.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Apr 17, 2018

Pulangkan Kembar Puaka

Pulangkan Kembar Puaka
ISBN: 978 - 983 - 097- 717 - 1
Kategori: Fiksyen
Penulis: Kayy Mann / Iz Zunairah /  Mus Nasmian
Kod: BP019
Tebal: 224 ms
Harga: RM17.00/ RM19.00

SINOPSIS:
NOVELET PULANGKAN KEMBAR PUAKA

PULANGKAN
Kisah tentang Haikal, seorang top seller MLM yang kaya raya. Haikal menyertai syarikat Fast Lingkop Corporation dan dia ada segala-galanya yang dikehendaki oleh kebanyakan manusia. Harta yang banyak, rumah besar, kereta mewah, dan menurut definisinya sendiri, dia sudah capai status ‘bebas kewangan’.

   Hidupnya berubah pada suatu pagi apabila dia mendapati segala makanan yang terhidang depan mata semuanya berupa sampah, kotoran, najis, ulat dan segala benda yang menjijikkan. Peliknya, orang lain melihat makanan tersebut sebagai makanan biasa yang lazat dan berkhasiat. Pada setiap malam juga dia dihantui oleh mimpi-mimpi yang menakutkan.

   Sebelum kejadian pelik itu, Haikal bertemu dengan Nazri. Berbekalkan kebolehannya bercakap dan meyakinkan orang, Haikal berjaya mempengaruhi Nazri untuk menyertai Fast Lingkop Corporation.
   Haikal dihantui rasa bersalah bukan hanya kepada Nazri tetapi juga kepada mereka yang  berjaya dipujuk untuk menyertai Fast Lingkop Corporation. Mengapa semua ini berlaku?

KEMBAR
Azmira, seorang pegawai konservasi penyu, amat komited menjalankan tugas memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan buaya tersiar di dalam akhbar tempatan.
   Ketidakpercayaan Azmira dengan sejarah keluarganya sendiri telah merangsangnya untuk membuat kajian. Namun, semakin dia memikirkan segala kejadian, semakin kerap peristiwa-peristiwa aneh menimpa dirinya. Sang buaya pula bagaikan mahu menyampaikan sesuatu kepada Azmira. Lantas, bagaimanakah mereka berkomunikasi?
   Sedikit demi sedikit hijab kekuasaan Allah terhadap penciptaan makhluk mula tersingkap apabila dia menerima sebuah catatan lama daripada datuknya, Tok Senin. Apakah isi kandungan catatan itu? Mengapakah Azmira yang dipilih menerimanya?

PUAKA
Suatu malam rumah Wak Aji dikunjungi tetamu yang tidak diundang meminta pertolongan. Katanya bayinya sakit dan diganggu oleh sesuatu. Ragu-ragu namun tidak tega untuk membiarkan tetamu itu begitu sahaja, Wak Aji cuba membantu. 

   Tanpa disangka, niat baik itu memakan diri. Keluarganya pula dihantui puaka durjana yang nekad mahu membalas dendam.

   Mujurlah anak bongsunya Zabaan mempunyai ilmu rawatan syifa khusus untuk melawan jembalang dan syaitan.
 Mungkinkah makhluk berambut panjang dengan lidah terjelir yang terlihat bertenggek atas kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan ini adalah puaka yang sama menggangu Wak Aji dan keluarganya?



TENTANG PENULIS:
KAYY MANN
Pemilik nama sebenar Kamariah Osman ini merupakan pemegang ijazah Perakaunan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), juga pemegang sarjana Forensic Accounting & Financial Criminology dari UiTM. Aktif menulis untuk kolum Belajar Penuh Gaya, majalah Fokus SPM. Merupakan penulis buku Gadis Komik terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

IZ ZUNAIRAH
Iz Zunairah merupakan nama pena kepada pemilik nama Zunairah Binti Ismail. Berasal dari Bukit Piatu, Melaka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kini bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pontian, Johor. Penulis cerpen di dalam beberapa buah buku antologi seperti Epistolari, Sedetik.doc, Blur dan Kembara Ternoktah Di Syurga.

MUS NASMIAN

Nama sebenar adalah Musleha Nasmian dan memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya pertama beliau adalah sebuah skrip drama Hang Jebat Derhaka juga menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah Kebangsaan Seri Bandan. Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat – Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri cerita hantu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...