di Masjidil Haram. Pernah belajar di Madrasah As-Saulatiyyah al-Hindiyyah, Makkah sehingga ke peringkat Aliyyah, di samping berkhidmat selama 3 tahun kepada Musnid ad-Dunya al-‘Allamah Syaikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani. Turut menimba ilmu di Pakistan, Mesir dan juga ke Yaman di bawah didikan Al-‘Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz. Berpengalaman mengajar di Pondok Pesantren Al-Fatah, Temboro selama 2 tahun. Kini, selain giat memperkenalkan sunnah memanah dan berkuda di Indonesia dan Malaysia, beliau turut bertanggungjawab ke atas pengendalian 15 pesantren di seluruh Indonesia. Fadilat Memanah dan Berkuda Edisi Kemas Kini merupakan karya pertama beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.












No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...