.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jul 30, 2016

Di Sebalik Niqab

JUDUL: DI SEBALIK NIQAB: Kisah Tersirat
PENULIS: Roza Roslan
ISBN: 978-983-097-595-5
KOD: GB0380
HARGA: RM 38
TEBAL: 296 m.s.
SAIZ: 6” X 9”
KATEGORI: Motivasi



SINOPSIS:

Mengandungi 30 bab. Mengenai kisah penulis semasa berada di Turki dan beberapa negara Timur Tengah. Bagaimana penulis melihat dan memerhati serta menyingkap kisah tersirat masyarakat, budaya dan tradisi setempat. 

Betapa persepsi awal penulis terhadap sesuatu itu tersasar apabila mula memahami kisah yang terselindung. Sebaliknya ia penuh dengan pengajaran dan natijah yang wajar dihayati oleh setiap manusia.

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat umpama sebuah universiti kehidupan yang penuh dengan keagungan Maha Pencipta!

COVER BELAKANG:

Pada zahirnya, niqab menggambarkan wanita Saudi, lebih-lebih lagi penulis pernah bermukim di Madinah. Justeru, Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat seolah-olah berkisarkan wanita di sana.
Tidak! Ia pandangan yang sangat salah!

Niqab bukan semata-mata dipakai wanita Arab. Ia sebenarnya adalah simbol hadangan, lindungan atau batasan. Hanya mereka yang berada di sebalik niqab mampu melihat dan menyingkap dengan jelas segala kisah tersembunyi.

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat merupakan satu lagi kisah sisi kehidupan penulis selepas buku Kandil di Kaki Gunung, Rumah Kecil di Jabal Uhud, Bukan Sekadar Resipi dan Aroma Antara Benua.


Senyumlah, menangislah dan tertawalah bersama karya unik ini.

----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-----------------------------------------

Jul 19, 2016

Praktikal Solat Sempurna

JUDUL: PRAKTIKAL SOLAT SEMPURNA
PENULIS: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-592-4
KOD: GB 0377
SAIZ: 6” x 9’’
TEBAL: 200 m/s
ISI DALAM: 4C
HARGA: RM 28.00/30.00
  

SINOPSIS:

PRAKTIKAL SOLAT SEMPURNA menghuraikan secara ringkas dan padat cara pelaksanaan solat, langkah demi langkah berdasarkan rukun-rukun solat yang telah digariskan para ulama dalam mazhab Syafi‘i.

Kenapa buku ini mesti dimiliki?

Pencerahan ringkas kepada beberapa persoalan khilafiah berkenaan solat yang menjadi perbahasan di kalangan orang awam.

Menghuraikan cara pelaksanaan solat, langkah demi langkah dengan posisi yang tepat seperti solat Nabi, disertakan foto.
Setiap pergerakan solat dinyatakan dalilnya.
Bersumberkan kitab rujukan muktabar berbahasa Arab dan bertulisan jawi.

Bacaan dalam solat juga dijelaskan berserta maksudnya agar pembaca dapat memahami setiap yang dilafazkan dan membantu khusyuk.


Bonus: Tip mendapatkan khusyuk dan menghilangkan waswas dalam solat.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Jul 6, 2016

Jadilah Seperti PU Faiz

JUDUL: JADILAH SEPERTI PU FAIZ
PENULIS: SYED FAIZ AL-IDRUS
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-593-1
KOD: GB 0376
TEBAL: 168 ms
ISI DALAM: 2C
HARGA: RM 18.00/20.00

SINOPSIS:

Apabila remaja bertanya soalan kepada PU Faiz, pelbagai isu yang diutarakan meliputi setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar ibadah, malah persoalan mengenai perhiasan, hubungan antara lelaki dan wanita, perkahwinan, adab, hiburan dan lain-lain. Antara pertanyaan yang dijawab PU Faiz dalam buku ini:

         Apakah hukum menahan kentut semasa solat?
         Apa hukum lelaki tangkap curi gambar wanita?
         Apakah hukum memakai contact lens?
         Apakah hukum asyik teringat kekasih lama?
         Wajarkah berkahwin muda ketika masih belajar?
         Apakah hukum kita sambut April Fool?
         Apa hukum tengok cerita hantu?
         Adakah orang muda wajib mengeluarkan zakat?
         Apakah hukum berdoa di Facebook?
         Apa hukum tidak membayar tol?

         Apa hukum melanggar lampu isyarat?

----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Jul 1, 2016

Tour De Jannah

JUDUL: TOUR DE JANNAH
PENULIS: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
ISBN: 978-983-097-588-7
KOD: GB0375
HARGA: RM20
TEBAL: 128 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”

SINOPSIS RINGKAS:

Buku ini merupakan himpunan kata-kata, cerita, kisah dan rangkaian doa-doa amalan yang
sesuai dijadikan bahan bacaan santai dan makan dalam bagi mereka yang mencari pedoman
dan panduan untuk mengejar Syurga Allah.

Ia akan membawa anda mengembara dari pelbagai sisi baik dan buruk, cinta Allah dan rasul, pasangan hidup dan pelbagai lagi rencah kehidupan hingga kepada pengakhiran kita iaitu kematian.

USTAZ DUSUKI ABDUL RANI: seorang pendakwah bebas, penceramah dan guru di sebuah Maahad Tahfiz.

Petikan Menarik:

Buatlah perkara yang baik walaupun orang tidak pandang dan puji kita.
Jangan buat perkara yang jahat walaupun orang tidak pernah keji kita dengan perkara keji itu.

Lakukanlah LIMA perkara dalam kehidupan harian yang mendatangkan LIMA perkara yang dijanjikan:
1.       Perbanyakkan beristighfar, ia akan mendatangkan kamu rezeki.
2.       Tundukkanlah pandangan mata, ia akan mendatangkan pertahanan nafsu syahwat kamu.
3.       Bersikap malulah, ia akan mendatangkan kebaikan dalam setiap urusan.
4.       Lemah lembutlah dalam berbicara, ia akan menyelesai banyak permasalahan kamu.

5.       Bersabarlah, ia akan mendatangkan hikmah yang banyak.

----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...