.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 16, 2024

Akidah Ahli Iman (cover baru)

Akidah Ahli Iman (cover baru)
Penulis: Dr. Ayman Al-Akiti 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-763-8
KOD: GB 0521
TEBAL: 80 m/s
HARGA: RM 15.00/RM17.00


SINOPSIS:

Buku ini merupakan terjemahan daripada kitab ‘Aqidah Ahl al-Iman al-Maudhu‘ah li Ta‘lim an-Nisa’ wa ash-Shibyan (Akidah Ahli Iman Yang Dikarang untuk Mengajar Para Wanita dan Kanak-kanak). 

Ia antara kitab ilmu akidah yang masyhur khususnya di Maghribi.

Kitab ini mengandungi matan yang menerangkan tentang ketuhanan, kenabian, perkara-perkara ghaib yang wajib diimani dan tanda-tanda kiamat seperti terzahirnya Dajjal, datangnya Imam al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s.

Ia menggunakan pendekatan ilmu akidah yang mudah dan dasar sahaja berpaksikan akidah Asy‘ariyyah yang merupakan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.

KANDUNGAN
-  Panduan Transliterasi
-  Mukadimah
-  Kata Pengantar
-  Biografi al-Sharif ‘Abd al-Qadir al-Fasi al-Fihri
-  Pengenalan kitab Akidah Ahli Iman
-  Ijazah Periwayatan Kitab Akidah Ahli Iman ‘Abd al-Qadir al-Fasi
-  ‘Aqidah Ahl al-Iman al-Maudhu‘ah li Ta‘lim an-Nisa’ wa ash-Shibyan
Daftar Pustaka

Asas-Asas Fardhu Ain Wanita

BAKAL TERBIT
Asas-Asas Fardhu Ain Wanita
ISBN: 978-629-7556-91-8
Kod: GB814
Penulis: Ustazah Siti Aminah Sulieman
Kategori: Fardu Ain
Saiz: 13.5cm X 21.5cm
Tebal: 216 ms
Isi Dalam: 2c
Berat: 0.5 kg
Harga: RM 25.00/RM27.00*

 SINOPSIS

Islam sangat menekankan kepentingan mempelajari ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama yang melibatkan hukum-hakam dan soal ibadah kita sehari-hari. Maka wanita mestilah sentiasa mempelajari dan mengulang kaji ilmu-ilmu khususnya yang berkaitan dengan kewajipan mereka. 

Buku ini menerangkan tentang ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat dan haji serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti bersuci daripada hadas dan menghilangkan najis. 


Dijelaskan juga perbincangan berkaitan darah-darah yang keluar daripada faraj wanita. 

Antara isu yang dijelaskan dalam buku ini seperti:
           Perbezaan najis dan hadas
           Batas aurat dan pakaian wanita dalam solat
           Amalan wanita haid dan nifas ketika bulan puasa
           Kiraan zakat emas
           Hikmah haji dan umrah buat wanita
           Batas dan pergaulan wanita yang berkerjaya
           Hak isteri ketika tidak dinafkahi suami











Kisah Inspiratif 10 Wanita Hebat

BAKAL TERBIT
Kisah Inspiratif 10 Wanita Hebat
ISBN: 978-629-7556-90-1
Kod: GB0810
Penulis: Khadijah Khalilah Abdul Rashid
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Jumlah ms: 124 muka surat
Content: Simili 80gsm / 4C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat: 0.25kg
Harga: RM25.00/RM27.00*

Sinopsis

Pernah, seorang wanita itu ingin melakukan perubahan dalam dirinya untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. 

Pernah, seorang wanita itu ingin menjadikan dirinya dekat kepada Allah dan cuba sehabis baik untuk membentuk peribadinya sebagaimana acuan Islam. 

Pernah, seorang wanita itu tercari-cari siapakah figura yang sama-sama wanita sepertinya untuk dia contohi. 


Perkongsian dalam buku ini ialah kisah 10 orang wanita tokoh Islam terdahulu yang mampu memberi inspirasi buat seorang wanita pada zaman ini. Beberapa peristiwa dan keistimewaan dalam diri setiap tokoh wanita ini dipersembahkan dan dihuraikan dengan lebih mudah dan seterusnya menjadi panduan buat semua bakal wanita hebat untuk berubah menjadi lebih baik mengikut acuan Islam berinspirasikan tokoh terkenal dalam sejarah Islam.








May 14, 2024

Cintai Solatmu

Bakal Terbit
Cintai Solatmu
ISBN: 978-629-7556-88-8
Kod: GB0808
Penulis: Mohd Razali Kamarudin & Azlina Ibrahim
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Jumlah ms: 176 muka surat
Content: Simili 80gsm / 4C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat: 0.4 kg
Harga: RM25.00/RM27.00*

Sinopsis

Bacalah buku ini dengan menginsafi diri sebagai seorang pengembara di bumi Tuhan yang hidup bersama solat. 

Kenali dan cintai solat sehingga menjadi suatu keperluan dalam hidup. Tanpanya, terasa kosong seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Yakin dan percayalah, padanya ada pertolongan Allah.


Buku ini mengandungi tiga bahagian:

Bahagian 1: Pengembara di Bumi Tuhan

Bangkitkan kesedaran bahawa kita sebagai seorang pengembara yang singgah seketika di bumi Tuhan punya tujuan dan matlamat yang perlu dicapai sebelum berangkat ke alam berikutnya.

Bahagian 2: Hidup Bersama Solat

Bangkitkan kesedaran bahawa hakikat kehidupan kita di bumi-Nya ini bersama dengan solat.

Bahagian 3: Menjiwai Solat

Praktikal bagi membimbing diri sendiri untuk menjiwai laungan azan, wuduk, tempat solat dan cara bersolat serta langkah demi langkah bagi menjiwai setiap perbuatan dan bacaan dalam solat.









Pesan Al-Quran Buat Wanita

Bakal Terbit
Pesan Al-Quran Buat Wanita
ISBN: 978-629-7556-87-1
Kod: GB0809
Penulis: Huda Hashim
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Jumlah ms: 264 muka surat
Content: Simili 80gsm / 4C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat: 0.55 kg
Harga: RM35.00/RM37.00*

Sinopsis

Sebenarnya, tidak mudah bagi seorang wanita meluah rasa. Semakin hebat ujian, mereka menjadi semakin sensitif. Semakin matang usia, mereka menjadi semakin selektif. Kepercayaan pada manusia mula terhakis, pergaulan sesama rakan semakin terbatas.

Kadang, rasa tiada siapa yang ambil peduli menyebabkan mereka hanya memendam rasa. Kadang, rasa tiada siapa menghargai lalu mereka mula menyendiri. Lebih menyedihkan, jika ada yang tidak membantu namun sekadar menyakitkan hati.  Ceria yang dahulu bertukar menjadi lebih berhati-hati. Bahagiakah jika berterusan begini?

Wanita tidak lemah. Hanya berada di titik dilema, untuk bangkit semula dan kembali tabah. Maka tiada cara lain kecuali dengan kembali pada fitrah beragama. Pulang semula pada Allah SWT dan rujuk Al-Quran sebagai mukjizat teragung, panduan sepanjang hayat.  






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...