.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Aug 9, 2024

Nailul Muna: Syarah Kitab Khuluquna (Akhlak Kami)

BAKAL TERBIT
Nailul Muna: Syarah Kitab Khuluquna (Akhlak Kami)
Penulis: Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
ISBN: 978-629-7556-96-3
Kod: GB0818
Saiz:  23.5cm x 16.5cm (Portrait)
Tebal: 376 muka surat
Berat:
Harga: RM38.00/RM40.00*

SINOPSIS:

Akhlak merupakan anugerah agung yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Kerana dengan akhlaklah darjat dan iman seseorang itu akan terangkat menjadi mulia.

Pada zaman yang semakin mencabar ketika ini, akhlak yang baik dan mulia begitu mahal harganya. Hal ini kerana kita terpaksa berdepan dengan pelbagai godaan Iblis, hawa nafsu dan keseronokan duniawi melalui pelbagai media. Oleh itu, naskhah Nailul Muna Syarah Kitab Khuluquna hadir bagi menjadi peneman dan penawar untuk kita semua.

Buku di tangan pembaca ini merupakan huraian kitab Khuluquna (Akhlak Kami) yang merupakan karya penuh barakah susunan Al-‘Allamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz, salah seorang ulama besar dari Yaman.

Naskhah ini menjelaskan dengan tuntas pelbagai akhlak mulia yang mesti dimiliki oleh setiap orang, sama ada akhlak kepada Allah SWT, akhlak kepada sesama hamba Allah SWT dan juga akhlak kepada diri kita sendiri.

HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL HAMID mendapat pendidikan awal di Madrasah Al-Khairiyyah, Pondok Pesantren Islam dan Lembaga Pendidikan Bahasa Arab Jakarta pada 1992. Kemudian meneruskan pengajian di Darul Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman dan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin jurusan Tafsir Al-Qur’an. Lalu menyambung pengajian peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Phd) di  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Al-Qur’an dan Sunnah. Turut diamanahkan sebagai Pengerusi Yayasan Ar-Riayah, Felo Kanan Bahagian Dakwah UNIPSAS, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tawfiq, dan pembimbing Majlis Ta‘lim Darul Murtadza. Sehingga kini, bakti dan sumbangan beliau dalam pengajian ilmu agama diteruskan dan tersebar luas melalui pelbagai platform dakwah dan media sosial. Nailul Muna Syarah Kitab Khuluquna (Akhlak Kami) merupakan karya kedua beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.










*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...